Showing posts with label curahan hati. Show all posts
Showing posts with label curahan hati. Show all posts

Monday, November 17, 2014

Kudat- the last entry


Mimpi jam 1:55 pagi mengejutkan aku dari tidur, seakan peristiwa 30 tahun sangat dekat. Rindu membuatkan panda tidak bisa tidur. Ketika ini panda telah 2 minggu meninggalkan bumi Sabah. Menyahut tugasan baru yang entah bila akan berlangsung. Tiada di sangka Sabah menjadi assignment paling singkat setakat ini, hanya 8 bulan dan 15 hari sahaja. Baru sahaja ingin mengembangkan sayap yang lebih jauh di sana.


Kudat, bandar di hujung tanduk Sabah, 3 jam dari Kota Kinabalu. Sunyi tetapi cantik.Kali ke dua panda di sini. Bersiar-siar pinggir teluk yang jauh amat mendamaikan. Walaupun tidak berkesempatan melihat matahari jatuh ataupun naik. 


Ikan-ikan di Kudat juga murah erbanding di Kota Kinabalu, di esplanadenya pengungjung boleh menikmati ikan bakar dengan harga separuh dari harga di Kota Kinabalu, pilihan sahaja agak terhad, rasanya OK.








 


Itu sahaja untuk Sabah yang ingin aku masukkan. Walaupun 8 bulan di sini, ia memberikan 1001 kenangan manis. Terima Kasih buat Sabah yang membenarkan Panda bertapak dan berkhidmat di sini. Semoga bisa bertemu lagi.

Saturday, September 6, 2014

Viva de Palestine


Palestine - Peristiwa ini berlaku pada 2 Ogos 2014 yang lalu, hari raya ke enam. Kali ini panda beraya di Pahang, dan pulang ke Kuala Lumpur lebih awal dengan harapan dapat menyiapkan laporan 'Independent Study' yang telah melebihi tempoh yang ditetapkan bersama-sama assignment lain yang sedang menimbun.



Ini kali pertama panda menyertai demostrasi(?) halal di Dataran Merdeka (Mendapat permit dari Polis), lagipun panda bukanlah orang yang tegar untuk berada di kalangan khalayak. Lebih suka suasana private bila makin berusia berbanding suasana bingit.


Katanya program bermula jam 3 petang dan di hadiri beberapa pesonaliti tanah air, semasa ketibaan panda pengerusi (?) Aman Palestin (perlu di pengesahan) dan kemudiannya diikuti oleh Faizal Tahir. Tiada nyanyian cuma teriakan kata-kata semangat sahaja.










Kehadiran boleh di katakan 40%-50% Dataran Merdeka, majoritinya adalah Melayu dan Arab. Selainnya adalah Pelancong yang terpinga-pinga memasuki Dataran Merdeka. Terdapat beberapa orang aktivis (?) dari parti Sosialis yang 'menjual' akbar keluaran parti tersebut di tengah-tengah padang.



Waktu program ini berlangsung, mood cuti panjang dan kebanyakan warga Lembah Kelang masih lain berada di kampung merencatkan kehadiran. Panda pun berada di dataran sekitar 1 jam sahaja sebelum ke Sogo untuk memeriahkan suasana di sana pula.

*Penafian - Karangan ini ladalah berdasarkan pengalaman dan pandangan peribadi penulis. pembaca perlu medapatkan rujukan dari sumber lain bagi mengesahkan.

Wednesday, December 4, 2013

Bertemu Guru di Melaka Bandaraya Bersejarah...

 

Setelah kembali dari Penang, 2 November 2013 (Sabtu), panda bergerak ke Melaka bagi memenuhi keperluan panda untuk menuntut ilmu duniawi. Hasrat pertama adalah belajar menggunakan toy yang baru diperolehi dengan ex-blogger yang pernah terkenal pada masa-masa dahulu. Akibat yang tidak dapat dipastikan, beliau telah berhenti memaparkan gambar-gambar canggihnya di alam maya. Beliau panda kenali sejak 1999 atau 2000, ketika zaman faceparty lagi. mungkin sebahagian pembaca di sini tidak pernah tau wujudnya faceparty. Facebook juga banyak membunuh generasi terdahulu seperti facelink, faceparty, friendster, myspace (sekadar beberapa nama) dan juga laman e-kawan. Ada tak lagi e-kawan ni yerk? panda mula berbog di ekawan.com, banyak entry di sini tidak di ketahui statusnya sekarang ini.


Sebelum itu, sempat singgah di Sungai Udang, bukan untuk mencari udang, tetapi bertemu seorang lagi Profesor, dalam angannya mendapat buah fikiran untuk thesis yang akan mula di karang dalam tempoh sebulan dua ini. perlu siapkan dalam tepoh setahun. Memang mencabar untuk mendapatkan status DR. ini, klu u tahu sebegini peritnya, baik ku tidur sahaja di rumah setipa hujung minggu. Sudahlah hidup tidak keruan, sahabat handai entah ke mana...
 

 


Panda meluangkan sedikit waktu untuk mencuba lense micro, agak menarik, pertama kali menggunakannya. sangat mengujakan. Harap lain kali dapat lagi meggunakannya. Setelah beberapa jam berada di Bertam, Panda bererak ke Bandar Hilir, Melaka. Jalannya sesak dan memang sukar untuk dapatkan tempat letak kereta. Melaka antara tempat yang mendapat kunjungan pelancung yang tinggi saban hujung minggu, terutamanya cuti sekolah.
 


  

Matlamatnya, menuju ke Hard Rock Cafe Melaka, kedudukannya di tepi sungai dan di depan simpang Jonker Walk. Sangat mudah untuk di temuinya. Merchandise nya? Rasanyanya Penang lagi banyak dan besar Hard Rock Shop nya. Pilihan kira ok-ok jer. Cuma bagi panda, bila kerap ke Hard Rock ini, t-shirt nya sama sahaja, kecuali T-city, tiada apa yang di beli di sini.





Jonker Walk juga sangat sesak dengan elancung dari China. Lorong yag sempit ini enuh dengan jualan cenderamata Melaka dan makanan -minuman baba-nyonya. Bila di amati, seperti cenderamata yang di import dari China jer....




Matlamat terakhir, menikmati asam pedas tentel di depan hotel Casa de Reo, rumah teres hujung yang ada jual asam pedas tentel. tapi agak kurang rezekinya, yang tinggal hanyalah 2 ketul pari sahaja, lain-lain telah abis. kedai tutup dalam jam 2 atau 3 petang bergantung kepada stok yang ada. Nama kedainya Makcik Mona.


Hujan turun dengan lebatnya di Melaka, tambahan pula bateri camera telah habis, maka anda terus pulang ke Kuala Lumpur, tanpa menunggu dengan lebih lama.

Wednesday, September 11, 2013

Conquest of Europe - Season Finale


8 julai 2013, Waktu Paris 1845, ketika ini panda sedang berada di ketinggian 11277 meter dari aras laut di dalam MH0021 - A380 dari Charles de Gone (CGR) ke Kuala Lumpur (KUL)  setelah berada 18 hari di bumi Eropah. Satu perjalanan yang baru, mencabar dan menyeronokkan.


Selama 16 hari berkhemah dalam sejuk, hujan dan panas. Dua kali panda demam, ketika di Amsterdam cuaca yang sangat sejuk dan hujan, manakala di Venezia pula panas dan hujan.


Bermula dengan kota London, masa banyak di habiskan di dalam bas ketika tersalah memilih route dan kecuaian panda mencetak arah ke MARA hostel. Ini menyebabkan terpaksa panda mengaktifkan telefon bimbit. Mengejar waktu untuk melihat ikon utama kota London hingga mengorbankan masa untuk bershopping di Harrods. Sedangkan akhir Jun sehingga 7 Julai adalah jualan besar Harrods. London menawarkan harga barangan jauh lebih rendah dari lain-lain kota di Eropah, terutamanya parfume dan cenderamata. Sayangnya, jam 7 petang kebanyakan pusat membeli belahnya di tutup.


Brussel, kami singgah seketika di Chocolate Factory di dalam perjalanan ke Amsterdam. Sepanjang perjalanan di antara London dan Amsterdam kami hanya di hidangkan dengan kehijauan saujana mata memandang, antara Calais hingga Amsterdam hanyalah tanah pamah rata. Brussel dan Holland berada di bawah aras laut. Tetapi sangat subur. Orang-orangnya juga tidak sombong. Camp site Amsterdam Hose juga masih mengekalkan keindahan semulajadi. Di waktu pagi, arnab-arnab bermain-main berhampiran dengan khemah.


Germany, kunjungan kami ke Heidelberg dan Fussen agak terasa miskin dengan harga barangan yang agak mahal, di German juga baru kelihatan bukit-bukit tinggi yang bercantum dengan banjaran Alps.


Dari Fussen, berkhemah di antara dua bukit di Austria dan singgah sebentar di Innsbruck. Sempat mengunjungi kedai permata Swaroski sebelum memasuki kota panas di Venezia. Kota yang buruk tetapi penuh dengan manusia. Makan di restoren akan di kenakan caj €2.50, lebih baik bungkus sahaja.



Rome, antara kota yang cantik, tetapi sistem keretapi yang tidak secanggih Kuala Lumpur. Kami sangat berhati-hati kerana kota ini terkenal dengan pencopek (penyeluk saku) dan peminta sedekah profesional dan juga bukan profesional. Berhati-hati dengan barangan yang di bawa dan jangan tinggalkannya. Ada peserta melihat sahaja apabila beg Hard Rock Cafe nya di bawa pergi oleh wanita Armenia. Pisa, tarikan utama hanyalah menara chondong, sangat panas hingga boleh berpeluh ketika di khemah.

Switzerland, menggunakan matawang SwissFrance (CHF), Lauterbrunen menawarkan harga barangan yang jauh lebih mahal dari mana-mana negara Eropah yang di lawati. Swiss juga terkenal dengan jam Swiss made nya, tetapi bagi Panda, membeli jam Swiss made untuk medium lower, Paris lagi murah. Lainlah jika ingin membeli Bell & Ross, Patek Philippe, Omega atau Tag Heure yang harganya di antara 30-70% lebih rendah.



Paris, kota cinta indaman ramai, imejnya seperti kota Rome, cuma tidak jelas kelihatan. Panda berkesempatan melihat sisi gelap Paris, apabila malam menjelma, akan kelihatan ramai orang-orang bergelandangan di sekitar stesen metro. Penagih arak memecahkan botol dan pemabuk yang kencing di merata-rata di dalam stesen metro. Harga barangan tidaklah semurah London kecuali ingin membeli beg tangan LV atau Longchamp.


Apa yang menarik menyertai Kelanaconvoy ini adalah kerana ia murah berbanding lain-lain pakej. Walaupun banyak ilternari berbayar yang panda tidak sertai. Hubungan peserta di dalam bas amat rapat, walaupun sebuah bas memuatkan 60 orang dan total peserta adalah 103 bersama 6 krew. Kami masih dapat menikmati menu malaysia seperti nasi lemak, mee kari, nasi briani, nasi ayam dan minum goreng. Solat berjemaah dan kami di santapkan dengan santapan rohani dan jasmani sepanjang perjalanan. Peserta yang pelbagai latar belakang juga menjadikan pergembaraan kami lebih berwarna-warni. Perjalanan yang panjang kadang-kala amat memenatkan.

A- Paris> B - London > C - Volendam, Netherlands > D - Amsterdam, Netherlands > E - Heidelberg, Germany > F - Füssen, Germany > G - Innsbruck, Austria > H - Venice, Italy > I - McArthurGlen Designer Outlet Barberino > J - Rome, Italy > K - Pisa, Italy > L - Lauterbrunnen, Switzerland > M - Paris, France

Sengguhnya, syukur kepada ALLAH SWT yang memberikan peluang kepada panda untuk menjejakan kaki ke bumi Eropah ini. Lengkaplah 31 negara yang panda kunjungi buat masa ini. Terima kasih kepada teman-teman Kelanaconvoy  yang bertungkus lumus menyempurnakan ilternary sepanjang pengembaraan ini. Semoga berjumpa lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com