Monday, January 7, 2013

Berjimba di Sumatera Utara - Parapat ke Pulau Samosir


Hari ke 2, cuaca yang cerah, kami meninggalkan hotel Toba Nauli yang di sewa dengan kadar Rp300,000 semalaman untuk mencari santapan pagi. Jangkaan kami akan menaiki feri sekitar jam 0900 WIB dari jeti Parapat menuju ke Tuk Tuk di Pulau Samosir. 


Sempat juga meninjau pasar warga tempatan. Sekarang musim buah di sini. Pelbagai buah tempatan dan import ada dijual disini. Duarian dan manggisnya juga menarik. Manggisnya lebih besar dari manggis di Malaysia. Buah salak tidak banyak kelihatan.



Sarapan pagi kami adalah Soto Ayam bagi panda dan soto daging untuk Zidan.  Soto di sini di tambah dengan santan yang pecah minyak dan ia di makan dengan nasi. Ini mematikan selera panda yang hanya makan ringan-ringan sahaja di pagi hari. Servis nya sangat lembat dan mengambil masa 1 jam untuk mendapatkan hidangan. Harganya Rp65,000 untuk 2 orang. Sangat mahal! untuk sarapan sebegini.


Akibatnya, kami menaiki feri pada jam 1000 WIB. Tambangnya hanya Rp10,000 sekepala. untuk perjalanan sekitar 40 minit dari jeti Parapat ke Tomok di seberang. Ramai pula warga Malaysia yang berada di atas feri ini, Sempat besembang dengan keluarga Cina dari kuala Lumpur dan beberapa keluarga India dari Seremban. Tidak kelihatan orang Melayu yang ke sini.


Pemandangan sepanjang menyeberangi tasik sangat menakjubkan. Keadaannya hampir sama dengan suasana di pendalaman New Zealand kecuali agak panas di sini. Hanya padang ragut disempajang jurang-jurang tinggi yang menjulang ke langit.



Tiba di jeti, pengunjung akan disambut dengan deretan kedai-kedai cenderamata yang menjual pelbagai t-shirt, key chain dan kain tenun. Kain pasmina buatan Pakistan juga banyak dijual di sini. Di sini juga terdapat beberapa makam raja-raja Batak yang memerintah Pulau ini. Sempat juga melaluinya.


Tiba-tiba panda di panggil masuk ke dalam kawasan yang dilindungi dengan tabir kain, bayaran masuk adalah Rp5,000 untuk menonton patung menari Sigale-gale. Tarian ini diiringi oleh kanak-kanak perempuan dan kemudian mereka akan meletakan kain selendang di bahu penonton untuk di ajak menari bersama. Sediakan wang tambahan kerana penari jemputan ini akan di minta untuk menderma.


Kawasan Tomok ini adalah kawasan wisata di pulau Somosir. Padat dengan warung jualan dan perkhidmatan pengangkutan. Pengungjung boleh menyewa motosikal dengan kadar Rp30,000 sejam atau Rp80,000 (tunggang sendiri) untuk sehari jika ingin mengelilingi pulau ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com