Kami menaiki bas di sebelah Bangunan San P.zza Pia menuju ke Stazione Centrale Roma Termini. Bangunan ini adalah stesen keretapi utama di Rome dan menghubungkan seluruh bandar utama europe. Sempat juga kami bertemu 3 pelajar perempuan dari Alexandra Mesir yang mengembara ke seluruh eropah seperti drama 'cinta jangan pergi' itu...
Kami menikmati makan tengari di kawasan sekitar stesen ini. Terdapat banyak restoren halal di sini. Harganya juga berpatutan. Boleh menikmati nasi briani ayam atau daging dengan hanya €6 termasuk minuman.
Kami menuju ke Colosseum menggunakan metro dari stesen Temini. Stesen Colosseo ini berada di depan P.zza del Colosseo ataupun nama popularnya Colosseum. Bangunan hebat yang berusia ribuan tahun ini.
Kami berjalan kaki menuju ke Ford Romano atau pusat pentadbiran Rome purba. Apa yang tinggal adalah puing-puing sahaja.
Tidak jauh dari Ford Romano terletaknya P.zza Venezia, pejabat presiden Mussolini yang telah di jadikan muzium. Pejabat ini adalah bangunan moden yang paling menyerlah di kota Rome.
Kami meneruskan penerokaan kota rome dengan menuju ke Pantheon, kuil bagi agama pagan Rome yang menyembah planet-planet. Kuil ini terkenal dengan kubah berlubang yang boleh menyerap cahaya bulan. Kuil ini tidak dibuka untuk orang ramai pada hari Sabtu.
Kemudian kami ke Fontana Di Trevi, tempat paling romantik di kota Rome. Di sini terdapatnya air pancut yang menggunakan air dari sungai Tereve yang merentangi kota Rome.
P.zza di Spagna, terletaknya Spanish ledder yang menuju p.zza Trinitta Dei Monti. Tanga-tanga yang tinggi ini menuju ke gereja sepanyol.
Dari gereja ini kami berjalan lagi ke Pincio Garden yang berhadapan Piazza Del Popolo. Dari bukit ini kami menikmati matahari terbenam di kota Rome. Jam 2030 kami bergerak pulang ke Flaminio stesen, tidak jauh dari Piazza del Popolo.
Destinasi berikutnya adalah Masjid Rome, Masjid terbesar di Eropah. Kami sempat bertemu dengan saudara seagama dan menunaikan solat jamak maghrib-isyak di sini. Jika dari Rome, pengunjung boleh menaiki keretapi dari Flaminio ke Campi Station, masjid ini berada sebelah kiri station dari pintu keluar. Perlu berjalan dalam 10 minit untuk tiba di sini. Kami kembali ke Teber camp site jam 11 malam.
No comments:
Post a Comment