Thursday, July 11, 2013

Conquest of Europe - 18 jam di kota London



Seperti di rancang, penerbangan MH20 selamat tiba di Charles De Gaulle (CDG) Paris pada 0620 waktu tempatan. Penerbangan mengambil masa 12 jam. Di lapangan terbang CDG ini di sediakan wifi percuma untuk 15 minit pertama sahaja. Sempat sahaja panda me-upload beberapa gambar ke FB. Urusan emigresen sangat pantas cepat, tidak sampai 10 minit beratur segalanya telah selesai.  Cuma menunggu beg agak lama, hampir 1 jam. Maklumlah pesawat airbus A380 yang memuatkan 498 penumpang ini hampir 95% penuh.



Setelah itu kami menaiki shuttle percuma ke terminal 3 untuk mendapatkan perkhidmatan keretapi ke Paris du nord, keretapi laju yang menuju ke London. Dari CDG Paris ke du nord tiketnya berharga 9.50. Perjalanan mengambil masa 45 minit. Kami tiba di Paris Gare Du Nord kira-Kira jam 0845, dari stesen bawah tanah kami ke stesen Euro Star di sebelah atas. Kami terus mendaftar masuk ke imegresen England, jam 1033 kami terus ke London melepasi terowong bawah laut.



Keretapi laju ini mengambil masa 2 jam 30 minit merentasi Selat English. Kami tiba di London St. Pancras International Railway Station (STP) jam 1145 waktu United Kingdom, beza waktu adalah 1 jam lewat berbanding Paris dan 7 jam lewat berbanding Malaysia. Dari sini kami menaiki bas double decker yang sangat terkenal di London. Kami menggunakan daily pass off peak dengan harga £7.30 untuk mana-masa destinasi sepanjang hari kecuali waktu puncak.



Berhati-hati kerana jika anda tersalah pilih hala bas walaupun nombor bas  adalah sama, ia akan melewatkan masa anda. Kami mengambil masa 2 jam dalam bas kerana tersalah arah. Kami tiba di MARA hostel tepat jam 3 petang, waktu dafter masuk di sini. Bayarannya adalah £25 untuk katil semalaman.


Tanpa membuang masa, kami menikmati makanan Arab di bayswater, tidak jauh dari stesen tube bayswater. Kadar standard makanan di sini sekitar £8-£10 per plate, sekali dengan air. Subway di kawasan ini juga halal, dengan £3, anda boleh dapat sandwich 6 inci dan minuman ringan.






Destinasi seterusnya adalah tempat menarik di London, kami menaiki tube menuju ke Westminster untuk bergambar di Parliment house atau lebih dikenali dengan nama Big Bang, kemudian Eye of London, dari situ kami berjalan ke Trafalgar Square dan melalui Pall Mall street kami ke Buckingham Palace. Sekali lagi kami menaiki tube dari Victoria ke Monument untuk ke London bridge.




Dari London bridge kita boleh melihat dengan jelas bangunan tertinggi di Europe iaitu the sharp tower yang pelik itu, dari sini juga kita boleh melihat dengan jelas Tower Bridge. Memandangkan waktu telah lewat, sekitar 2100, kami kembali ke Bayswater untuk membeli sedikit cenderamata, di Bayswater harganya amat-amat berpatutan bagi traveller bajet seperti panda. Kepandaian bernegosasi adalah penting untuk mendapatkan lebih hadiah percuma kerana harga di sini telah ditetapkan.




Panda tidak sempat ke pusat membeli belah yang besar kerana masa amat suntuk, walaupun panda teringin meninjau minyak wangi yang di katakan murah di sini. Sempat juga panda meninjau harga, Hugo Boss Black 200 ml hanya £39.99. Murah kan berbanding Malaysia.  

5 comments:

  1. Oh, di London mmg ada MARA Hostel ek? I used to stay in Malaysian Hall jek. Senang nak dptkan halal food kat Bayswater. Yeap, even the Subway there halal jugak

    ReplyDelete
  2. MARA hostel tu first time dengar.

    ReplyDelete
  3. wahhh dah balik dah! awesome!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com