Saturday, January 19, 2013

Berjimba di Sumatera Utara - Kota Medan


Januari 2013, amat cepat masa berlalu. Sedar tidak sedar 19 telah berlalu. Jam 0300, mengambil peluang untuk menyambung kembali coretan yang mencerah usia 3 minggu. Sekadar cuba memenuhi rutin agar ia kekal sebagai rutin.



Pada 31 Disember 2012 (Isnin), Panda kembali ke Kota Medan. Setelah mengungjungi Istana Maimun, kami berlegar-legar di sekitar Kota Tua Medan menunggang motorikal. Kami menuju ke Pasar Ikan, tempat jualan pelbagai barangan fabrik yang terkenal di kota ini.



Pasar ini meliputi beberapa blok bangunan, agak besar tetapi tidak semeriah Pasar Baru di Bandung. Memandangkan hari ini hari liburan atau cuti umum Indonesia semperna dengan sambutan tahun baru pada waktu malam nanti. Kawasan ini agak lengang. Tidak banyak kedai yang beroperasi. Agak Janggal bila kota yang ke 4 terbesar di Indonesia ini (betulkan jika salah) lengang.






Kami kekal berlegar-legar di kota ini sehingga waktu makan tengahari sambil melihat persediaan sambutan taun baru di beberapa lokasi yang popular.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com