Sunday, January 13, 2013

Berjimba di Sumatera Utara - Istana Maimun


Setelah berpenat-penat di Danau Toba, Panda kembali ke Kota Medan. Matlamat utama adalah mengungjungi ikon kota Medan itu sendiri. Selain Masjid Raya Medan, Istana Maimun adalah atara tempat kunjungan wajid bila ke kota ini.


Istana ini diraka oleh arkitek Itali dan di bangunkan oleh Sultan Deli, Makmun Al Rasyid Perkasa Alam Syah pada 1888 berkeluasan 2772 meter persegi dengan 30 ruangan.



Mempunyai segibina yang menarik, mengabungkan binaan Melayu, dengan gaya senibina Islam Sepanyol, Itali dan India. Kehebatan binaanya terserlah jika di bandingkan istana-istana di Tanah Melayu pada waktu itu (berdasarkan pengetahuan panda yang terhad).






Disini juga terdapatnya meriam Putung, yang menurut lagenda hasil jelmaan adik kepada puteri Hijau kerajaan Melayu Deli Tua, Mambang Khayati yang berubah menjadi meriam dan mempertahankan istana dari serbuan kerajaan Acheh yang di tolak pinangannya oleh puteri Hijau. Akibat tembakan yang terus menerus, meriam ini telah meletup dan pecah kepada dua bahagian. Satu bahagian telah terpelanting hingga ke kampung Sukanalu Kecamatan Barus Jahe Tanah Karo dan sebahagian lagi di simpan di Istana ini.


Keadaan istana ini juga agak usang kerana dibiayai sendiri oleh pengurusannya. Ia masih menjadi tempat tinggal kerabat dan hanya bahagian utama di buka untuk tantapan umum.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com