Friday, May 22, 2009

Hari Bertemu Pelanggan-Hulu Perak

P5211283

21.05.2009 (Khamis) perjalanan yang mengambil masa 2 jam dari Ipoh ke Pekan Grik dengan mengambil kira berhenti meng-qadarkan hajat di plaza tol Kuala Kangsar dan makan roti canai ranggup di Kati (sebelum tasik Raban). Terasa agak hangat. Samapi jam 9.30 pagi dimana semua program telah dimulakan. Panda sendiri terpaksa singgah sebentar ke Lengong untuk menghantar barang yang diamanahkan.

My creation

Program berjalan lancar melibatkan beberapa agensi lain termasuk Klinik Kesihatan Daerah, SSM dan beberapa usahawan. Agensi pun melibatkan semua ketua unit dengan pelbagai aktiviti termasuk klinik usahawan, sessi dialog, Kursus Asas Keusahawanan dan Gerak Gempur. Disamping sessi bual bicara juga diadakan sesama ketua unit...

My creation

My creation

Yang penting sessi makan-makan tidak dilupakan. Untuk makan tengahari, penganjur menyediakan lauk daging rusa. Tiada picsnya disini sebab rusanya sudah tidak kelihatan kecuali dagingnya yang sama sahaja dengan daging-daging lain. Rasanya ajer yang agak menarik... Petangnya pula kami dijamu dengan pulut durian yang dibawakan khas dari Bukit Gantang. So makan-makan sampai naik darah...

P5211280

Program tamat jam 6 petang, Panda sampai ke Ipoh sekitar 7.30 petang. Tiada apa yang hendak ditambah disini. Ingatkan nak turun ke KL esok, untuk men-servay kadar tukaran asing RM berbanding Remidi China. Bujet tak berapa besar cuma sekadar cukup untuk belanja diri sahaja. So kekawan tak perlu harapkan cenderamata dari Peking yerk....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com