Thursday, May 28, 2009

Lubuk Timah& Taman Botani, Simpang Pulai

P5241450

24 Mei 2009 (Sunday)-Petangnya Panda, Zam dan Tar telah berkunjung ke Jeram Lubuk Timah di Simpang Pulai. Lokasinya adalah berda kurang 5 km dari simpang jalan Cameron Highland-Simpang Pulai. Tidak jauh dari tol Simpang Pulai, ambil jalan ke Cameron Highland dan simpang ke kanan dalam kawasan kuari batu, ada jalan berbatu yang menuju ke lokasi ini. Kawasannya mengalami pencemaran yang teruk, dan berada ditengah-tengah ladang kelapa sawit dan kuari batu.

P5241471

Lokasi Lubuk Timah berhampiran dengan bandaraya Ipoh menjadikannya tumpuan penduduk sekitar, Bayaran masuk untuk parking adalah RM1 dan dibayar ntah kepada sesiapa yang berada dipondok usang jalan masuk. Tempatnya agak menarik terutamanya di hulu Sungai. Terdapat sebuah empangan yang telah pecah atau ada laluan air dikiri dan kanan yang menjadikan seneri nya lebih menarik.

My creation

Terdapat juga kolam air panas disini, amat baik untuk kesihatan dan ramai orang didalamnya. nasib baik airnya lebih jernih dari air sungai yang berada disebelahnya.

Setelah beremdan lebih kurang 30 minit dan hari semakin senja, kami beredar ke Taman Botani, juga berada di Simpang Pulai. Kedudukannya berada ditengah-tengah kawasan perumahan Taman Botani menjadikan ramai manusia berada disitu. Pemandangan amat menarik dengan berlatar belakangkan Tasik buatan terutamanya waktu senja....

My creation

Terisi jugaklah hari minggu Panda dengan aktiviti jejans... Malam ini panda nak nonton Terminator lak. Esok nak cuti ganti. Nak kemas barang untuk trip Beijing & Shanghai next week, So Panda takkan online sepanjang minggu depan bermula Sabtu ini. Semoga Panda dapat kembali tanpa dikuarantin kan di mana-mana lokasi. Lepas ini nak ke Pulau Perhentian lak...Ada sesapa nak ikut, dalam akhir bulan 6 atau minggu ke 2 bulan Julai...

2 comments:

  1. Salam...

    Guaner gamok demo dinung?

    ReplyDelete
  2. Panda - wow, sakan berjalan eh!! btw - stdnt aku baru je meninggal mati lemas kat Lubuk Timah tu.. dlm 3 minggu lps. heh.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com