Friday, March 13, 2009

Padang, Sumatra Barat -Hari 3 & 4

My creation

07.03.2009 (Sabtu), Selepas sarapan, kami memulangkan kembali motor yang disewakan ke tuan asalnya. Setelah itu, kami pun checkoutlah dari Hotel Embun Sore yang tak berapa best tu ke Terminal Aur Kuning menaiki Angkotan Kota, Perjalanan menaiki motor tak sampai 15 minit, tetapi kali ini megambil masa melebihi 1 jam. Jalan kat pasar jem.... Hari sabtu katakan.

Perancangan awal akan menggunakan bas yang kosnya sekitar Rp15,000 untuk ke Padang. Memandangkan Paten termerloh telah ditarik oleh broker untuk menggunakan Damri, Panda lak jenis taknak menyusahkan diri, Panda ons ajerlah. Ini menyebabkan Paten Temerloh memuncungkan diri sepanjang perjalanan 2 jam dari bukit Tinggi ke Padang. Tiketnya Rp35,000 seorang naik Avanza dengan kapasiti penuh 7 orang temasuk driver.

My creation
Dari atas ke kanan- Air Paleh atau ABC dengn buah-buah segar, Rojak buah, Belut kering, Satay Udang Kering, Mpek-mpek dan Teh telor
Tiba di Padang sekitar jam 1200 dan kami di charge RP10,000 lagi kerana kami berhenti di Plaza Andalas. Dari situ kami mengambil masa 3 jam untuk mendapatkan hotel dan berjalan mengelilingi Pusat Bandar Padang yang amat panas itu.... Kali ini aku lak yang memuncungkan muncung Panda yang ala-ala panjang itu. Setelah seleuruh muka dan tangan terbakar hangus (gimik mesti power).... dan kelaparan. Kami singgah di warung untuk memakan Mpek-mpek kapal selam (ala-ala fishcake direndam kicap) yang berharga Rp6,000 setiap satu. Tetapi kenyangnya sampai ke Petang. Kami checkin di Hotel Hayam Wuruk, berhampiran Pantai Padang, Chargenya Rp250,000/nite dan kondisinya lebih baik dari Embon Sore. Panda rehat seketika, selama sejam dibilik dan Paten Temerloh merajuk keluar bilik. Petang kami sekali lagi ke Pasar dengan ahrapan Panda untuk mencari pengangkutan ke Pantai Air Kuning atau lebih di kenalai Pantai Malin Kundang. Malangnya... Tiada pengangkutan awam ke situ kecuali taxi. Jagi aku terpaksa membatalkan hasrat untuk ke sana memandangkan waktunya sudah hampir jam 1700 (WBI). Tambahan pula bateri camera Panda dah habis. Panda balik ke Hotel kesorangan, charge bateri dan lepak kat Hotel..
My creation
Pantai Padang
P3079893
Jambatan Siti Nurbaya
Jam 1800 kontek person Panda di Padang tiba, camera pun dah ok, kami bersama-sama ke Pantai dan menikmati Rojak Buah dan Satay Udang goreng. Ronda-ronda hingga ke Senja sambil menikmati Sunset yang tak berapa menjadi. Disini banyak pengemis dan penghibur yang tidak bertauliah datang memberikan perkhidmatan yang wajib dibayar... Jadi berhati-hatilah....

Malamnya kami ke kedai Kerepek Berlado Cristine Hakim (tapi bukan pelakon lama Indonesia yerk), keropok berlado, abislah beberapa puluh ribu Rp disitu. Aku pun tak shooping sangat kat sini, tapi hampir Rp1.5 million juga duit Panda lebuh...mana pergi yer:-P Tempat ini tak berapa jauh dengan Jambatan SIti Nirbaya yang popular itu... (kisah cinta terlarang yang pernah di filemkan dan di senetronkan di Indonesia).

P3079889
Panda pulang untuk mandi-manda dan keluar kesorangan sekitar jam 2000 (WIB) untuk mencari makanan malam tanpa ditemani camera. Malam di Padang amat meriah terutamanya di Pantai Padang yang ada konsert, aktiviti kesenian tradisional orang-orang Minang yang Panda tak fahami bahasanya. jam 2200 balik ke Hotel dan Tido.

P3089907
Hari Terakhir, selepas sarapan tak berapa enak, kami ke Muzium Adiyawarman, antara tempat yang akan di bawa oleh tour kalu ke Padang. Mempamerkan cerita-cerita atau tinggalan sejarah dan kebudayaan masyarakat Minang. Sudah tentulah Sumatera Barat ini wilayah orang-orang Minang. Jam 1200 bergerak dari Hotel Hayam Wuruk dengan van hotel. Charge Rp100,000 sekamar. Perjalanan dari Pusat Bandar padang ke Lapangan terbang Minangkabau mengambil masa 45 minit. Kami meninggalkan Padang jam 1435 dan tiba di LCCT jam 1635. Aku pun terus balik ke Ipoh...
Petang ini, IsyaALLAH... pANDA AKAN KE kOTA bAHRU LAK, BERDASARKAN MOOD YANG ADA.... Klu tak jadi pun Tak apa....

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com