Showing posts with label dubai. Show all posts
Showing posts with label dubai. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Dubai - Hari 2 dan 3


Hari ke 2, 22 Disember 2011 (Khamis), menggunakan metrodubai berbekalkan kad RTA bernilai EAD20 daripada Metro Burj Khalifa ke Al Rigga, katanya di sini terdapat kedai-kedai cenderamata yang lebih murah harganya. Panda tiba agak awal, banyak kedai yang belum memulakan operasi walaupun sudah jam 10 pagi. Panda ada menemui kedai yang sekiranya di Malaysia seperti kedai RM2 atau RM5 satu barang, tetapi di sini harganya tidak serangam, free magnet paling murah pun AED8.



Panda meneruskan perjalanan melalui bulatan Clock Tower. Satu iconic yang lama bagi Dubai. Panda sempat menikmati makan tengahari di Deira City Centre, makan Burger King sekitar AED28. 


Setelah itu, Panda menyusuri Dubai Creek dari Deira city centre menuju ke Baniyas Marine Transport. Sepanjang perjalanan, Panda menikmati keindahan terusan ini. Ia menjadi pelabuhan tradisional bagi penduduk tempatan dan di penuhi dengan Dhow tradisional. Tetapi pekerjanya adalah terdiri dari warga Pakistan yang memakai pakaian tradisional Pakistan. Kita akan berasa selamat walaupun berjalan seorang diri di sini.


Dari Baniyas Marine Transport, panda menaiki feri ke Dubai Old Souk, kosnya pergi balik AED6 sahaja. Dubai Old Souk ini antara pasar yang terawal di Dubai. Sangat Tradisional tetapi di penuhi dengan kain-kain dan pakaian daripada India dan Pakistan. Anda tidak akan menrasa diri anda di Timur Tengah kecuali seperti di Pakistan bila ke sini.


Di sini juga terdapat Dubai Fort & Museum. Anda boleh berjalan kaki dari terminal Old Souk ke sini. Di sekitar sini juga terdapat kedai-kedai yang menjual cenderamata tempatan yang agak murah berbanding di pusat bandar baru. Cuma perhatikan kedai-kedai seperti kedai RM2 di Malaysia.


Dari Museum, panda ke terminal feri Bur Dubai, memandangkan tiket feri panda hilang, panda mencuba menaiki perahu dengan kos EAD1 ke Deira Old Souk. Di sini banyak menjual rempah ratus Timur Tengah. Dari ini Panda berjalan kaki menuju Metro Baniyas. Dari situ menukar haluan ke Union dan terus ke Metro Burj Khalifa. Hanya rehat di rumah pada malamnya.


Hari 3, 23 Januari 2012 (Jumaat), perkhidmatan metro hanya di mulakan selepas solat Jumaat iaitu jam 1:30 petang. Panda hanya berada di Dubai Mall pada tempoh itu. Sekitar jam 2.00 petang panda menuju ke Dubai Festival City dengan menggunakan laluan Metro Burj Khalifa ke Emirates Metro Station. Dari situ panda menaiki bas ke Dubai Festival city.























Tujuannya hanyalah ingin ke Hard Rock Cafe Dubai. Harganya, lebih tinggi berbanding dengan Hard Rock Hong Kong. Di sini juga terdapat butik Ferari dan jenama-jenama terkenal lainnya. Sama seperi di Dubai Mall. Dapatlah panda membeli t-shirt Hard Rock Cafe Dubai debgab harga AED92.


Petangnya panda terpaksa menaiki teksi ke Emirates kerana kad metro tidak mencukupi kreditnya. Bagusnya di sini pengangkutan awamnya adalah cekap dan orangnya juga mesra. Pemandangan waktu petang di Dubai Creek juga menawan dengan berlatar belakangkan bangunan-bangunan tinggi di Jameira.

Friday, December 30, 2011

Dubai - Jumeirah


Hari pertama,masih keletihan dan juga mengalami jetlag. Waktu di Dubai dan Malaysia berbeza selama 4 jam. Selepas menikmati makan tengahari di Mc Donald Dubai Mall yang berharga  DHM20, panda mengambil keputusan untuk mengunjungi Burj Al Arab di Pantai Jumeirah. Sebelum kewujudan Burj Khalifah, bangunan hotel bertaraf 7 bintang ini adalah icon bagi Dubai.


Dubai Mall ke Souk Madinat menggunakan teksi adalah AED31. Ia adalah rangkaian bangunan yang mengandungi hatel, pangsapuri dan juga pasar yang menjual barangan cenderati timur tengah. Binaannya adalah tradisional dan berada di tepi pantani berlatar belakangkan Burj al Arab.


Dari Souk Madinat, Panda berjalan kaki ke Burj Al Arab, mengambil masa 15 minit. Hotel ini berhampiran dengan Wild Wadi water Park, sebuah taman tema keluarga yang juga menjadi icon Dubai. Taman tema ini mempunyai water slide terbesar/terpanjang/ tertinggi di luar Amerika Utara. Bayaran masuk sekitar AED200.



Pengungjung biasa adalah dilarang memasuki Burj al Arab, hanya dibenarkan untuk mengambil gambar di luar pos pengawai di depan Wild Wadi. Khas ahanya untuk penginap sahaja. Di pos pengawal juga panda telah bertemu solo traveller yang merupakan warganegara China tetapi belajar di London. Setelah pengenalan ringkas kami bersama-sama ke Jumeirah Beach Hotel.


Dari kolam renang Jumeirah Beach Hotel, pengunjung juga boleh melihat Burj Al Arab dengan lebih jelas. Sakali lagi, hotel ini hanya boleh dimasuki oleh penginap sahaja. Tetapi kami sempat sampai ke Lobi hotel.


Setelah itu, kami ke Jumeirah Public Beach yang berada di sebelah Jumeirah Beach Hotel. Di Dubai, kebanyakan pantai-pantainya adalah dimiliki oleh resort dan hotel. Walaubagaimanapun, pantai awamnya sangat bersih dan airnya membiru. Amat berbeza dengan pantai-pantai di Malaysia.


Dari Pantai Awam Jumeirah, kami menaiki teksi ke The Palm Jumeira, pulau buatan yang berbentuk pokok Palm yang pertama di Dubai. Perancangan ada tiga pulau Palm ini iaitu Palm of Jumeira (telah siap dan beroperasi), The Palm Jebel Ali (siap pulaunya tetapi tiada bangunan) dan The Palm Deira - Palm yang terbesar (hanya beting pasir dan mungkin terbengkalai). The World Islands juga telah siap tetapi masih belum ada pembangunan di atasnya. Teksi ke sini berharga EAD37. Di sini terdapatnya hotel dan aquarium yang diberi nama Atlantis. Resort dimana isteri PM kita memberikan ucaptama ketika persidagan wanita di sini.


Dari Atlantis, kami ke Mall of the Emirates, teksi AED47 walaupun 20 minit perjalanan. Kali ini kami menaiki teksi Lexus yang panda tidak pernah naiki di Malaysia. Kebanyakan teksi di DUbai atau UAE adalah toyota Altis. Harga kereta sangat murah disini, Altis sekitar AED26,000 sahaja, manakala petrolnya hanya EAD1.75 per liter.


Dari The Mall of Emirates, panda kembali ke Burj of residences menggunakan metro Dubai, untuk tambang sehala adalah EAD6. Metronya sangat panjang dan ada coach untuk goldcard dan wanita. Bagusnya di sini, wanita diberi keutamaan dalam pengangkutan awam, ada tempat duduk khas dan kaunter tiket yang berasingan.


Malamnya, panda berkesempatan dibawa teman ke Dubai Marina  yang dikatakan akan menjadi  to be the world's largest man-made marina. Sangat menarik kerana selain bangunan yang hebat di sini, setiap bangunannya mempunyai pemandangan laut dan juga terusan. Menikmati makan malam di Nandos dengan harga AED45.

Thursday, December 29, 2011

Dubai - Burj Al Khalifa


20 Disember 2011 (Rabu), penerbangan Malaysia Airlines MH154 meninggalkan lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 2359 menuju ke Dubai. Penerbangan mengambil masa 7 jam merentasi lautan Hindi dan tiba jam 0300 di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Terminal 3. Lapangan Terbang yang terbesar di dunia.



Lapangan Terbang yang sibuk, pegerakan di emegresen juga agak pelahan. Kelebihannya Dubai adalah negara yang agak mudah untuk dimasuki. Pengunjung tidak perlu mengsi apa-apa borang di lapangan terbang. Cukup dengan passport sahaja. Lain-lain akan diuruskan oleh pegawai emergresen.


Memandangkan keputusan untuk ke Dubai dibuat agak tergesa-gesa, dengan persetujuan rakan sembang yang telah dikenali lebih 5 tahun lepas untuk menumpang beberapa hari. Panda segera membeli tiket. Keputusan ini di ambil kerana Malaysia Airlines akan menamatkan perkhidmatannya ke laluan Kuala Lumpur -Karachi- Dubai-Damam pada Januari 2012. Walaupun perancangan awal adalah sekitar March 2012 untuk panda berkunjung ke sini. Laluan Kuala Lumpur - Johannesburg-Cape Town- Buenos Aires juga akan di tutup dalam tempoh yang sama. Panda tidak sempat untuk menikmati laluan ini.


Suhu di Dubai sekitar 16C hingga 22 C, lebih sejuk berbanding Perth yang panda kunjungi Oktober lepas. Perjalanan dari Lapangan Terbang ke Burj Residences hanya mengambil masa 30 minit dengan cajnya UAE Dirham DHS47 aka RM41. Tukaran asing pada waktu panda ke sini sekitar DHS100=RM90.


Lokasi penginapan adalah strategik, kedudukannya hanya seperjalanan 10 minit ke Dubai Mall, salah satu gedung membeli belah terbesar di dunia, mempunyai pelbagai jenama terkemuka dan ada aquarium yang hebat di tengah tengahnya yang mengisi ikan-ikan laut. Di sebelahnya terdapat Souk Al Bahar yang dibina sebegitu rupa untuk mengekalkan tradisi bangunan Arab dan juga icon utama iaitu bangunan tertinggi di dunia buat masa ini dan beberapa tahun yang akan datang iaitu Burj Khalifa. Bangunan setinggi 828 meter ini amat mempersonakan. Tidak puas mata memandang. Di sekitar ni juga terdapat beberapa hotel hebat seperti the Palace, the Address Dubai Mall, The Address Downtown Hotel, Ramada Hotel dan lain-lain.


Pengangkutan awam adalah bas RTA dari Dubai Mall, Metro (seperti LRT di Malaysia) Dubai Mall/Burj Khalifa, dan juga teksi yang pelbagai jenis. Jadi pengunjung boleh ke mana-mana destinasi dari Burj Khalifa ini ke lain-lain bahgian di Dubai. Memandang Burj of Dubai juga pun sudah terpengun. Apatah lagi melihat persembahan air pancut di Dubai Fountain setiap malam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com