Hujan
turun dengan lebatnya di Venecia, hingga ada khemah yang dilenangi air. Tuala
di ampaian juga habis lencun. Kami membuka khemah dalam hujan.
Perjalanan
hari ini menuju ke Rome, Itali. Didalam perjalanan melebihi 8 jam ini, kami
singgah di Designer Outlet, Barberino. Lokasinya di luar bandar Florence.
Banyak
jenama tempatan dan antarabangsa di sini, antaranya adalah Prada, CK
collection, CK Jeans, Polo Ralph Lauren, Adidas, PUMA, Diesel dan jenama
tidak panda kenali.
Kami
berada di sini selama 2 jam setengah. Katanya, prada sangat murah di sini, 1/3
dari harga butik di Venezia. Adidas juga sangat murah. Sales di sini akan
bermula sekitar Julai setiap tahun.
Pengunjung
yang mendaftar di receptionist boleh mendapat kad diskaun tambahan sebanyak 10%
dari harga yang di pamerkan. Ini memberi tambahan nilai kepada wang pembeli.
Jam 7
petang kami tiba di tiber camp site di pinggir kota Rome. Menu kami untuk makan
malam adalah nasi lemak Itali style.
harga berapa kt sni......dalam RM PRADA, TODS CHANNEL n potong VAT berapa
ReplyDelete