Saturday, January 26, 2013

Berjimba di Kota Medan



Panda baru pulang dari menghadiri kursus di Kota Kinabalu, di waktu yang terhad ini perlu dimanafaatkan untuk menghabiskan entri bagi lawatan penutu 2012 dan pembukaan 2013. Selepas ini ada beberapa entri lain lagi untuk di masukan seblum panda kembali dengan kesibukan hakiki di tempat kerja dan di kelas pengajian.


  

Di Indonesia, peniaganya begitu kreatif dalam mepamerkan barngan dagangan masing-masing. Segalanya di gunakan sepenuhnya. Ruang yang terhad tidak pernah menjadi masalah buat mereka. Apa yang penting menarik minat pembeli.


Memandangkan pada 31 Disember 2012 adalah malam tahun baru bagi 2013, penduduk di kota-kota utama sibuk menghadapi pesediaan sambutan tahun baru. Sangat meriah, hampir keseluruhan siaran televisionnya memaparkan berita terkini persediaan sambutan tahun baru. Banyak gerai-gerai jualan yang menjual tropet bagi memeriahkan sambutan.



Makanan di kota Medan juga biasa-biasa sahaja, tidak berjaya menarik selera panda, berbanding makanan di kota Bandung. Tetapi boleh ditelan. Harga juga agak mahal dan kadang kala lebih mahal dari Kuala Lumpur. Secara keseluruhannya pengalaman di Sumatera Utara memberikan demensi yang baru bagi panda. Menjadikan panda lebih realistik terhadap kehidupan.

1 comment:

  1. Makanan biasa sbb tak byk beza dgn makanan kita.Makanan Sunda di Bandung rasa berbeza & juga sedap.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com