Untuk ke
Rome, kami menaiki keretapi dari Prima Porta menuju stesen Flamino. Tiketnya
adalah €6 (daily past) untuk semua perkhidmatan
rail dan bas di kota Rome. Dari sini, kami menaiki metro ke Ottviano San Pietro
untuk ke negara kecil Vatican City. Di sini terletaknya pusat pentadbiran
Cristian katolik untuk seluruh dunia.
Jarak
stesen Ottaviano San Pietro ke Vatican City hanya 5 minit berjalan kaki. Kami
hanya dapat memasuki P.zza San Pietro ataupun dataran di depan bangunan San
Pietro. Tempat Pope di tabalkan. Kami juga berkesempatan untuk melihat
penampilan Pope yang menyampaikan ucapan kepada ribuan pengunjung.
Kami
meninggalkan P.zza San Pietro untuk ke Castel San Angelo. Tempat penyimpanan
hasil mahsul bagi vatican city. Bangunan berbentuk bulat ini mengadap sungai
Tevere. Di sini juga ramai artis-artis jalanan menunjukan bakat masing-masing.
moga sampai sana satu hari nanti...
ReplyDelete