Showing posts with label working. Show all posts
Showing posts with label working. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Kuantan... sebelum banjir


November 2013, tiba-tiba bos telah mengarahkan panda dan 2nd Bos untuk ke Kuantan Pahang bagi mengendalikan Bengkel Bajet 2014-Cabaran dan Strategi. Lokasinya adalah di Kolej Profesional MARA di Indera Mahkota. Maka memulakanlah perjalanan selama 4 jam dari Kuala Lumpur ke Kuantan kiter....


Program adalah 2 hari sahaja, dan hanya berlangsung pada waktu bekerja, ini memberi peluang untuk panda beriadah di sekitar Teruntum. Hotel penginapan juga berda di tepi Sungai Kuantan. Hotel Sentral namanya. Kadar melebihi RM190 untuk satu malam, bilik famili. Pada masa kehadiran panda di sini, kebanyakan hotel telah penh di tempah oleh Kementerian Asas Tani, katanya ada program Hari Pertani dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di Padang MPK3.




Kuantan mejadi semakin sunyi setelah jam 7 malam, waktu malamnya pula kawasan Benteng seumpama pekan mati. Semua kedai telah di tutup, punyalah susah nak cari barang walaupun air mineral.Nasib baik ada kawan-kawan yang sudi meneman.







Malamnya. Bos Pahang sempat bawa kami ke Ina Ikan Bakar di Tanjung Lumpur, kawasan makan-makan yang agak happening pada waktu malam. Banyak kedai dan pilihan. Apa yang seronok di pantai Timur ini adalah makannya lebih segar dan enak. Memang puas hati.





Sempatlah di hari terakhir selepas program, singgah sebentar di Pantai Teluk Cempedak yang memang cantik jelita. Malangnya seperti selalu, bateri camera sudah flat, hanya beberapa keping gambar sahaja sempat di snap. InsyaALLAH, lain kali boleh datang lagi ke sini.

Sunday, September 30, 2012

Pantun Perpisahan buat Malaysia Airlines



Hampir genap setahun bersama Malaysia Airlines bagi program Cross Assignment Anjuran Talent Corp yang di warisi dari Khazanah Nasional Berhad. Program yang bermula pada 3 Oktober 2012 dan tamat secara rasminya pada 30 September 2013.

Sebuah pengalaman yang berharga buat panda dan juga rakan-rakan yang lainnya seramai 19 orang pada cycle 2012/2013 dan tambahan 6 orang dari cycle 2011/12. Kami serai 4 orang telah terpilih untuk menyertai Malaysia Airlines. 

Sepanjang tempoh itu, pelbagai cerita yang wujud, tempoh 3 bulan yang pertama amat kritikal akibat perubahan budaya kerja. Sebagai pekerja sektor separa kerajaan, ini adalah kali pertama panda menyertai GLC atau di luar kerajaan sejak tamat pengajian peringkat ijazah 2001 yang lalu (dah tua panda ni).

Geng Cross Asignment Talent corp sessi 1 XA program Nov 2011

Panda di tempatkan di unit External Relations & Stakeholder Management, di Strategic Communication. Bunyi sangat menarik, dan pekerjaannya juga menarik serta orang-orang nya juga menarik... Bertemu dengan pelbagai kelompok masyarakat, dari kampung hinggalah yang berada di atas kayangan, dari laut hinggalah ke gunung. Ini mempelbagaikan rencah kehidupan panda, dan panda terbang dengan lebih jauh...

MH Pintar Day di Sekolah Kebangsaan Keruak Besut Terengganu Jun 2012

Walau apa pun, jutaan terima kasih buat teman-teman di Malaysia Airlines dan juga di cross assignment Talent corp yang menerima, membantu dan menjadi kawan sepanjang program. Semoga persahabatan ini akan kekal, hingga ke akhir hayat. akhir sekali pantun yang panda ceduk dari blog nukilan — m. Ali acmad — buat semua di Malaysia Airlines:


Berhembus bayu angin mengilir

Sejuknya sampai keujung pohon
Sambutlah salam pesan terakhir
Kusampaikan lewat untaian pantun.



Hendak menebang nibung berduri
Dibuat pagar tepi perigi
Pantun dikarang melepas diri
Entahkan bila berjumpa lagi.



Orang mentigi mengail tenggiri,
Tenggiri dijual dalam pekan
saya yang pergi memohon diri
Silap dan salah mohon dimaafkan.



Dari tungkal pergi siantan
Singgah berlabuh di kuala maras
Selamat tinggal handai dan tolan
Kita berpisah karena tugas.



Kalau tidak karena unggas
Tidaklah rusak padi disawah,
Kalaulah tidak karena tugas
Tidaklah kita akan berpisah.




Namun demikian;



Tanjung sauh di pulau bintan
Tempat berlabuh orang penyengat.
Berpisah jauh bercerai badan
Sahabat handai tetap kuingat



Gunung bintan lekuk ditengah
Sayang penyengat kubunya tiga.
Hancur badan dikandung tanah.
Budi kusanjung kuingat juga.



Bunga kemboja putih berseri
Putihnya melur diujung dahan
Atas kerjasama dan bantuan yang diberi
Puji syukur dan terimakasih saya ucapkan.



Kalau menjemur papan panjang
Baik disusun tegak berdiri
Kalau lah ada umur panjang
Insya allah kita kan berjumpa lagi.



Orang memangkas pohon salam
Daunnya gugur habis ditutuh
Akhir kata penutup salam
Dipanjatkan doa , assalamualaikum
Warahmatullahi wabarakatuh.




p/s: panda tidak pandai menulis karangan curahan hati patah lagi berpuitis...

Tuesday, April 26, 2011

Kisah Pengantin yang Bajet....

mara 337

22 - 24 April 2011 (Jumaat- Ahad) - Ekspo Perkahwinan Bajet telah berlangsung di Anggerik Mall, Shah Alam yang di sertai lebih 20 pemamer yang berda di dalam industri pengurusan acara perkahwinan. Menurut penganjur, banyak aktiviti sebegini telah dijalankan oleh pengurus acara. Keistimewaannya adalah pemamer di sini menawarkan harga yang lebih rendah dari pasaran.

New folder5

Sejauh mana rendahnya harga, panda tidak pasti, kerana kalau panda buat acara, kosnya memang rendah dari pasaran, tetapi pekerjanya akan bekerja sampai demam. Apa yang panda lihat, caj untuk buffet adalah serendah RM6.90 sekepala, dengan tempahan minima 900 orang termasuk kos dewan.

New folder6

Bila dihitung-hitung, kos minima yang diperlukan oleh sang lelaki bila hendak berkahwin adalah sekitar RM30,000. Itu untuk perkahwinan ala-ala bajet dan bukannya perkahwinan ala-ala dalam taman atau kayangan. Jika kurang, layaknya bernikah di sebelah sempadan sana yang sekitar RM10,000 selepas bayaran denda kerana menikah tanpa kebenaran di luar negara.

New folder7

Selain acara persandingan olok-olok dan di selangi dengan tarian tradisional, persembahan pencak silat dan persembahan kulin tangan atau gemelang pada hari Sabtunya, ada tambahan acara berendoi dan persembahan Qasidah pada pagi Ahadnya.

Collages29

Berendoi adalah acara kesyukuran bagi bayi yang baru lahir, disertai dengan majlis cukur kepala atau cukur jambol yang diiringi dengan selawat ke atas Nabi. Lebih manis sekiranya disertai dengan acara aqikah.

New folder4

Sepanjang beberapa minggu ini panda telah bekerja secara terus menerus, siap di selangi dengan demam yang panjang, kemudian pula sakit kaki, katanya gout, terasa makin tua pula. Tetapi hingga blog ini di tulis masih belum mendapat keputusan ujian darah akan penyakit mesteri yang panda alami.

New folder3

Hujung minggu ini, Panda akan pulang ke kampung sebelum meneruskan perjalanan ke Mankassar pada minggu berikutnya. Melarikan diri seketika dari kesibukan pejabat. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Mencari apa yang misteri yang melanda diri... Tak gitew?

Monday, December 13, 2010

Management Team Building (MTB) di PUSKEP MARA Lengong

Setelah meninggalkan Perak selama lebih 3 bulan, sekali lagi Panda kembali atas jemputan bidan terjun bagi mengisi kekosongan program MTB ini. Lokasinya adalah di Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP) Changkat Berangan Lengong. Lokasinya adalah di belakang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lengong, Perak.


Kedamaian jelas teras, dengan kesunyian tempat ini. Bersebelahan dengan Sungai Perak yang mengalir deras (akibat musim hujan) dan dusun durian, kebun getah serta hutan yang masih terpelihara menjadikan lokasi ini sesuai untuk aktiviti luar.

Tempat ini menawarkan kepelbagaian aktiviti luar seperti kayak, flying fox, berbasikal lasak, larian merempuh halangan dan juga pint ball. Tempat tinggal adalah khemah yang boleh memuatkan 10 orang setiap khemah pada satu-satu masa. terdapat 5 khemah lelaki dan 5 khemah perempuan (bilangan ini mungkin berubah-rubah mengikut keperluan). Lain-alin kemudahan adalah seperti surau, dewan makan, dewan syarahan, dan padang kawad.

Sepanjang tempoh 4 hari 3 malam kami di sini, kami didedahkan dengan pelbagai aktiviti bagi mengukuhkan lagi semagak berpasukkan dan kepimpinan.
2 disember 2010, selepas check-in pada jam 3.30pm, kami di berikan taklimat dan aktiviti ice-breaking samai malamnya Hari kedua sebelum solat jumaat kami menyertai aktivti berbasikal meredah ladang kelapa sawit dan getah. Lebih 10 tahun Panda tidak berbasikal, apatah lagi berbaskat di kawasan bukit, memang ala-ala mencabar. Selepas solat jumaat, kami menyertai program flying fox, larian berhalangan dan akhirnya berkayak memudiki Sungai Perak. Penatnya memang terasa apabila melawan arus yang kuat.

Hari ke 3, aktiviti lebih kepada team building seperti spider web, acid river, 'are you ready; dan hari terakhir adalah aktiviti 'rise our flag'. Aktiviti sebegini memberikan nafas baru buat Panda yang telah mencapai pertengahan usia. Tidak Panda sangka masih boleh mengadakan aktiviti lasak bersama-sama artis veteran lain. Selepas ini Panda & geng pun merancang untuk bergiat aktif dalam aktiviti meredah hutan, gunung serta lautan. Sesiapa berminat bolehlah sertai sama. Apa yang penting kerjasama dan tubuh yang sihat!

Tuesday, November 24, 2009

Swiss-Garden Golf Resort & SPa Damai Laut, Lumut

PB197580

Khamis 19.11.2009 yang lepas Panda telah menghadiri Bengkel Halatuju Strategik Negeri Perak-Pelan Pembangunan Perak AMANJAYA yang di anjurkan oleh Institut Darul Ridzuan, Lumut. Lokasinya berda 100km dari Ipoh dan 20km dari pekan Manjung. Cantik tempatnya.

PB197603

Program agak padat dan diburukkan lagi dengan musim hujan. Sepanjang hari hujan membataskan aktiviti bergambar. Tetapi kerana kesukaan, Panda sempat jua meronda disekitar dalam hujan yang renyai.

PB197575

Bengkel adalah menumpukan kearah penetapan KRA (Key result Area) bagi MP10 (10th Malaysia Plan) bagi mencapan matlmat 7 kerangka Perak AmanJaya. Banyak pandangan dari pelbagai golongan yang terdiri penjawat awam tertinggi, korporat dan NGO.

PB197576

Petang ini, Panda kan ke Kuala Lumpur, transit sebelum balik kampung bagi merayakan Hari raya Korban, Sabtu ini kembali ke Ipoh bagi membantu ibadah Korban yang akan diadakan pada 30.11.2009 (Isnin) ini.

Saturday, July 18, 2009

Kuala Rompin

rompin 044

Kuala Rompin, Pahang

Panda baru sahaja habis menonton Nurkasih secara online. Tak sempat menonton waktu perdana tadi. Panda tergesa-gesa ke Sri Manjung bagi mengambil bahan pameran untuk Hari Kooperasi Peringkat Kebangsaan siang nanti di Stadium Indera Mulia, TPM akan merasmikannya. Mulanya booth yang diberikan hanya seluas 10'x10' tetapi bila tiba rupanya 1 khemah 20'x20'. Terpaksalah Panda kontek cawangan lain untuk dapatkan tambahan bahan.

My creation

Binatang apakah ini? pics diambil masa di kampung...

Minggu ini memang penuh, bermula hari Isnin 13.7.2009 sehinggalah tengahari Jumaat 17.7.2009 dipenuhi pelbagai mesyuarat. Panda pun sampai terlelap-lelap lah dok di meja meeting tersebut.
Minggu lepas, 8-10 Julai 2009 Panda berada di Kuala Lumpur, dalam misi belajar buat kerja, sambil-sambil harapannya nak la merasakan mega sales di Kuala Lumpur. Malangnya kaki Panda terseliuh, dan terpaksalah malam 9.7.2009 (Khamis) berada didalam bilik hotel bersendirian menahan sakit. Nak keluar makan pun tak dapat. Nasib baik pagi Jumaat bengkaknya hampir surut. Panda berjengket2 dari Hotel ke Ibupejabat.

My creation

Petangnya Panda bersama seseorang telah pulang ke Kuala Rompin, jadual yang singkat walaupun kaki sakit, tetapi masih boleh menekan klase kereta Panda yang hebat lagi panas macam sauna pulang ke kampung. Sempat juga singgah ke Kuala Pilah untuk brsama-sama Timbalan Menteri KKLW melancarkan program Basmi Kemiskinan peringkat Negeri Sembilan. Selepas itu kami menikmati ABC di stesen bas Kuala Pilah. Antara rutin Panda bila on the way balik ke Kuala Rompin. Kami tiba agak lewat, kira-kira jam 11.00pm ke Kampung Kolam, Kuala Rompin.

rompin 123

Sabtunya 11.7.2009 Panda bersama keluarga menikmati durian dan petangnya jejans ke Jeti Nelayan Kuala Rompin di Bandar lama. Setelah itu singgah sebentar di Pantai Hiburan untuk menikmati Lai Chi Kan susu bersama rojak petis yang tak berapa enak.

My creation

Ahad, Panda meneruskan perjalanan sejauh 550km (lebih kurang) dari Kuala Rompin-Kuala Lumpur-Ipoh didalam sauna yang boleh membekar lelemak badan...

My creation


18-19 Julai 2009, Panda akan berada di Stadium Indera Mulia Ipoh bagi menyertai pameran Agensi di Sambutan Hari Kooperasi Negara 2009. Mai la nak join..Panda sorang kat sana..

Monday, April 27, 2009

Patung Kertas 2 V/s Meeting aku

My creation

Setelah sehari memasuki opis, Panda perlu kembali ke Kuala Lumpur bagi menyertai mesyuarat peringkat penyelaras negeri di ibupejabat. Perjalanan bermula 22 April 2008 selepas solat zohor, kira-kira jam 2 petang dan selamat tiba di hotel Plaza Jalan Raja Laut 2 jam 30 minit. Biasa sekiranya ke Kuala Lumpur mau 3 jam baru sampai. Penat juga drive lelama ni. naik kembang pungkok duduk lelama. Panda hanya di bilik hotel berehat sehingga Odah datang pickup ajak diner. Lama betul tak jumpa Odah, Last time masa majlis berbuka puasa tahun lepas. Tapi Takder la nak abik pics ngan Odah walaupun bawa camera.


23 April 2009, seharian bermesyuarat di Ibu pejabat. Satu keseronotkan bermesyuarat kat opis ni adalah waktunya terhad dan tak melibatkan waktu malam. Kalau mesyuarat kat Hotel... dari subuh shapiee sampailah dinihari pun belum tentu habis. Ini abis waktu opis boleh siap pergi SOGO dan kawasan sekitar.
P4230040 P4230073
P4230076


Pada malam yang sama, Odah dapat tiket teater Patung Kertas 2 yang di pentaskan di MATIC, ni kira persembahan untuk media dan malam tu ramailah wartawan yang sealiran dengan cerita itu ada di MATIC. Ceritanya ala-2 Ok, dan tak ramai yang kata ceritanya best...banyak part yang membosankan dan tak perlu. Bagi Panda yang seronotnya bila buat program Paper Dolls diakhir cerita.... APA-apahal bolehlah nonton nya kalau ada kesempatan 1 May ini. Sempat juga Panda jumpa junior cum student masa Panda mengajar dulu. Apa-apa hal, Thanks Odah tuk temahkan 2 hari:-P

Hari ke 3 Jumaat 24.04.2009 lawatan ke Komplek Industri di Batu Caves, jadual program dijangka samapai lewat petang, Tengahari balik ke Ibu pejabat dan Panda sempat singgah ke Pameran buku dan membeli beberapa buku yang entah bila boleh dibaca...


malamnya pula sempat dating dengan Norli, layan movie Queen of Langkasuka, Ceritanya mengisahkan keratuan Langkasuka, walhakl ceritanya bukan kisah Kedah, tetapi lebih merujuk kepada pemerintahan Acheh dibawah Ratu Hijau. Dari segi penceritaan, memang ala-ala dogeng walaupun berdasarkan kisah benar. Tapi teknik CGI nya memang boleh dibanggakan, dan lebih membanggakan cerita itu mengisahkan kesultanan Melayu di Nusantara.... Jadi kena nonton sendiri lah.

Monday, April 6, 2009

Bukit Gantang P059 lagik?

P4050002

Jalan di Sekitar Bukit Gantang Jem Teruk...

Jumaat 03.04.2009 sekali lagi Panda diarahkan untuk ke Parlimen Bukit Gantang, kali ini ke Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor, Matang. Panda dikehendaki memberi taklimat atau sebagai panel kemudahan pembangunan Usahawan dan Pembiayaan bersama-sama dua agensi lain iaitu TEKUN dan SKM.

05.04.2009 (Ahad) Jam 10 am, panggilan bertalu-talu diterima, kali ini ada tambahan tugas iaitu menyediakan booth pameran untuk program tersebut, tapi kali ini dari rakan seopis. Petang semalam 04.04.2009 (Sabtu) ada juga pegawai INSKEN memaklumkan kepada Panda untuk meyediakan booth pameran, memandangkan Panda berada diluar kawasan, Tak dapek la nak nolong... Lagipun Panda bZZ denagn gadget baru... Olympus u1050 (yang boleh masuk dalam air tuw) di PC Fair Stadium Indera Mulia, Ipoh.

P4050009

Panda tiba di lokasi setelah sesat beberapa kali sekitar jam 12pm, Slot untuk Panda dan rakan adalah jam 2.30pm, dan pertama kalinya program bersama menteri yang ini awal tibanya, biasa 2 jam lewat. Tetapi kali ini beliau sampai jam 4.00pm. Jadi Panda hanya boleh bagi talk 15 minit sahaja walaupun preparationnya dah dibuat beberapa hari. Panda lagi suker gitew.

My creation

Sedang menunggu ketibaan Menteri...

My creation

Dia datang.... dan pergi...

P4050039
Mendapat habuan masing-masing di atas kesabaran menunggu...

P4050058

mee udang lagi.

Program habis agak lewat petang, memandangkan jalan masih sesak, Bos ajak makan mee udang Kuala Sepetang. Kami memilih satu gerai yang dipenuhi manusia, gerai-gerai lain dah tutup sebab udang dah habis. Rezeki datang 40 tahun sekali... Jadi pulun la bebetul. Harga mee udang ini RM10 sepingan, adalah dalam 8 ekor udangnya. Harganya mahal sebab menggunakan udang laut, sekiranya udang kolam, harganya cuma RM6. Rasanya? Takder la sedap sangat.... bagi nafsu Panda ini....

Ini lah pic yang terhasil dari Olympus u1050, tak cantik picnyer... Cuma untuk penggunaan di dalam air bila ke Langkawi dan Pulau Kapas dalam bulan April ini. Esok 07.04.2009 (Selasa) akn berlangsungnya piliharaya kecil abgi dua bukit dan satu batang.... kita tungguuuuu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com