Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Monday, November 17, 2014

Kudat- the last entry


Mimpi jam 1:55 pagi mengejutkan aku dari tidur, seakan peristiwa 30 tahun sangat dekat. Rindu membuatkan panda tidak bisa tidur. Ketika ini panda telah 2 minggu meninggalkan bumi Sabah. Menyahut tugasan baru yang entah bila akan berlangsung. Tiada di sangka Sabah menjadi assignment paling singkat setakat ini, hanya 8 bulan dan 15 hari sahaja. Baru sahaja ingin mengembangkan sayap yang lebih jauh di sana.


Kudat, bandar di hujung tanduk Sabah, 3 jam dari Kota Kinabalu. Sunyi tetapi cantik.Kali ke dua panda di sini. Bersiar-siar pinggir teluk yang jauh amat mendamaikan. Walaupun tidak berkesempatan melihat matahari jatuh ataupun naik. 


Ikan-ikan di Kudat juga murah erbanding di Kota Kinabalu, di esplanadenya pengungjung boleh menikmati ikan bakar dengan harga separuh dari harga di Kota Kinabalu, pilihan sahaja agak terhad, rasanya OK.








 


Itu sahaja untuk Sabah yang ingin aku masukkan. Walaupun 8 bulan di sini, ia memberikan 1001 kenangan manis. Terima Kasih buat Sabah yang membenarkan Panda bertapak dan berkhidmat di sini. Semoga bisa bertemu lagi.

Wednesday, November 5, 2014

Merayau di Simpang Mengayau Sabah


Tip of Borneo ataupun Tanjung Simpang Mengayau, mendapat nama dari bahasa Rungus iaitu Tanjung Sampang (bersatu) Mengazou (Perang). Ia mendapat nama kerana tempat ini berlakunya peperangan etnik Rungus dengan lanun Moro. Semua detail boleh dapat di wikipedia. 


Perjalanan dari Kota Kinabalu ke sini mengambil masa hampir 2 jam 30 minit. Jalannya agak mencabar apabila menuju ke sini dari jalan utama. Sekiranya merancang untuk terus ke Kudat, boleh melalui jalan grabble lebih kurang 5 km. Menitik juga air mata berada dalam kereta vibrator.  



Pemandangannya sangatlah hebat, tanjung yang berada di antara 2 laut, iaitu laut Cina Selatan dan Laut Sulu. Kehadiran Panda kali ini di sambut dengan angin yang sangat kuat hingga panda tidak mampu berdiri dengan tegak. 





Jika ke sini batu tulis cerita bagaimana bendera Malaysia di letakan di sini. Bendera ini di bawa dari daerah Papar menggunakan kuda sejauh 274 km. Ia dicatakan sebagai perarakan kuda terjauh di Malaysia. Ia berlangsung semperna sambutan hari Kemerdekaan dan di kibarkan di Tanjung ini pada 29 Ogos 2012. 



Ada juga beberapa chalet di kawasan ini bagi pengungjung yang ingin bermalam dan beristirehat. Pandai di sini juga sesuai untuk mandi manda kerana di Sabah tidak banyak pantai yang berpasir putih untuk pengunjung berlari-lari dengan kaki yang bogel. Pengunjung juga di nasihatkan semak laporan cuaca terkini.

Sunday, October 19, 2014

Singgah di Rumah Panjang Rungus


Setelah kembali dari Australia, panda menerima tetamu dari Penang pula. Pernacangan awal adalah mengunjungi Kundasang ataupun kaki Kinabalu. Perancangan ini terpaksa di ubah kerana hujan yang lebat telah membasahi bumi Kinabalu. Ini akan mebataskan penglihatan. Panda mengubah tentatif perjalanan ke Kudat, atau dengan lebih tepat ke Simpang Mengayau iaitu tempat terletaknya 'tip of Borneo'.



Selepas memandu hampir 2 jam, panda tertarik dengan papantanda 'rumah panjang Rungus' yang terdapat di tepi-tepi jalan selepas kota Marudu. Rumah Panjang ini terletak di kampung Bavanggazo, 98 km dari Kota Kinabalu atau 41 km  dari Pekan Kudat.



Kunjungan ke sini agak berbaloi, dengan bayaran di antara RM3 ke RM5 seorang, pengunjung akan di dedahkan asal usul kaum Rungus yang berkulit putih mulus ini. Memang comel-comel orang Rungus ni. Tetapi yang berada di dalam rumah panjang mempromosikan barangan kraftangan tradisional adalah orang-orang yang veteran. Jadi jangan lah gusar kerana kunjungan kesini adalah  untuk melihat kebudayaan dan keramahan warga tempatan.








Maklumat lanjut boleh berhubung dengan tourism sabah. Jika mahu lebih menyeronokan, datang pada hari keamatan. Barulah boleh melihat pesta yang lebih meriah. Tidak salah untuk singgah seketika di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Kudat.

Saturday, September 13, 2014

Dari Mabul ke Kapalai


Setelah sekian lama berangan untuk melawat pulau-pulau di sekitar Semporna, pada 16 Ogos 2014 hasrat ini tercapai. Itupun setelah menghadiri program rasmi di Semporna. Kesempatan berada di Sabah ini memberi peluang untuk panda menikmati keindahannya dengan lebih dekat.



Panda menempah penginapan dan pakej dari Uncle Chan, Pejabatnya berada di resort terapung Dragon Inn. Kadar caj yang di kenakan adalah RM170 untuk penginapan 2 hari 1 malam. Pakej ini termasuk perjalanan pergi balik dari Semporna, makan maximun 5 kali, penginapan dorm untuk empat orang, maximun 4 kali snorkeling di Mabul. Untuk peralatan snorkeling, sewanya adalah RM20 sehari, manakala Snorkeling di Pulau Kapalai caj tambahan sebanyak RM30.




Perjalanan selama hampir 1 jam bermula jam 8 pagi dari jeti Semporna ke Pulau Mabul, melimpasi kawasan tanaman (?) seaweed yang terkenal dan juga beting-beting pasir. Air laut di sini sangat jernih dan kaya dengan kepelbagaian biositinya.



Sempat juga ketika menunggu waktu snokeling jam 9:30 pagi, kami di jamu dengan sarapan pagi. Ketika itu juga ada penjual datang menggunakan perahu untuk menjual lobster, ketam dan udang alean. Harga lobster yang ditawarkan adalah RM60 seekor. Tidak dapat dipastikan murah atau tidak. Sesiapa berminat boleh membeli dan mengupah Resort untuk memasaknya.





Sewaktu di Kapalai, panda tidak boleh mengambil gambar, sepajag pagi hujan dengan lebatnya. Batu Karang di Kapalai lagi cantik dan besar berbanding Mabul. Ikan-ikan besar berenang dengan bebas dibawa chalet yang terdapat di sini. begitu juga dengan batu karanganya, sebegitu hampir dengan chalet terapung. Akibat hujan, perjalanan dari Mabul ke Kapalai mengamil masa hampir 1 jam. Masa untuk snokelling adalah antara 45 minit ke 1 jam. Setelah makan tengahari di Mabul, kami sekali lagi snorkeling di Mabul.



Sesiapa yang membeli pakej 'day trip' bolehlah dapat 2 kali snorkelling, selepas itu boleh menaiki bot pulang ke Semporna pada jam 4 petang. Panda meneruskan kehidupan panda di sini. Selepas checkin dan mandi. Sempat juga panda bersiar-siar di daratan pulau ini. Melihat kehidupan kampung yang terpencil dan jauh dari daratan. Orang di sini juga ramah dan comel.




Oleh kerana kesihatan panda tertiba merudum, panda sempat berada di Pulau ini 1 malam sahaja. Pagi berikutnya panda terus kembali ke tanah besar pada jam 10 pagi. Jika tidak mau sahaja panda ber-snorkelling untuk 2 kali lagi. Tambahan pulau penerbangan pulang adalah jam 8:20 malam dari Tawau ke Kota Kinabalu.




Pengalaman meneroka keindahan dasar laut di Mabul dan Kapalai amat mengujakan. Trip pulau selepas ini adalah Simpadan. Tempahan untuk ke Simpadan perlu beberapa bulan kerana kawalan bilangan kemasukan pengunjung dan keperluan permit yang lebih ketat.

Tuesday, August 19, 2014

Bum BUM di Semporna


Semporna, adalah di antara daerah kegemaran Panda di Sabah. Kerana apa? Lautnya yang sangat jernih dan ikan-ikan yang berenang hingga ke tepi pantai. Pengunjung akan dapat melihat ketam atau udang yang merayap di celah-celah rekahan batu di tebing-tebing batu di sepanjang pantainya.




Sebenarnya, entri ini hasil dari dua lawatan panda ke Semporna, Panda juga sempat merasa untuk tinggal di Chalet terapung di bandar Semporna. Kadar semalaman adalah RM138, keunuikannya adalah, ia mengembalikan nostagia rumah kayu masa kecil-kecil dahulu. Apa yang paling menarik adalah mandi di dalam bilik air papan sambil melihat ikan di bawah chalet.


Misi panda ke sini adalah untuk melawat cadangan tapak projek rumah kedai luar bandar yang di cadangkan oleh pemimpin tempatan. Jadi kami berbondong-bondonglah ke Semporna dan ke Pulau Bum-Bum ini. Pulau yang bersaiz sebesar Singapura ini berada betul-betul di depan  pekan Semporna.




Pengunjung boleh menaiki bot penambang yang menakutkan dengan kadar RM1-RM2 sehala. Dari jeti bolehnya menyewa van untuk bersiar-siar di sekitar pulau. Jangan mengharapkan pantai yang memutih di sini, kerana ia adalah sebuah pulau bertanah liat yang di tumbuhi bakau. Jika inginkan pantai kenalah ke pulau-pulau yang jauh.







Tetapi pemandangan di sini sangatlah mempersonakan. Sesiapa berminat bolehlh mengambil penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Tawau. Lapangan Terbang Tawau ke Semporna mengambil masa lebih kurang 1 jam bergantung kepada trafik. Hotel banyak pilihan dari jenis back packer hinggalah 3 bintang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com