Wednesday, July 31, 2013

Conquest of Europe - Vatican City


29 June 2013 - Tiber Camping Village menyediakan perkhidmatan shuttle dari kem ke stesen keretapi terdekat. Pelangan cuma perlu mendapatkan kad bas di kaunter receiptionist dan ianya percuma. Tanpa kad bas, caj yang dikenakan adalah 1. Jika kehilangan kad ini, dendanya 5.




Untuk ke Rome, kami menaiki keretapi dari Prima Porta menuju stesen Flamino. Tiketnya adalah 6 (daily past) untuk semua perkhidmatan rail dan bas di kota Rome. Dari sini, kami menaiki metro ke Ottviano San Pietro untuk ke negara kecil Vatican City. Di sini terletaknya pusat pentadbiran Cristian katolik untuk seluruh dunia.



Jarak stesen Ottaviano San Pietro ke Vatican City hanya 5 minit berjalan kaki. Kami hanya dapat memasuki P.zza San Pietro ataupun dataran di depan bangunan San Pietro. Tempat Pope di tabalkan. Kami juga berkesempatan untuk melihat penampilan Pope yang menyampaikan ucapan kepada ribuan pengunjung.





Kami meninggalkan P.zza San Pietro untuk ke Castel San Angelo. Tempat penyimpanan hasil mahsul bagi vatican city. Bangunan berbentuk bulat ini mengadap sungai Tevere. Di sini juga ramai artis-artis jalanan menunjukan bakat masing-masing.

Monday, July 29, 2013

Conquest of Europe - Shopping at Barberino Designer Outlet


Hujan turun dengan lebatnya di Venecia, hingga ada khemah yang dilenangi air. Tuala di ampaian juga habis lencun. Kami membuka khemah dalam hujan.



Perjalanan hari ini menuju ke Rome, Itali. Didalam perjalanan melebihi 8 jam ini, kami singgah di Designer Outlet, Barberino. Lokasinya di luar bandar Florence.






Banyak jenama tempatan dan antarabangsa di sini, antaranya adalah Prada, CK collection, CK Jeans, Polo Ralph Lauren,  Adidas, PUMA, Diesel dan jenama tidak panda kenali.
 

Kami berada di sini selama 2 jam setengah. Katanya, prada sangat murah di sini, 1/3 dari harga butik di Venezia. Adidas juga sangat murah. Sales di sini akan bermula sekitar Julai setiap tahun.
 

Pengunjung yang mendaftar di receptionist boleh mendapat kad diskaun tambahan sebanyak 10% dari harga yang di pamerkan. Ini memberi tambahan nilai kepada wang pembeli.
 


Jam 7 petang kami tiba di tiber camp site di pinggir kota Rome. Menu kami untuk makan malam adalah nasi lemak Itali style.

Friday, July 26, 2013

Conquest of Europe - Kota Terapung Venezia


Selepas sarapan, kami menaiki feri 2 tingkat dari Fusina terminal ke kepulauan Venice. Terminal ini hanya 10 minit berjalan kaki dari tapak perkhemahan. Perkhidmatan feri adalah setiap 1 jam bermula jam 0800 hingga 2200. Perjalanan akan mengambil masa selama 25 minit. Tujuan utama kami adalah ke Pulau Venezia.



Dari terminal Fusina, kita boleh memilih untuk ke Venezia, S. Camillo atau Alberoni Beach. Sudah tentu lokasi terkenal adalah Venezia dan kami berlabuh di Zattere. Harga tiket pergi balik adalah 9 seorang. Harga yang dipamerkan adalah lebih tinggi.


Venezia adalah bandar terapung yang indah di dalam gambar. Apabila berada di sini, ia adalah sebuah bandar yang mempunyai bangunan yang buruk dan condong. Seakan-akan tidak terjaga tetapi masih lagi bersih. Mempunyai lorong-lorong sempit yang panjang dan sesak dengan orang ramai. Suhu di sini juga panas dan menjadikan kulit kami tan dalam tempoh 2 jam. Ini menjadikan panda demam buat kali ke dua di eropah selepas di Amsterdam.





Dari Zattere kami berjalan menuju ke jambatan yang terkenal di sini iaitu Accademia Bridge, jambatan ini berada di Canal Grande atau terusan utama.




 Kemudian kami ke Campo Francesco Merosini dan terus ke Piazza st. Marco. Di sini terletaknya dataran yang menjadi tumpuan pelancung. Di kawasan ini juga terdapatnya Hard Rock Cafe & shop Venezia. Sebelum itu, sesiapa yang berminat boleh menaiki gondola di depan hard rock cafe ataupun di Traghetto Gondola yang melalui Grand Canal. Bayaran untuk sebuah gandola adalah sekitar 90 sebuah. Ia mampu memuatkan 6 orang pada satu-satu masa. Pendayungan gondola ini mengambil masa 25 minit. Bolehlah melihat lelaki Itali yang berlengan besar menggunakan satu pendayung.




Kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di tepi laut, mengadap Isola st. Giorgio Maggiore. Kami menempah 3 pizza yeng berharga 10 setiap satu. Berhati-hati, makan di sini akan di kenakan caj tambahan 2.50. Air coco colanya adalah 7 segelas. Kami makan 5 orang semeja. Pizzanya tidaklah menepati selera orang Malaysia. Domino pizza lagi sedap.




Setalah makan, kami kembali ke celah-celah bangunan untuk menuju ke Pontedi Rialto, salah satu jambatan sungai yang ada kedai-kedai di atasnya. Katanya hanya ada empat di dunia ketika artikel ini di tulis. Kawasan Pontedi Rialto menawarkan harga cenderamata yang agak berpatutan. Lebih baik dari Germany. Pilihan yang banyak.


Banyak juga kedai-kedai berjenama di kawasan S. Marco terutama local brand. Terdapat juga LV, Burberry, Prada. Tetapi di sini tiada sales seperti Amsterdam. Jika kesempatan jangan lupa menikmati gilato yang lazat dan murah, harga dari 1.50.







Jam 5 .30 kami kembali ke Fusina, badan panda makin tidak menentu suhunya. Mungkin dari perubahan cuaca yang sejuk di utara dan panas di Itali.

Wednesday, July 24, 2013

Conquest of Europe - Cantiknya Innsbruck

 

Innsbruck adalah ibu kota negeri persekutuan Tyrol (Tirol) di barat Austria. Ia terletak di Lembah Inn di persimpangan dengan Wipptal (Sungai Sill), yang menyediakan akses kepada Pas Brenner itu, kira-kira 30 km (18.6 batu) selatan Innsbruck. Ia adalah kira-kira separuh jalan antara Munich (Jerman) dan Verona (Itali). Terletak di lembah yang luas di antara gunung yang tinggi, Nordkette (Hafelekar, 2,334 meter atau 7657 kaki) di utara, Patscherkofel (2,246 m atau 7369 kaki) dan Serles (2,718 m atau 8917 kaki) di selatan. Ia adalah di peringkat antarabangsa terkenal pusat sukan musim sejuk, dan menjadi tuan rumah 1964 dan 1976 Sukan Olimpik Musim Sejuk serta 1984 dan 1988 Winter Paralimpik. Innsbruck menjadi tuan rumah Winter pertama Sukan Olimpik Belia pada 2012. The Bruck berasal dari perkataan Brücke perkataan Jerman yang bermaksud "jambatan" yang membawa kepada "jambatan di atas Inn". Wikipedia





Kami berada di pekan ini untuk tempoh 2 jam. Tumpuan utama kami adalah kedai Swarovski insburk. Kedai batu permata bukan berlian tetapi cukup terkenal. Berada didalam bangunan 3 tingkat sangat mengujakan. Dengan kelipan batu-batu permata swarovski dengan perbagai bentuk dan warna. Harga dari 3.90 untuk sebatang pensel hinggalah beribu-ribu . Setelah berada sejam di sini, kami keluar untuk menikmati apple spritzle yang di katakan paling enak di Austria, tetapi bagi panda enak lagi yang di beli di Jusco. Harga pun 2.55 bersama kopi 2.80.


Harga cenderamata juga sedikit murah berbanding di Germany. T-shirt bolehlah di beli dari harga 9.90 dan kebanyakannya dijual dengan pakej, sehelai, dua helai dengan 18 dan 3 helai 25. Jika membeli lebih dari 75 boleh dapat VAT 10% bila keluar dari Eropah.


Dengan masa yang terhad, sempat kami melalui lorong-lorong yang penuh dengan cenderamata, pada masa ini juga ada persembahan dari askar-askar Austria. Negara ini memang terkenal dengan hasil seni muziknya seperti mozart dan teater. Banyak pangung-pangung teater yang di bina dengan bergitu indah.





Kami makan tengahari di Bergensel, salah satu lokasi terjunan sky di pekan ini. Di lokasi ini juga pengunjung akan dapat melihat seluruh bandar insburk dari bukit ini.



Perjalanan di teruskan ke Venice, Italy. Ia mengambil masa melebihi 4 jam. Kami melalui antara kawasan austria dan itali yang sangat cantik. Banjaran gunung-gunung yang masih di selaputi salji dan sungai-sungai yang mengalir deras. Lebuhraya yang sempit dan terowong-terowong yang panjang.

Melepasi banjaran-banjaran ini, pertama kali selepas 5 hari, kami baru dapat melihat matahari yang memancar sinar yang terang. Ladang-ladang angur dan plum yang luas sepanjang lebuhraya.



Jam 5 petang, kami tiba di Camping Fusina, bandar pelabuhan yang mengadap kepulauan Venezia. Cuaca yang baik, angin yang dingin amat menyamankan. Malamnya ada wet dress party yang di anjurkan oleh chotiki.com. Dapatlah kami mencuci mata di bulan Syaaban ini dengan gadis-gadis dan pemuda-pemuda Eropah berumur 18-35 tahun yang merangkak balik ke khemah terlebih minum.

Sunday, July 21, 2013

Conquest of Europe - Romantic Road in Fussen, Germany


Ludwig II, Raja Bavaria sejak tahun 1864, yang dialamatkan baris berikut kepada lelaki itu dia begitu amat dikagumi, Richard Wagner:

«It is my intention to rebuild the old castle ruin of Hohenschwangau near the Pöllat Gorge in the authentic style of the old German knights' castles, and I must confess to you that I am looking forward very much to living there one day (in 3 years); there will be several cosy, habitable guest rooms with a splendid view of the noble Säuling, the mountains of Tyrol and far across the plain; you know the revered guest I would like to accommodate there; the location is one of the most beautiful to be found, holy and unapproachable, a worthy temple for the divine friend who has brought salvation and true blessing to the world. It will also remind you of "Tannhäuser" (Singers' Hall with a view of the castle in the background), "Lohengrin'" (castle courtyard, open corridor, path to the chapel); this castle will be in every way more beautiful and habitable than Hohenschwangau further down, which is desecrated every year by the prose of my mother; they will take revenge, the desecrated gods, and come to live with Us on the lofty heights, breathing the air of heaven».

Inilah kata-katanya untuk mengambarkan Istana Idamannya. Ironinya, Istana ini dibuka selepas 7 minggu King Ludwig II mangkat.




Setelah menikmati sarapan coco crunch, kami bergerak ke Fussen,  perjalanan mengambil masa 6 jam dari Heideberg, sepanjang perjalanan kami menikmati keindahan lanskap German yang menakjubkan. Keadaan hampir seperti lanskap New Zealand yang hijau dan dihiasi dengan bukit bukau, berbanding holland yang rata sepanjang perjalanan.

Hohenschwangau Castle

Tiba di Fussen pada jam 1550, lokasi tempat ini di pinggir banjaran Alps yang sangat cantik. Di sesetengah puncak banjaran masih ada salji yang memutih. Fussen terkenal dengan istana cerita dogengnya. Kerana istana ini di bina dengan senibina yang berbeza dari istana lain sezamannya. Istana putih ini di beri nama Neuschwanstein. Istana ini juga menjadi icon bagi taman tema Disney dan diberi nama fairy castle.


Istana ini dapat di lihat dari jauh sebelum masuk ke bandar ini. Tiba di lokasi, kami terbahagi kepada beberapa kumpulan, ada yang berjalan kaki menuju ke istana, ia mengambil masa kira-kira 20 minit dan percuma. Jika menaiki bas bayarannya sekitar 2++ sehala. Sesiapa yang berminat untuk menaiki kereta kuda, juga boleh mencuba dengan kadar 15.






Kami menjelajah sekitar istana untuk mengambil gambar, panda tidak masuk ke dalam istana kerana memerlukan beberapa , dan hasil dari percakapan orang yang pernah memasuki, tiada apa yang menarik di dalam istana ini. Istana ini juga di panggil unfinnish castle kerana raja yang mengilhamkan istana impian ini mati sebelum istana ini diperingkat akhir internal design.



Untuk mengambil gambar keseluruhan istana boleh dilihat dari jambatan Marienbrucke, jambatan ini merentasi air terjun yang tinggi lagi sejuk.



                                                                    Lake Starnberg


Kami kembali ke Fussen untuk menikmati keindahan tasik hijau yang sangat jernih. Untuk membeli cenderamata atau freeze magnet. German tidak menawarkan harga yang competatif, sangat mahal berbanding London atau kota Amsterdam. T-shirt pun hanrga berbelas , panda hanya pandang-pandang sahaja di sini.





Jam 1900, kami ke Austria untuk ke camp site, Oberland Camping Haiming yang berada di antara dua bukit. Di sini ada restoren American di sini. Ice cream nya juga sedap 1.80 satu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com