Selepas seminggu yang penuh dengan pelbagai mesyuarat dan aktiviti, akhirnya kembali kepada cuti yang ala-ala kesunyian. Nasib baiklah ada undangan dari rakan-rakan sekelas masa belajar dulu, Jumaat (01.05.2009) Panda ke Batu Gajah untuk berjumpa Bird, yang best nyer bird telah berkawin dengan classmate Panda (sama course) Tapi ini majlis perkahwinan adik mereka, cuma Panda datang awal sama fifi bagi memenuhi undangan dan bertemu kawan-kawan lama. lebih 10 tahun tidak ketemu muka.
Sabtu (02.05.2009) perjalanan dimulakan dam 11.00 pagi ke Kuala Kangsar, singgah di Lubuk Merbau untuk mengambil 2kupang bersama-sama panda ke Majlis sambut menantu Nadia (xclassmate masa buat bachelor dulu di UiTM Dungun). Meriah juga majlisnya kalau dikira dibuat di Kampung Tasik Raban ini... PTD lawan Emegresen.
Suatu yang membosankan bila ke majlis-majlis macam ini, soalan-soalan klise sering ke udara dan soalan-soalan ini biasanya dijawab dengan klise jugak la.. Takpalah, ada jodoh tak kemana. Tanya 2kupang 'Dah desperate sangat ker?' entahlah... 'Abang Ok Jer':-P
Kenyang makan nasi dan bergurau senda dengan pengantin, kami meneruskan perjalanan ke Muzium Arkelogi Lengong dimana tersimpannya jasad Perak Man yang berusia lebih dari 70,000 tahun. Pic diatas adalah replika tulang perak man tersebut. Muzium ini berada dalam 4 km dari Tasik Raban. Di tengah tengah Ladang Kelapa Sawit. Apa yang menariknya, salah seorang pak guard kat situ boleh menjadi toursit guard yang baik dan dapat menceritakan semua cerita dan sejarah bermula zaman pelolitik hingga sekarang dan lain-lain cerita berkaitan Lengong... Jadi mai la beramai-ramai ke sini sebab kesunyian itu terlalu indah.... Cuma bawalah bekal air, cuaca yang panas akan menyebabkan anda dahaga.
Perjalanan diteruskan dan sempat singgah ke Lata Kekabu, kedudukannya antara Tasik Raban dan Muzium Arkeologi, Ada papan tanda tetapi jalan masuknya agak sempit. Menggunakan jalan dalam kebun getah dan kelapa sawit. Cuma dalam 200 meter dari jalan utama. Kelengkapan disini agak lengkap jadi tiada masalah untuk mandi-manda.
Abislah cerita sehari selepas hari buruh aka pekerja, hari ini tak tau nak buat apa lagi, nak ke Jusco Kinta City parkingnya dah kena bayar bermula semalam tetapi masih lagi sukar mendapat parking. Esok akan mesyuarat sepanjang hari dan petangnya akan ke Shah Alam ada meeting lagi dengan orang HQ. Walaupun peruntukkan dah habis tetapi rasa makin stress dengan kerja-kerja pentadbiran sambil-sambil mencuci mangkuk-mangkuk yang tak disentuh sekian lama. Tapi Panda tetap maintain:-P
Salam....
ReplyDeleteLamanya tak pi Lengong....
Bea, bakpe muka dah bertambah serabai dan seperti ahli arkeologi...
Apa2pun...wish u all the best...all the best...
Bila nak berumah tangga nih???
*Larikkkkk
me baru balik dari pulau banding.. limpas lenggong jakkks
ReplyDelete