Sunday, July 14, 2013

Conquest of Europe - Cokelat Belgium


Setelah tidur dengan nyenyaknya pada jam 0045 waktu tempatan, panda terjaga seawal jam 0430. Jet lag baru bermula, waktu subuh di Kota London seawal 0330, Dan waktu isyak sekitar 2200. Kami bersiap-siap untuk bergerak ke Mable Arch, Park Lane. Waktu berkumpul adalah jam 0730. Hujan membasahi London sejak petang semalam.
 

Kami tiba di Mable Arch jam 0645 Dan bertemu dengan beberapa peserta lawatan kelanaconvoy  ini. Suasana agak sejuk dan hujan renyai-renyai. Kali ini peserta program seramai 103 orang melibatkan 2 bas. Kami mula bergerak meninggalkan London pada jam 0830 menuju ke Amsterdam. Melalui terowong bawah laut ke Calais, France, singgah di Belgium dan seterusnya memasuki Holland.




Sebelum memasuki terowong bawah laut, kami sempat singgah di Folkstone free duty shop. Kami terpaksa singgah selama 90 minit kerana menunggu giliran untuk menaiki keretapi kenderaan. Di duti free shop ini menawarkan harga yang sangat kompetatif, tetapi bagi panda harga parfume di London lagi murah sekiranya kena dengan tempatnya. Sempat juga team kelanaconvoy menunjukkan kaedah memasng khemah kepada kami. Kami menyeberangi Selat English selama 35 minit.


Melepasi sepadan di antara France dan Belgium, kami singgah ke PJ chocolate factory. Lokasi berada di tengah kawasan petanian menawarkan cokelat buatan tempatan. Sedap dan halal katanya. Ada sample percuma. Di Belgium kami hanya singgah di sini sahaja.



Perjalanan di teruskan lagi ke sempadan Holland. Kami tiba di tapak perkhemahan Amsterdamse Bos. Lokasinya bersebelahan Schipol Airport, Amsterdam. Lapangan terbang ke 4 tersibuk di Eropah dan ke 16 di dunia (data 2012). Bila tiba kami mengambil sleeping beg yang disewa dengan harga £5, dan khemah. Kami memasang khemah sendiri. Satu khemah boleh memuatkan maksimum 4 orang.


Sepanjang hari yang mendung mencapai kemuncaknya, Hujan turun membasahi bumi Amsterdam, kami memasang khemah di dalam hujan. Suhu mencecah12 degree. Untuk mandi air panas, kami perlu membayar 1, untuk basuhan bayaran token adalah 4.20 dan 2 untuk pengeringan. Total 6.20.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com