11 November 2011, Panda tela di "jemput" ke Port Dickson bagi program anjuran GLC. Tempat yang di sediakan amalah menarik iaitu Grand Lexus Port Dickson ataupun dulu di kenali dengan The Legend International Water Homes.
Kami di sediakan penginapan Executive Pool Villa - Above the sea yang mengandungi 2 king sizebeds, kolam renang pesendirian, dapur, bilik air yang luas dan juga cermin yang boleh meihat bawah villa atau dalam bahasa englishnya Glass panel for underneath sea viewing.
Panda telah sampai lewat petang, tanpa membuang masa, panda berkeliaran di sekitar resort untuk menikmati kemudahan dan pemandangan di sini. Tambahan pula matahari mula membenamkan diri di Selat Melaka.
Air mula pasang, kekurangannya di sini, air lautnya keruh. Glass panel for underneath sea viewing yang ada tidak memberikan significant kewujudannya. Cuma kita boleh menikmati pantainya yang singkat di resort bersebelahan. Hari berikutnya, hujan. Sepanjang hari berada di dalam bilik sebelum daftar keluar.
Bulan November, hampir penuh ari minggu panda dengan pelbagai event. Bulan Disember telah ada beberapa dalam senarai. Walaupun panda teleh letih berada di dalam kereta 4 jam setiap hari. Bila ada peluang untuk berjalan jauh, Panda tidak melepaskannya begitu sahaja. Tertakluk kepada bujet dan masa! itu yang penting....
cantiknya resort2 tu, sekilas mirip maldive diatas laut tapi nie besar2 resortnya
ReplyDelete