mak cik-2 buat solok lada...
Kembali cerita Kota Bharu, Pok Nik, Zam, EMbun, Mi dan aku bergerak dari kuarters selepas solat Isyak, dalam 8.45 malam menggunakan hiway PLUS. Sempat berhenti mengisi perut di RnR Dataran Sungai perak, berhenti lagi untuk ke tandas di pekan Grik, di Puncak (hiway timur Barat) dan di Pekan Tanah Merah. Kami tiba di Pulau Melaka (Kawasan Tok Guru) Kota Bharu tepat jam 3 pagi.
Gotong-royong weh...
Petangnya, selepas menukar uniform kami kembali kerumah kenduri dan menunggu ketibaan pengantin lelaki. Nampak macam bestnyer kawin ngan polis, siap berbaris pakai pedang lagi. Katanya inspektor, yang pompuan keja kat Putrajaya. Ni di kira macthing orang Kedah dan Kelantan. Ok lak... Sepanjang Hari Hujan... Hujan Pengantin...Suker la tuw..
Petangnya kami terus mencari hotel yang besesuaian untuk didiami, malangnya hotel utama telah penuh dan rezeki masih ada, exclassmate aku tetiba muncul ntah dari mana dan dia merekemenkan KB Guesthouse dengan charge dari RM35/room. Apa yang bestnya, siap dia telefon towke KB guesthouse tu untuk pickup kita orang. Pics guesthouse tak dapat diadakan disini kerana takde abik pics pun. klu nak nombor phone boleh hubungi Panda.
Ketupat Periuk kera, Nasi Tumpang & Laksa
Selepas checkin.. kami telah bergerak ke Stadium Kota Bharu untuk menyaksikan pesta makanan Kelantan. Memang hapening, walaupun tak ler sedap mana makanan yang di jual di situ. Baik beli kat Pasar Besar siti Khatijah...Cuma banyaklah makanan pelik-pelik, yang bestnya makanan dari tempat asal Panda, Rompin pun ada di pamerkan dan di jual, iaitu ketupat periuk kera. Walhal kat Rompin takdernye dijual dimerata-rata kecuali di expo-expo besar sahaja...
Malam, kami makan ayam percik Kelantan di Yati Ayam Percik, dok Kota Bahru ni asyik makan je..macamana la Panda nak kurus yerk..
jom gune widget radiobox ni,..
ReplyDeletekecik tapi ade macam2,..
music video pun ade!..
www.radioboxfan.blogspot.com