Pok nik dan aku kat pasar Siti khatijah
Ahad (15.03.2009)- Hujan masih mencurah-curah...Sedapnya pengatin tido semalam... Setelah check-out dari Kota Bharu Guest House di Jalan wakaf mek Jenad, kami terus ke Pasar Besar Siti Khatijah untuk bersarapan. Masing-masing pun melantak lah nasi kerabu dan nasi dagang Kelantan, tidak di lupakan laksam dan kuih akok telor. Walaupun tak sedap..masih makan
Buah Kundang
Perjalanan diteruskan lagi ke Rantau Panjang, memandangkan hari ahad, terdapat ramai bas-bas dari luar, aku tak keluarkan camera sebab hujan. Tidak banyak berubah Rantau Panjang ini kecuali Masjid Baru siap yang besenibinakan bangunan Cina. Selepas menikmati mee celup yang tak enak langsung, kami kembali meneruskan perjalanan dan sempat singgah di Bukit Cina, Disini rasanya lagi meriah dari Rantau Panjang, kedai yang kecil-kecil dan banyak pilihan makanan dan buah-buahan... tak sangka gak Panda buah Kundang dan manis sekarang ini, dulu masam yang amat... harganya pun dah naik taraf, RM15 sekilo.
Buah Kundang
Selepas jurujual itu berjaya mempengaruhi Panda membeli buah kundangnya yang manis, dengan tambahan Tapai ubi goreng, kami meneruskan perjalanan ke hingga ke Puncak, di lebuh raya timur barat. Kerana hari masih hujan, keadaan di Puncak berkabus tebal dan sejuk. Ala-ala kat obersea gitew... sempat la perkena nefcafe tarik..
Wah gembiranya mereka...
Lagi perjalanan dihentikan di Tasik Temenggur, Pulau Banding (pernah dientrykan dalam blog ini tahun lepas). Singgah untuk mengambil gambar dan kembali ke jalan raya hingga hentian rehat Tasik Reban, Solat dan makan lagi...
Berginilah pejalanan 48 jam Ipoh-Kota Bharu-IPoh, penuh dengan adegan makan-makan dan hujan yang membasahi bumi. Ala-ala drama Melayu dan hindistan. Sampai rumah, Panda terus demam hinggalah ke hari ini.... Batuk pun makin teruk....
panda...kao pakai camera model menda?
ReplyDeletezack_papua@kemaman
Mari KB tak bagi tahu kat kito..
ReplyDeletedemo make budu jugok kerr?
zack- Panda pakai E510 olympus
ReplyDeletecikgu-panda make blako, budu capor poyok sedak jugok...
Saya rasa yg u all singgah slps rantau pnjg 2 Bukit Bunga kn..bukan bukit cina.
ReplyDelete