Wednesday, July 17, 2013

Conquest of Europe - Berjimba di Amsterdam


Hari 2 Conquest of Europe trip, kami di sajikan sarapan pagi roti keping Eropah yang besar bersama perbagai jem dan peanut butter. Semua kami masih dalam jet lag, mula tidur jam 1 pagi kerana menunggu telefon bimbit di caj di kantin dan bersembang dengan pelajar- pelajar Malaysia yang belajar di United Kingdom, Ireland dan India. Kami juga bangun seawal 4 pagi untuk menunaikan solat subuh yang waktunya masuk pada jam 0305, kemudian sambung tidur lagi. Seawal jam 6 pagi untuk mandi dan bersiap-siap bagi lawatan berikutnya.





Dari tapak perkhemahan Amsterdam Bos, kami memulakan perjalanan pada jam 0900 pagi untuk ke Nancy Hodge, sebuah perusahaan desa membuat cheese Netherlands dan juga tempat membuat terompah kayu traditional Holland. Di sini kami di demonstasikan kaedah membuat cheese dan clogs (terompah kayu). Kami juga dihidangkan dengan cheese percuma yang sangat sedap. Harga cheese adalah sekitar 8-10 sekeping. Cenderamata juga ada di sini. Dinasihatkan sabar dari membeli disini kerana harga freeze magnet di sini 2.50 satu. Panda juga terpengaruh dan membeli beberapa cenderamata kiriman teman-teman di Malaysia.


Selepas kenyang memakan cheese kami di bawa ke Volendam, sebelum itu, sempat kami singgah di salah satu kincir angin traditional. Di Eropah agak sukar untuk melihat kincir angin ini kerana telah banyak digantikan dengan kincir angin Besi yang besar lagi tinggi. Satu lagi kesukaan panda adalah tenaga elektrik di pendalaman Eropah dijana dari sumber angin dan solar.
 



Volendam sebuah bandar yang berada di pesisir laut utara. Netherlands atau belanda ini berada dibawah aras laut, bandar ini juga dapat dilihat dengan jelasnya lebih rendah. Benteng yang membataskan laut dah pantai ini telah di dirikan kedai-kedai yang cantik dan menarik. Cenderahati di sini agak murah berbanding tempat cheese. Sekali lagi dinasihatkan untuk berjalan-jalan terlebih dahulu sebelum membeli, kerana kerugian dari tukaran asing sangat tinggi. Sempat juga makan nasi cheese yang sedap bersama pelbagai seafood goreng. Di sini juga terkenal dengan pancake yang comel dan manis.




Perjalanan 45 minit dari volderam diperlukan untuk ke Kota Amsterdam. Sebuah Kota yang cantik dan tesusun berada di pinggir laut Dan di penuhi dengan terusan air. Jika ingin memgexplorasi Amsterdam, waktu paling singkat adalah menggunakan cruise dengan kos 8 untuk satu jam. Panda memilih untuk bergerak menggunakan trem dan berjalan kaki.
 

Kami di tinggalkan berhampiran Central Station Amsterdam, stesen pengangkutan awam ini tidak jauh dari lokasi paling popular di Amsterdam iaitu Red Light District. Sempatlah kami beramai-ramai melalui lorong-lorong di sini. Banyak makanan halal boleh di dapati disini. Dari sini kami menuju ke Dam square, terdapat beberapa butik jenama terkenal di dataran ini. Termasuk LV, Fendi, Guess, longcham dan lain-lain jenama yang panda tak kenal.
 


Dari Dam Square yang penuh sesak dengan basikal ini, kami menaiki tram dengan kadar 2.80 untuk tempoh 1 jam. Kami menuju ke Hard Rock Cafe Amsterdam. Kami berhenti di Plein Muzium dan juga Vance Goh Museum. Di sini juga terletaknya mercu tanda baru Amsterdam, iaitu I Am Sterdam. Dari sini kami berjalan kaki menuju ke Amsterdam Casino, kawasan ini terdapat pelbagai butik jenama terkenal dan juga Hard Rock Cafe.






Setelah 4 jam di Kota Amsterdam Dan menikmati ais krim yang lazat, kami kembali ke Central Station untuk pulang ke kem. Cuaca semakin baik pada hari ini. Sempat melihat matahari walaupun seketika. Kesihatan panda makin teruk. Mungkin kerana perubahan cuaca.   

4 comments:

  1. wallaaaaa.... love all the photos.. malas nak drive masuk city, kami tak pi pon that "i am sterdam" tu..

    ReplyDelete
  2. Assallammualaikum,

    Salam perkenalan :)
    melihat gambar2 ni menggamit memori di Amsterdam.. syukur Alhamdulillah dapat menjejak kaki di sana..

    ReplyDelete
  3. Salam. Seronok dapat guideline dari blog awak. saya pun bercadang nak join the trip next year. Cuma nak tanya Adakah kita perlu bergerak sendiri dari Dam square tu hendak balik ke camp site?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xperlu, bas akan hantar dan pickup di pickup point berhampiran dengan Central Station... Sema boleh di akses dengan berjalan kaki atau menaiki tram.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com