Sunday, May 6, 2012

Krabi - cerita 1


Setelah lebih setahun membeli tiket Airasia, akhirnya AK804 dari LCCT berjaya juga panda naiki. Penerbangan pada jam 1315 waktu Malaysia pada 29 April 2012 berjaya tiba lebih awal di Krabi. AK804 selamat mendarat pada jam 1335 waktu tempatan. Penerbangan ini biasanya mengambil masa 1 jam 30 minit.


Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi, Panda menaiki shuttle bas dengan kadar B150 sahaja atau RM15. Pada waktu ini, RM1-Bath10. Perjalanan dari Lapangan Terbang Krabi ke Ao Nang Beach mengambil masa hampir 1 jam. Bas ini akan melalui bandar Krabi. 


Panda telah menempah J-Hotel daripada Booking.com sebagai tempat beradu sepanjang tempoh 4 hari 3 malam sepanjang panda berada di Ao Nang Beach Krabi ini. Cajnya adalah sekitar RM190 untuk 3 malam. Biliknya sangat luas dan selesa.



Setelah melepaskan penat, bagi mengisi perut yang mula lapar, panda bersiar-siar di sekitar Ao Nang Beach. Lokasi hotel yang berada di tengah pekan Ao Nang memang Strategik. Di sini penduduk Muslim mewakili 40% dari penduduknya. Jadi untuk mendapatkan makanan halal sangatlah mudah.


Ketika jalan-jalan cari makan tersebut, Panda sempat terserampak dengan blogger kaki Berangan, agak erkasima kerana masing-masing memandang seperti "macam pernah ketemu ya... tapi di mana?", Sempatlah juga kami berposing bersama sebelum masing-masing meneruskan perjalanan masing-masing. Selepas ini pembaca boleh juga membaca entri Kaki Berangan di Blog nya.


Selepas dapat menikmati Phat Thai, panda mencari pakej perjalanan untukm ke tempat-tempat menarik di sekitar Krabi. Memandangkan waktu ini (akhir April) sudah berada di penghujung musim pelancung Eropah, harga pakej sudah mula rendah. Ikuti sambungan di entri akan datang....

7 comments:

  1. wahhh!!! muka aku dan kengkawan masuk blog cutepanda laaa.... haha tak sangka dpt jumpa pulak kan. kecik je dunia ni. hahah

    anyway, it was nice meeting u.

    ReplyDelete
  2. me 2... nanti plan trip sama k...

    ReplyDelete
  3. hehehe...
    (tetiba tergelak plak..)

    nice knowing you too

    ReplyDelete
  4. kehkehkeh nak gelak2 jugak la...(adoi tersedak)

    ReplyDelete
  5. hye, saya akan ke krabi 12 feb ni. same lah. jalan jalan sorang jugak. saya nak tanya tentang shuttle bus from airport to ao nang. memang nearby the airport or mcm mne? as a back packer kena la save bajet kan. hihih. thanks in advance.

    ReplyDelete
  6. victoria secret..saya pun pegi krabi 12/2 ni..jumpa di sana yer :))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com