Showing posts with label sarawak. Show all posts
Showing posts with label sarawak. Show all posts

Saturday, May 24, 2014

Waterfront Kuching


6 April yang lalu panda sempat singgah di Kuching Sarawak untuk menjadi panel temuduga bagi pelajar-pelajar pasca siswazah yang akan ke luar negara bagi zon negeri Sarawak. Kunjungan ini agak pendek iaitu 1 malam sahaja tidak memungkinkan panda bergerak jauh dari pusat bandar, cukup sekadar di tepian Sungai Sarawak yang sempit itu.





Ini adalah mercutanda terbaru bagi Sarawak dan Khucing secara khususnya, Monumen untuk Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ketinggian bangunan ini setinggi 114 meter dengan kos menghampiri RM300 juta ini boleh di lihat dari tebingan sungai Sarawak ini.




Itu sahaja yang ingin panda kongsikan bersama, tunggu kemunculan lain-lain entri. Banyak perkara yang belum dapat panda selesaikan buat masa ini, masih dalam proses penyesuaian diri. Sesungguhnya ALLAH makbulkan doa hambanya, cuma lambat atau cepat sahaja. Oleh itu, berhati-hati dengan apa yang kamu minta!

Tuesday, September 20, 2011

Beraya di Lawas Serawak


From 2011-09-04 raya2011

Dalam kesibukan tidur di hari raya, panda sempat juga mengunjungi negeri terbesar di Malaysia, iaitu Serawak. Kali ini panda melepasi sempadan Sabah dan Serawak melalui pos immigresen di Sindumin. Perjalanan antara Sidumin dan lawas memakan masa sekitar 45 minit mengunakan kereta.

From 2011-09-04 raya2011


Sepanjang perjalanan, kami melalui suasana yang menarik. Di mana tanah rata yang di hiasi dengan pemandangan bukit batu kapur dan pepohon kelapa sawit.

From 2011-09-04 raya2011


Keunikan Lawas adalah kerana bandarnya berda di pinggir Sungai (Tidak dipastikan sungai apa namanya). Di sini di sediakan kemudahan bot penambang yang menyeberangi perkampungan di seberang sungai. Bila di tanya penduduk tempatan katanya percuma akan tambang botnya. Bila panda tanya kepada penambang, caj yang di kenakan adalah Rm0.50 sehala, untuk tempoh masa tidak sampai 5 minit.

From 2011-09-04 raya2011
Hotel yang terbesar di sini adalah Hotel Sri Malaysia, bangunannya masih baru dan mempunyai bentuk yang unuk berbeza dengan lain-lain hotel Seri Malaysia sedia ada. Makan? Tidak dapat dipastikan, kerana panda tiba di sini ketika penduduk muslim masih lagi asyik meraikan hari raya, jadi kami hanya menikmati KFC sahaja di sini.

From Collages

Di dalam perjalanan pulang ke Sipitang, sempat juga panda singgah ke Jambatan Gantung Batang (sungai) Lawas yang di dirikan secara usaha sama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Australia. Malangnya, tidak di nyatakan bila jambatan gantung ini didirikan.

Monday, August 10, 2009

Bintulu... Serawak

P8075114
Durian Bintulu
Beberapa minggu yang nak dikatakan sibuk... Tidak juga, tetapi mood nak meng update blog makin berkurangan. Mungkin kerana banyak masa dihabiskan di Facebook berbanding lain-lain ruangan networking yang lain.
Selepas kembalinya dari Sabah (Sekiranya berkesempatan akan di isi diruang lain), 3 Ogos 2009 (Isnin) lawatan panel Qualiti dari HQ, Rabunya (5 Ogos 2009) Sambutan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jumaatnya berada di Kuala Lumpur untuk temuduga kenaikan Gred yang lebih tinggi... kata penyelaras temuduga..."baru kali pertama, ada beberapa kali lagi interview kalau nak naik" . Panda tak kisah, kalau ada rezeki tak kemana...
P8085250
P8085237
Petangnya (7 Ogos 2009) Panda ke Bintulu, di sambut oleh Epol di airport Bintulu, petangnya aku ditinggalkan kesorangan di Hotel Kintown Bintulu. Memandangkan Bintulu sedang menganjurkan Festival layang-layang angtarabangsa Borneo, kesempatan ini tidak dilepaskan Panda untuk melihat keunikkan layang-layang yang di layangkan. Program ini berlangsung selama seminggu, Panda tiba diwaktu kemucaknya jer la... Sepetang, Panda habis sudah mengelilingi pekan Bintulu...
P8075093
Pekan Bintulu
My creation
Sabtu (8 Ogos 2009) Paginya panda sempat ke tamu atau pasar besar Bintulu, bila disebut pasar tentulah menjual hasil masyur pertanian. Setelah menikmati mee jawa serawak special (ada 4 cucuk satay), panda mengunjungi kampung Jepak iaitu kampung nelayan (menurut wekipedia). Kampung ini terletak di seberang sungai mengadap pekan Bintulu. Pertama kalinya panda melihat gadis cantik yang menjaga penambang sebelah Bintulu... Caj RM0.50 per trip.
P8085294
te'ong
P8085145
mee jawa special
Tengaharinya Panda mencuba laksa serawak, dan mengambil kesempatan untuk makan akanan tradisional Bintulu (Malanau) seperti kopi berempah dan te'ong (sepeti otak-otak tetapi dibuat dari sagu dan berinti udang). Malam, Epool telah membawa Panda dan dua rakan sekerjanya ke restoren Seribu Bintang di kampung Baru untuk menikmati Lelapan dengan anika lauk.
My creation
9 Ogos 2009 (Ahad) paginya kami di bawa ke taman Tumbina Bitulu ataupun taman Tumbuhan dan Binatang dan dikatakan satu-satunya taman yang mengandungi haiwan dan tumbuhan di Serawak pada masa ini. Siap ada taman rama-rama, harimau dan burung-burung. Taman orkid, Bunga kertas, kadtus dan juga pohonpohon balak dan herba yang baru tumbuh....
My creation
Penerbangan pulang Panda pada jam 1610 dari Bintulu dan tiba pada jam 1805 di LCCT 9 Ogos 2009. Perjalanan kali ini memberikan pengalaman berharga dan moral yang tinggi iaitu- Jangan pergi jalan sorang-sorang...nanti mati kutu.
P8085203
Anyway Panda masih tiada teman untuk program Saigon City, Vietnam pada Januari 2010 dan Vilentine, Loas pada Februari 2010. Sesapa nak join boleh lah... Selepas ini Panda terpaksa kurangkan aktiviti jejans sebab dah ada komitment lain bermula September 2009 ni. Tapi kalau ada rezki, Panda akan tetap jejans... Semoga rezeki kita semua makin melimpah ruah... Jangan lupa bayar zakat yer...

Tuesday, November 4, 2008

Miri, Serawak


AlhamduLLILLAH... kembali aku ke opis ahri ini, setelah hampir 60 jam berada dalam perjalanan di Miri Serawak...juga sempat singgah di Brunei. Banyak rekod yang dicapai disini.... antaranya:

1. pertama kali aku naik AirAsia tanpa delay dan yang bestnye perjalanan balik sampai LCCT cepat 20 minit dari jadual.

2. Aku habiskan kurang RM100... Tapi bila sampai Kl, aku abiskan beratus....

3. So bila duit tak abis disana, maknanya ertama kali tanpa cenderahati buat kawan2 di Semenanjung dan juga untuk diri aku... Ini langkah pertama bagi aku mejadi totally traveller...

4. Aku kena pergi ke Miri lagi sebab matlamat asal tidak tercapai...untuk ke Gua Niah...

5. Aku tak tau mana aku letak jacket Dookers (Hadiah) aku....

Anyway aku amat berpuas hati dengan lawatan jalan2 cari ** ke MIri ini, orangnya baik2 bah...



31.10.2008 (Jumaat) aku cuti hari ini, menaiki bas jam 8.30am dari Ipoh, dan sampai kira2 2 jam 30 minit kemudian, meneruskan perjalanan ke KL Sentaral, lunch dan abik bas 12.00pm. Sejam tiba di LCCT, Checkin dan rasa lapar lak, lepas solat Zohor, keluar mencuci mata di Food Garden dan abik light food..makan Pao Boa'... Best gak Poa ni...

Tepat 2.30pm masuk depentura hall dan jam 3.00 pun aku dibawa terbang oleh Air Asia....




Tiba di Miri jam 5.15pm seperti dijadualkan... Rush si Tepak Sirih pickup aku dan di bawa ke Bintang Mall...memandangkan aku masih Jet Lag..Tkder la pic di ambil....

Malamnya, diorang bawak ke restoren yang aku dah lupa namanya, sebab lapar kot.... Katanay pemiliknya orang semenanjung yang berkahwin dengan local... aku makan Laksa Serawak yang masam.... Rasanya amat berbeza dengan apa yang aku makan masa di kuching dulu...







Sempat la bergader-gadering ngan beberapa teman baru dan lama dari Serawak... Kebetulan alfean Aziz pun berada di MIri, so, ajak la dia join sekali... lain-lain info kat facebook aku yerk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com