Showing posts with label italy. Show all posts
Showing posts with label italy. Show all posts

Tuesday, August 6, 2013

Conquest of Europe - Campo dei Miracoli ("Field of Miracles") in Pisa

credit to Muhammad Idil Idris... show me new approach to take this pics...

30 June 2013, kami meninggalkan Tebes camp, Rome untuk menuju ke Pisa. hari ini adalah perjalanan paling singkat di antara perjalanan yang telah di lalui sebelum ini. keluar dari Rome kami singgah ke Centro Commerciale Arca, sebuah hypermarket yang berada di luar Rome.

Torre Pendete Camp, Pisa 

Kami diberi peluang untuk membeli kudapan dan makan tengahari. Hari ini makan tengahari tidak di sediakan oleh kelanaconvoy. Maka berbondong-bondong kami membeli pelbagai barangan makanan yang harganya sangat berpatutan walaupun dalam . Kami berada di sini selama 45 minit.


Kami tiba di  Torre Pendete Camp, Pisa pada jam 1530 petang. Tapak perkhemahan ini hanya 700 meter dari menara condong Pisa. Kami hanya perlu berjalan kaki ke sana. Selepas solat jamak qasar zohor/asar. Kami merendah kepanasan Pisa yang bersuhu 35C semata-mata untuk melihat tarikan utama di kota ini iaitu Piazza del Duomo.



Piazza del Duomo ("Cathedral Square") berada di dalam kubu di utara pusat bandar Pisa, Tuscany, Itali. Ia diiktiraf sebagai salah satu pusat utama untuk seni zaman pertengahan di dunia. Sebahagiannya berturap dan sebahagiannya rumput, ia dikuasai oleh empat Edifices agama besar: Duomo (gereja), Campanile (menara loceng gereja), Baptistry dan Camposanto.



Ia juga dikenali sebagai Piazza dei Miracoli ("Square Keajaiban"). Nama ini telah dicipta oleh penulis dan penyair Itali Gabriele d'Annunzio yang, dalam novelnya Forse Che si Forse Che No (1910) diterangkan persegi dengan cara ini:







Pada tahun 1987 seluruh dataran telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia dikatakan dataran (padang) rumput paling hijau dan cantik di dunia. Panda amat mengakuinya, walaupun di injak berkali-kali keadaannya masih baik berbanding padang bola di stadium terbesar Malaysia miliki.


Cenderahati juga agak berpatutan sama seperti bandar-bandar lain. Freeze magnet bermula dengan harga 1, tetapi tiada orang ingin membelinya kerana sangat tidak cantik. Panda pun tidak membelinya.


Bila berada di itali ini, terasa seperti di Petaling Street, kerana hampir 80% penjual cenderahati ini adalah Bangla yang boleh bercakap Melayu. Siap boleh tawar menawar lagi. Gunakan kebijaksanaan tuan/puan untuk mendapat harga terbaik dari bangla-bangla ini.




Malamnya, kami di hidangkan dengan kurma kambing dari Rome sebelum tidur dengan nyenyaknya. 

Saturday, August 3, 2013

Conquest of Europe - Hangatnya Rome


Kami menaiki bas di sebelah Bangunan San P.zza Pia menuju ke Stazione Centrale  Roma Termini. Bangunan ini adalah stesen keretapi utama di Rome dan menghubungkan seluruh bandar utama europe. Sempat juga kami bertemu 3 pelajar perempuan dari Alexandra Mesir yang mengembara ke seluruh eropah seperti drama 'cinta jangan pergi' itu...



Kami menikmati makan tengari di kawasan sekitar stesen ini. Terdapat banyak restoren halal di sini. Harganya juga berpatutan. Boleh menikmati nasi briani ayam atau daging dengan hanya 6 termasuk minuman.



Kami menuju ke Colosseum menggunakan metro dari stesen Temini.  Stesen Colosseo ini berada di depan P.zza del Colosseo ataupun nama popularnya Colosseum. Bangunan hebat yang berusia ribuan tahun ini.



Kami berjalan kaki menuju ke Ford Romano atau pusat pentadbiran Rome purba. Apa yang tinggal adalah puing-puing sahaja.








Tidak jauh dari Ford Romano terletaknya P.zza Venezia, pejabat presiden Mussolini yang telah di jadikan muzium. Pejabat ini adalah bangunan moden yang paling menyerlah di kota Rome.






Kami meneruskan penerokaan kota rome dengan menuju ke Pantheon, kuil bagi agama pagan Rome yang menyembah planet-planet. Kuil ini terkenal dengan kubah berlubang yang boleh menyerap cahaya bulan. Kuil ini tidak dibuka untuk orang ramai pada hari Sabtu.



Kemudian kami ke Fontana Di  Trevi, tempat paling romantik di kota Rome. Di sini terdapatnya air pancut yang menggunakan air dari sungai Tereve yang merentangi kota Rome.




P.zza di Spagna, terletaknya Spanish ledder yang menuju p.zza Trinitta Dei Monti. Tanga-tanga yang tinggi ini menuju ke gereja sepanyol.



Dari gereja ini kami berjalan lagi ke Pincio Garden yang berhadapan  Piazza Del Popolo. Dari bukit ini kami menikmati matahari terbenam di kota Rome. Jam 2030 kami bergerak pulang ke Flaminio stesen, tidak jauh dari Piazza del Popolo.



Destinasi berikutnya adalah Masjid Rome, Masjid terbesar di Eropah.  Kami sempat bertemu dengan saudara seagama dan menunaikan solat jamak maghrib-isyak di sini. Jika dari Rome, pengunjung boleh menaiki keretapi dari Flaminio ke Campi Station, masjid ini berada sebelah kiri station dari pintu keluar. Perlu berjalan dalam 10 minit untuk tiba di sini. Kami kembali ke Teber camp site jam 11 malam. 

Monday, July 29, 2013

Conquest of Europe - Shopping at Barberino Designer Outlet


Hujan turun dengan lebatnya di Venecia, hingga ada khemah yang dilenangi air. Tuala di ampaian juga habis lencun. Kami membuka khemah dalam hujan.



Perjalanan hari ini menuju ke Rome, Itali. Didalam perjalanan melebihi 8 jam ini, kami singgah di Designer Outlet, Barberino. Lokasinya di luar bandar Florence.






Banyak jenama tempatan dan antarabangsa di sini, antaranya adalah Prada, CK collection, CK Jeans, Polo Ralph Lauren,  Adidas, PUMA, Diesel dan jenama tidak panda kenali.
 

Kami berada di sini selama 2 jam setengah. Katanya, prada sangat murah di sini, 1/3 dari harga butik di Venezia. Adidas juga sangat murah. Sales di sini akan bermula sekitar Julai setiap tahun.
 

Pengunjung yang mendaftar di receptionist boleh mendapat kad diskaun tambahan sebanyak 10% dari harga yang di pamerkan. Ini memberi tambahan nilai kepada wang pembeli.
 


Jam 7 petang kami tiba di tiber camp site di pinggir kota Rome. Menu kami untuk makan malam adalah nasi lemak Itali style.

Friday, July 26, 2013

Conquest of Europe - Kota Terapung Venezia


Selepas sarapan, kami menaiki feri 2 tingkat dari Fusina terminal ke kepulauan Venice. Terminal ini hanya 10 minit berjalan kaki dari tapak perkhemahan. Perkhidmatan feri adalah setiap 1 jam bermula jam 0800 hingga 2200. Perjalanan akan mengambil masa selama 25 minit. Tujuan utama kami adalah ke Pulau Venezia.



Dari terminal Fusina, kita boleh memilih untuk ke Venezia, S. Camillo atau Alberoni Beach. Sudah tentu lokasi terkenal adalah Venezia dan kami berlabuh di Zattere. Harga tiket pergi balik adalah 9 seorang. Harga yang dipamerkan adalah lebih tinggi.


Venezia adalah bandar terapung yang indah di dalam gambar. Apabila berada di sini, ia adalah sebuah bandar yang mempunyai bangunan yang buruk dan condong. Seakan-akan tidak terjaga tetapi masih lagi bersih. Mempunyai lorong-lorong sempit yang panjang dan sesak dengan orang ramai. Suhu di sini juga panas dan menjadikan kulit kami tan dalam tempoh 2 jam. Ini menjadikan panda demam buat kali ke dua di eropah selepas di Amsterdam.





Dari Zattere kami berjalan menuju ke jambatan yang terkenal di sini iaitu Accademia Bridge, jambatan ini berada di Canal Grande atau terusan utama.




 Kemudian kami ke Campo Francesco Merosini dan terus ke Piazza st. Marco. Di sini terletaknya dataran yang menjadi tumpuan pelancung. Di kawasan ini juga terdapatnya Hard Rock Cafe & shop Venezia. Sebelum itu, sesiapa yang berminat boleh menaiki gondola di depan hard rock cafe ataupun di Traghetto Gondola yang melalui Grand Canal. Bayaran untuk sebuah gandola adalah sekitar 90 sebuah. Ia mampu memuatkan 6 orang pada satu-satu masa. Pendayungan gondola ini mengambil masa 25 minit. Bolehlah melihat lelaki Itali yang berlengan besar menggunakan satu pendayung.




Kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di tepi laut, mengadap Isola st. Giorgio Maggiore. Kami menempah 3 pizza yeng berharga 10 setiap satu. Berhati-hati, makan di sini akan di kenakan caj tambahan 2.50. Air coco colanya adalah 7 segelas. Kami makan 5 orang semeja. Pizzanya tidaklah menepati selera orang Malaysia. Domino pizza lagi sedap.




Setalah makan, kami kembali ke celah-celah bangunan untuk menuju ke Pontedi Rialto, salah satu jambatan sungai yang ada kedai-kedai di atasnya. Katanya hanya ada empat di dunia ketika artikel ini di tulis. Kawasan Pontedi Rialto menawarkan harga cenderamata yang agak berpatutan. Lebih baik dari Germany. Pilihan yang banyak.


Banyak juga kedai-kedai berjenama di kawasan S. Marco terutama local brand. Terdapat juga LV, Burberry, Prada. Tetapi di sini tiada sales seperti Amsterdam. Jika kesempatan jangan lupa menikmati gilato yang lazat dan murah, harga dari 1.50.







Jam 5 .30 kami kembali ke Fusina, badan panda makin tidak menentu suhunya. Mungkin dari perubahan cuaca yang sejuk di utara dan panas di Itali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com