29 Mei 2009 (Jumaat)- Panda mengambil keputusan untuk cuti ganti semperna dengan hari pilihan raya p59 Bukit Gantang yang lalu. Cuti ini adalah untuk meraikan pernikahan Syed Faisal dan masa yang sama mengemas barang untuk ke China esok. Sepanjang petang adalah mengiringi pengantin dan malamnya mengiringi jurugambar pengantin-Sabli Dahrin untuk mendapatkan lokasi outdoor bagi esoknya... Sesiapa memerlukan jurugambar profesional, Panda boleh kasi no hp Sabli Dahrin ni...
30. Mei.2009 (sabtu)- Jam 8.00 pagi dengan menaiki Star Suttle dari Ipoh (tiket RM42 sehala) Panda memulakan perjalanan selama 3 jam ke KLIA, kami berkumpul di KLIA jam 12 untuk checkin menggunakan pesawat Chatay Pacific KUL-HK jam 1.45 petang. Group kami terdiri daripada 35 orang pelbagai usia. Pakage di uruskan oleh pototravel muslim pakej meliputi 7 hari 6 malam meliputi 3 bandaraya utama iaiti Beijing-Suzhou-Shanghai, transit Hong Kong. Kami tiba di Hong Kong sekitar jam 5 petang, sementara menunggu connecting flight jam 7 petang, sempat juga Panda shooping baju kat Duty Free, HK ada Mid year sales, Baju CK Jeans ada 60% + 10% discount... Jam 10 malam kami tiba di Beijing dengan saringan ketat, 3 kali di periksa suhu badan bermula dari dalam flight, nak masuk terminal dan emigresen. Jam 11.30 kami tiba di Hotel dan tido...
tean'namen square
forbidden city
31. Mei 2009 (Ahad)- Kami di kejutkan seawal 6 pagi, tapi suasananya seperti jam 8 pagi Malaysia, Subuh di Beijing sekitar jam 4 pagi. Selepas bersarapan, kami menuju ke tean'namen square kemudian ke Forbiden City, Makan tengahari dan seterusnya Summer Palace, tempat Maharaja China denasti terakhir bercuti... memang cantik yang mat...sebab Beijing kering dan susah nak tengok air atau sungai. Disini terdapat tasik buatan yang luas...
summer palace
Perjalanan di teruskan ke Fresh water pearl factory (biasa la bila melancong pakai pakej ni...) di sini terdapat kilang memproses mutiara air tawar yang diternak di Tasik Summer Palace. Pada masa dahulu Maharaja menggunakan mutiara air tawar sebagai perhiasan dan juga sebagai sumber kecantikan. Siap buat cream kecantikkan lagi dan habuk mutiara boleh dimakan....
Setelah banyak RMb di belanjakan di sini (panda tak beli apa pun), perjalanan diteruskan ke sebuah Masjid di Beijing ini, Tak ingat lak Panda namanya, lagipun tak tanya pun. Bagusnya Masjid ini, siap ada penyambut tetamu dan mereka ala2 kenal akan Malaysia. Ramah betul, hingga ke tandas pun di iringi sampai ke pintu.
Setelah selesai solat, tidak jauh dari masjid tersebut, kami singgah ke Kilang Sutera Beijing. Katanya sutera ini diambil dari SuZhou dan di proses menjadi kain. DIsini paling popular adalah bed spread dan comforter nya. Katanya baik untuk sendi-sendi dan tulang kalau pakai alas sutera ini.
Silk Centre
Tea House
Setelah sebahagian kami bershoping di Silk Centre, kami ke Dr Tea House lak, sambil-sambil diperkenalkan dengan teh-teh bermutu dari China, Rupa-rupanya ada pelbagai teh dan masing-masing mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri. Jadi kami dapat merasai teh Hu Long (paling Mahal dan terbaik), pur tea (untuk slimming), Teh Jasmine, dan beberapa tea lagi. Tak boleh abik pics kat dalam tuw.
Restoren Muslim, Beijing
Setelah makan malam di Muslim restoren, kami terus ke Dewan Akrobatik untik menyaksikan persembahan akrobatik Beijing yang terkenal itu (katanya lah). Memang best, ingatkan akrobatik macam kat Genting Highland tu, tapi yang ini lebih bagus. Most penontonnya adalah dari Malaysia. Memang belambak orang Malaysia datang melancung di Beijing ini.
Habis Akrobatik show, kami kembali ke Hotel dengan kepenatan. Tetapi sempat juga keluar berjejans di kawasan Hotel tuw. Cuma lokasi kurang sesuai kerana berada jauh dari pusat perdagangan. Ala-ala Chow Kit road hotel. tetapi dalamnya agak memuaskan. Kawasan sekitar penuh dengan gerai makan. Esoknya akan ke Great Wall lak.
ok tak ikut trip under pototravel??u rase harga die and their services tuh worth tak??
ReplyDeletepada waktu itu, the best price la yg dapat tuk pakej muslim, klu pakej non muslim lagi murah n banyak tempat lagi boleh pergi... ada cara lain lagi klu nak murah, boleh bincang....
ReplyDelete