Setelah menjelajah sekitar Tomok, kami memutuskan untuk menyewa motosikal bengan kos Rp30,000 sejam. Perkhidmatan sewa motorsikal banyak terdapat di sekitar jeti Tomok, pilih mana motorsikal yang dimintai dan tawar menawarlah sekadar mampu. Biasanya harga ketika musim liburan lebih tinggi berbanding musim biasa.
Dalam tempoh yang singkat, kami ke Tuk-tuk, di sini terdapat banyak peninapan berbentuk guesthouse, hotel dan resort. Antara yang tercantik adalah Caroline Hotel. Rekabentuk bangunannya adalah seni bena Batak (Etnik tempatan di Pulau Somosir) Cantik seni binanya.
Kedudukannya mengadap tasik dan mempunyai 'pantainya' yang tersendiri. Sangat jernih dan cantik airnya. Boleh bermandi manda di kawasan ini. Hanya tertamu hotel sahaja yang bisa memasuki kawasan hotel.
Stelah itu, kami kembali ke Tomok untuk kembali ke Parapat dan menuju ke Medan. Feri dari Pulau Samosir ke Perapat adalah percuma, sama seperti feri dari Butterworth ke Pulau Pinang. Untuk makluman, harga tiket feri berubah-ubah mengikut lokasi jeti dan penyedia perkhidmtan. Menurut pengunjung dari Jakarta, tiket yang dikenakan ke atas beliau adalah Rp20,000 seorang.
Panda meninggalkan Pulau Samosir tanpa membeli apa-apa cenderamata atau makan makanan tempatan. kami di Parapat tiba sekitar jam 1200 WIB, dan memcari lokasi bas ke Medan. Kami menaiki angkotan selama sejam mengelilingi Perapat sebelum sampai ke Terminal. Rupanya bas untuk ke Medan adalah di Cincin. Maka berjalanlah kami ke Cincin.
Ini adalah Nissan Juke, Panda belum pernah melihatnya di Malaysia, amat menarik bentuknya.
Keadaan basnya cantik di luar tetapi daif di dalam, Tiada penghawa dingin dan akan mengambil sebanyak mana penumpang yang boleh. Panda dipelawa duduk di atas 'dashboard' di belakang bas. Nasib baik ada teman setia panda iaitu Ipad yang telah dipenuhi movie dan siries drama untuk menjadi teman sepanjang perjalanan 6 jam.
Pengalaman paling mengerunkan adalah apabila bas hampir terbabas dan tersangkut di kabel elektrik, dibawahnya adalah Danau Toba yang dalam. Kecut segala-galanya seketika. Hasil kecekapan dan ada rezki di dunia ini, maka panda masih boleh menulis di blog ini pada hari ini. Sepanjang perjalanan sempat panda menghabiskan last season mangga Inuyasha dan menonton cerita mengarut 'Ombak Rindu".
kami tiba sekitar jam 1900 di kota Medan, akibat seharian tidak menjamah makanan, kami makan malam Bakso ayam. Terasa macam makan mee segera yang di isi berbola daging. Tetapi rasanya juga sedap.
Malamnya, kami menikmati durian Sumatera yang berharga Rp5,000 hingga Rp10,000 sebiji. Lazat bangat.
Tak singgah Berastagi? Ruginya...
ReplyDelete