Monday, May 11, 2009

MIHAS 2009

P5091015

Bapa bersama anak2 di MIHAS 2009

Sepanjang minggu lepas 4-8 mei 2009 penuh dengan mesyuarat, walaupun dalam keadaan ekonomi gawat ini, lebih banyak mesyuarat dari membuat kerja-kerja hakiki. Bermula 4 Mei pagi, mesyuarat ketua unit dan mesyuarat Qualiti, petangnya ke Shah Alam. Kami menginap di Hotel De Palma, Shah ALam seksyen 19. Biliknya kecil lebih kurang Tunes Hotel. yang paling tak bestnya, semuanya katil Queen... SO, malam tu, semuanya mendapat pasangan tido masing-masing. Yang penting murah dan jimat bujet company.

5 Mei 2009 (Selasa), sepenuh hari berada di Anggerik Mall Shah Alam untuk menerima atau mendengar taklimat dari department pembangunan Usahawan dan lain-lain supporting department. Lebih banyak cerita-cerita yang menakutkan dalam keadaan sekarang... terutamanya pasal gaji yang hampir-hampiran tidak mampu dibayar oleh kompani. Begitu juga rabu-jumaat masih lagi dengan meetingnya...

My creation

Sabtu (09.05.2009) kami lebih kurang 32 orang memulakan rombongan ke MIHAS di Tempat letak kereta MATRADE Kuala Lumpur. Ramainya orang, nasib baik naik bas, klu tahun lepas pergi dengan kereta, mau pusing balik Panda. Banyak benda yang dipamerkan adalah bahan makanan. So, Panda takpayah keluarkan duit untuk lunch, sebab banyak makanan percuma untuk dirasa bukan dinikmati. kalau ada 4 hall, mau kenyang. Yang paling best minuman malt atau halal beer dari Iran. Selain promoternya yang paling cantik (lebih cantik dari promoter alatan kecantikan), rasanyanya memang menyegarkan. Harga RM3 jer... Tapi panda tak abik pics....

My creation

Setelah itu, kami ke Masjid Wilayah persekutuan untuk Jamak Zohor dan Isyak. Ada penambahbaikan (atau pemburukkan) dilakukan dipintu utama masjid yang besar ini. Sudah lama dah ke sini, seingat Panda masa baru-baru buka dahulu. Selepas itu, kami ke Mutiara Damansara untuk mengunjungi IKea dan kawasan sewaktu dengannya...

1 comment:

  1. me pernah solat jumaat kat masjid wilayah persekutuan tewww.. sekali jerr

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com