Friday, July 26, 2013

Conquest of Europe - Kota Terapung Venezia


Selepas sarapan, kami menaiki feri 2 tingkat dari Fusina terminal ke kepulauan Venice. Terminal ini hanya 10 minit berjalan kaki dari tapak perkhemahan. Perkhidmatan feri adalah setiap 1 jam bermula jam 0800 hingga 2200. Perjalanan akan mengambil masa selama 25 minit. Tujuan utama kami adalah ke Pulau Venezia.



Dari terminal Fusina, kita boleh memilih untuk ke Venezia, S. Camillo atau Alberoni Beach. Sudah tentu lokasi terkenal adalah Venezia dan kami berlabuh di Zattere. Harga tiket pergi balik adalah 9 seorang. Harga yang dipamerkan adalah lebih tinggi.


Venezia adalah bandar terapung yang indah di dalam gambar. Apabila berada di sini, ia adalah sebuah bandar yang mempunyai bangunan yang buruk dan condong. Seakan-akan tidak terjaga tetapi masih lagi bersih. Mempunyai lorong-lorong sempit yang panjang dan sesak dengan orang ramai. Suhu di sini juga panas dan menjadikan kulit kami tan dalam tempoh 2 jam. Ini menjadikan panda demam buat kali ke dua di eropah selepas di Amsterdam.





Dari Zattere kami berjalan menuju ke jambatan yang terkenal di sini iaitu Accademia Bridge, jambatan ini berada di Canal Grande atau terusan utama.




 Kemudian kami ke Campo Francesco Merosini dan terus ke Piazza st. Marco. Di sini terletaknya dataran yang menjadi tumpuan pelancung. Di kawasan ini juga terdapatnya Hard Rock Cafe & shop Venezia. Sebelum itu, sesiapa yang berminat boleh menaiki gondola di depan hard rock cafe ataupun di Traghetto Gondola yang melalui Grand Canal. Bayaran untuk sebuah gandola adalah sekitar 90 sebuah. Ia mampu memuatkan 6 orang pada satu-satu masa. Pendayungan gondola ini mengambil masa 25 minit. Bolehlah melihat lelaki Itali yang berlengan besar menggunakan satu pendayung.




Kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di tepi laut, mengadap Isola st. Giorgio Maggiore. Kami menempah 3 pizza yeng berharga 10 setiap satu. Berhati-hati, makan di sini akan di kenakan caj tambahan 2.50. Air coco colanya adalah 7 segelas. Kami makan 5 orang semeja. Pizzanya tidaklah menepati selera orang Malaysia. Domino pizza lagi sedap.




Setalah makan, kami kembali ke celah-celah bangunan untuk menuju ke Pontedi Rialto, salah satu jambatan sungai yang ada kedai-kedai di atasnya. Katanya hanya ada empat di dunia ketika artikel ini di tulis. Kawasan Pontedi Rialto menawarkan harga cenderamata yang agak berpatutan. Lebih baik dari Germany. Pilihan yang banyak.


Banyak juga kedai-kedai berjenama di kawasan S. Marco terutama local brand. Terdapat juga LV, Burberry, Prada. Tetapi di sini tiada sales seperti Amsterdam. Jika kesempatan jangan lupa menikmati gilato yang lazat dan murah, harga dari 1.50.







Jam 5 .30 kami kembali ke Fusina, badan panda makin tidak menentu suhunya. Mungkin dari perubahan cuaca yang sejuk di utara dan panas di Itali.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com