Showing posts with label pahang. Show all posts
Showing posts with label pahang. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Kuantan... sebelum banjir


November 2013, tiba-tiba bos telah mengarahkan panda dan 2nd Bos untuk ke Kuantan Pahang bagi mengendalikan Bengkel Bajet 2014-Cabaran dan Strategi. Lokasinya adalah di Kolej Profesional MARA di Indera Mahkota. Maka memulakanlah perjalanan selama 4 jam dari Kuala Lumpur ke Kuantan kiter....


Program adalah 2 hari sahaja, dan hanya berlangsung pada waktu bekerja, ini memberi peluang untuk panda beriadah di sekitar Teruntum. Hotel penginapan juga berda di tepi Sungai Kuantan. Hotel Sentral namanya. Kadar melebihi RM190 untuk satu malam, bilik famili. Pada masa kehadiran panda di sini, kebanyakan hotel telah penh di tempah oleh Kementerian Asas Tani, katanya ada program Hari Pertani dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di Padang MPK3.




Kuantan mejadi semakin sunyi setelah jam 7 malam, waktu malamnya pula kawasan Benteng seumpama pekan mati. Semua kedai telah di tutup, punyalah susah nak cari barang walaupun air mineral.Nasib baik ada kawan-kawan yang sudi meneman.







Malamnya. Bos Pahang sempat bawa kami ke Ina Ikan Bakar di Tanjung Lumpur, kawasan makan-makan yang agak happening pada waktu malam. Banyak kedai dan pilihan. Apa yang seronok di pantai Timur ini adalah makannya lebih segar dan enak. Memang puas hati.





Sempatlah di hari terakhir selepas program, singgah sebentar di Pantai Teluk Cempedak yang memang cantik jelita. Malangnya seperti selalu, bateri camera sudah flat, hanya beberapa keping gambar sahaja sempat di snap. InsyaALLAH, lain kali boleh datang lagi ke sini.

Monday, October 21, 2013

Si Tanjung yang Gemok di Tanjung Pahang


Sebelum panda on the road lagi, suka kiranya untuk update entri kali ini. Lokasi adalah Tanjung Pahang yang berada di sempadan Pahang-Johor di Tanjung gemok, Rompin. 24km dari Kuala Rompin dan 1 km dari pekan Endau. 


Kedudukannya di Kuala Sungai Endau menjadikannya agak berlumpur, tetapi mempunyai panorama yang menarik dan cantik. Sekiranya cuaca baik, pengunjung boleh melihat Pulau Tioman dengan jelasnya dari sini.


Panda tiba di sini ketika matahari telah terpacak di atas kepala. Bahang mentari agak perit menjamah kulit pipi yang gebu. Pengunjung boleh dikatakan zero kecuali menjadi tempat memancing yang strategik.



Di sini juga terdapat kampung tanpa wayar. Papan tandanya berada di dalam semak samun di pantai ini. Sejauh mana keberadaan wifi di sini tidaklah panda mencubanya. 


Kenkangan masa banyak menganggu perjalanan hidup buat masa ini. seakan-akan tidak cukup 24 jam yang ada. Tidak sabar untuk menghabiskan semester, menulis journal untuk di dihantar sebelum akhir tahun ini. Tahun depan, tumpuan hanya untuk peperiksaan penuh pada Mac, dan pembentangan proposal pada awal Jun. Harap semuanya berjalan lancar.

Saturday, November 10, 2012

Membawa hati ke Air Terjun Seri Mahkota


Setelah terkurung lebih tiga minggu di penjara kaca, panda berpeluang memboloskan diri pulang ke kampung halaman. Itu pun setelah perempuan seher itu terbang ke New York. Maka berlari-larian anak lah panda menunggang kaldai mencari pendekar guru di kaki Gunung Lesong .


Tempat persembunyian kali ini adalah Air Terjun Mahkota, kira-kira 54 km dari Kuala Rompin, di dalam kawasan Hutan Simpan Endau/Rompin di wilayah Pahang. Sekiranya ke taman Negeri ini, selepas melepasi pintu gerbang, maka pelahan-lahanlah menaiki dan menuruni bukit, kedudukan air terjun ini amatlah tersorok, hanya kayu penanda sahaja sebagai tanda.



Dari jalan utama, setelah di tambat akan kaldai itu, perlu berjalan kaki selama 30 minit untuk tiba ke tempat yang di tuju. Sesiapa yang beratnya melebihi 70 kilo maka akan mengalami lebih kepayahan dan keperitan. Maka hendaknya selalu bersenam-senam agak tidak ketinggalan dan menjadi habuan harimau kumbang.



Suasana yang nyaman, jambatan gantung yang hampir reput akan menjadi laluan selain tebing batu yang tersusun secara semula jadi akan di lalui. Sekiranya musim hujan, jagalah betis yang bagai buting padi itu dari menjadi santapan si pacat yang dahagakan darah setiap masa dan ketika.






Hasilnya, sangat menakjubkan. Bolehlah merendam akan diri selama 3 purnama sekiranya tidak kembang si jari kaki dengan kesejukkan air yang terjun dari celahan batu-batan itu. Bersama kita menikmati keindahnya tetapi janganlah pula membuang pampers, ipad ataupun bekasan plastik di celah-celah belahan batu yang ada, kerana itu bukan sahaja merosakan pemandangan mata tetapi alam sekitar jua.

Tuesday, October 23, 2012

Tanjung Gemuk bersama anak ikan...


Cerita lama, gambar dua bulan yang sudah, sekadar mengisi kekosongan ruang waktu di kesibukkan membaca journal-journal yang sukar untuk difahami. Mentelaah dan menghadam hingga menjadi butiran-butiran intan, malangnya tidak menjadi... cuma butiran maajun sahaja yang keluar...


Tanjung Gemuk  adalah sebuah pekan yang berada di sempadan Pahang dan Johor, hanya 25 km dari bandar Kuala Rompin. Apa yang menarik di sini tidak dapat di pastikan. Terdapat jeti ferri untuk ke Pulau Tioman dan hotel Sri Malaysia.


Ia di pisahkan dengan Sungai Endau dan di sebelah Johor, pekan Endau yang berada di dalam daerah Mersing tersegam dengan hebatnya. Pekan Endau lebih lama usianya berbanding Tanjung Gemuk. Di sini juga terdapatnya dataran menara jam, tetapi jam gergasinya sudah tiada di tempatnya lagi. Entah ke mana hilangnya.


Di dataran ini terdapat gerai-gerai makan yang makannannya 'so and so' tetapi suasana di muara sungai memberi nilai tambah yang menenangkan dan ceria terutamanya pada waktu malam.


 Tidak di pastikan samada ada wujud gerai ikan bakar atau tidak di kawasan ini, kerana kebiasanyanya kami datang ke sini untuk menikmati nasi lemak ayam gorang atau keropok lekor goreng panas yang harganya lebih murah 50% dari Chawan Restoren tetapi lebih enak 200%.


Apa-apapun Selamat Menyambut Hari Raya Haji aka Aidil Adha buat muslimin dan muslimat... Panda nak balik ke Kuala Rompin untuk bersama keluarga, tahun ini tiada acara korban, cuma ingin lari dari keketatan waktu di kota besar ini. Tidak sabar untuk meninggalkan tanah air tercinta ini....

Monday, August 6, 2012

Jerantut Jaya


11 Julai 2012 (Rabu) - Setelah lebih 10 tahun tidak berkunjung ke Jerantut Pahang, akhirnya sampai juga hajat untuk kembali ke daerah ini di atas urusan kerja. Jika dahulu panda ke sini bagi mengumpul kaji selidik di Sekolah Pemulihan Akhlak Lelaki dan Perempuan. Kali ini misinya agak berlainan.


Kali ini di atas urusan kerja, misi terakhir bagi program MH Pintar day yang terakhir, iaitu sekolah ke 6 selepas 3 sekolah di Ipoh, Sekolah Sains Selangor, Sekolah Kebangsaan Keruak Besut dan terakhir di Sekolah Jerantut Jaya.


Kami tiba pada jam 5.00 petang di pekan ini. Ini memberikan ruang yang agak luas kepada panda bagi meneroka pekan yang tenang ini. Kami menginap di pekan lama Jerantut berhampiran dengan stesen keretapi dan Masjid Daerahnya.


Walaupun sedemikian, pada waktu petang di Taman Rekreasi Jerantut ada mengadakan aktiviti senamrobik untk warganya, bermula jam 6.00 petang hingga 7.00 malam. Ia mendapat sambutan yang memberansangkan dari masyarakat sekitar.


Kami telah menginap di Hotel Darul Makmur, Hotel yang terbesar di pekan ini selain Felda Tekam Resort yang lebih berbintang-bintang. Hotel yang selesa dan menawarkan harga yang kompetitif. Kebanyakan hotel di pekan Jerantut lebih bertarf backpacker yang menawarkan perkhidmatan pelancung ke Taman Negara Hulu Tembeling.


Aktiviti pada 12 Julai 2012, adalah program ceramah kerjaya dan motivasi bagi pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya. Ia meliputi ceramah kerjaya dari jurutera penerbangan, kabin krew dan juru terbang. Selain itu, modul kemahiran komunikasi dari tenaga pengajar di Malaysia Airlines Academy.


Suatu yang menyeronokkan setelah sekian lama tidak bergaul dengan kanak-kanak. Cuba memperbagaikan kehidupan. Sedang memilih aktiviti kemasyarakatan yang bersesuaian dengan panda. Manatau selepas ini menjadi aktivis masyarakat... 

Sunday, April 22, 2012

meredah lumpur di Kuala Pontian



Brsemperna dengan cuti Pertabalan DYMM Di Petuan Agong pada 11 April 2012 yang lalu, panda mengambil kesempatan menambah 2 hari cuti sebelum untuk pulang ke desa. Saja mengurangkan tekanan sejak berkhidmat dengan 5 pasukan yang berbeza-beza objektifnya.


di kesempatan ini, panda sempat berkunjung ke Kuala Pontian di Rompin, jaraknya lebih kurang 15 km sahaja dari bandar baru Rompin. Memandangkan waktu ini baru sahaja selesai musim tengkujuh, pantai di Pantai Timur adak berlumpur dan di penuhi dengan sampah sarap.


Tetapi tempat ini menjadi tumpuan pemancing ikan duri dan gelama, tempatnya tenang dan sunyi. Walaupun tiada kemudahan bertaraf 5 bintang di sini.

Sesekali dapat meninggalkan sesibukan kota amatlah di hargai, dapat tidor sepanjang hari tanpa di ganggu oleh sesiapa, kemudian makan dan makan lagi. Tanpa melalui kesesakan lebuh raya bertol, parking mengikut suka adalah sesuatu yang amat dialu-alukan.


Mula bosan dengan kehidupan yang menyesakkan. Panda ada sekurang-kurangnya 5 tahun lagi untuk berada dalam keadaan ini, semuga semuanya berakhir selepas itu. Target? Migrasi ke Antartika pula. Boleh?


 Itu angan-angan aja, selepas hutang bersama organisasi temetrai, panda tidak dapat tidak terpaksa berada di Malaysia hingga berumur 65 tahun, misi untuk menjadi missionary mungkin terkubur. itulah bahana nya hutang. Impian untuk merentas 7 benua menyebarkan hidayah semakin kelam di depan ...


Tetapi tidak perlulah pembaca tersinggung... yang penting hidup mesti di teruskan.... Soalannya, apakah benda bujur yang panda lampirkan di gambar di atas?

Sunday, April 1, 2012

Panggako Sayo di Colmar Tropicale Berjaya Hill



20 - 22 Mac 2012 yang lalu, Panda dan rakan-rakan cross asignment telah di arahkan untuk menyertai program Personal Development anjuran talent Corp di Colmar Tropicale, berjaya Hill Bukit Tinggi Pahang.
Kedudukan pusat peranginan yang ala-ala perkampungan Francis ini terletak 60km daripada Kuala Lumpur melalui lebuh raya Karak. Tidak jauh selepas susur Genting Sepah. 



Panda hanya dapat berkongsi gambar-gambar yang diambil sendiri di sekitra resort, tetapi tidak di Advanture Park. Ini kerana panda tidak membawa kamera dan konsultant latihan tidak berminat untuk berkongsi gambarnya dengan alasan kerahsiaan. 



Di Adventurer Park ada wall climbing, canopy walk dan flying fox yang terpanjang di ASEAN. Flaying fox ini sepanjang 900 meter. Memang menarik jika mencubanya, teutamanya canopy walk yang perlu di panjat. Kami dikehendaki melaluinya dengan membawa telor ayam yang mentah. Ramai juga pulang dalam keadaan berbau telur.



Suasana di sini agak menarik, terasa seperti berada di Francis walaupun panda belum pernah ke sana. Agak kurang menyenangkan, suhu di sini agak panas dan terasa lebih panas berbanding di dataran darat. Walaupun pada waktu malam ia akan suam. Genting lebih sejuk dan tidak jauh di belakang Bukit Tinggi.



Program berjalan lancar dan kumpulan panda menjadi kumpulan budak jahat kerana kurang berdisplin (?) dan tidak serius walaupun kami berjaya menghabiskan semua cabaran. Siap kena potong lagi markah yang telah di kira berkali-kali.



Walaupun panda pernah merancang untuk bercuti bersama rakan-rakan pejabat semasa di Seremban beberapa tahun sudah, akhirnya panda dapat ke sini jua. Ini menguatkan hasrat panda untuk ke Eropah dalam masa terdekat walaupun bujet belum mencukupi. Dengan masa yang terhad ia menjadi cabaran buat panda dalam menguruskan masa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com