Tuesday, March 10, 2009

Bukit Tinggi, Sumatra Barat -Hari 1

3342800875_4bc6f70ca9_o
Shooping di Puteri Minang (Padang-Bukit Tinggi)

05.03.2009 (Khamis) - Tepat jam 0130 Panda memulakan perjalanan dari Medan Gopeng, Ipoh ke LCCT dengan menaiki bas StarShuttle. Tiketnya berharga RM42 sehala, lebih mahal berbanding Ipoh-KL (RM17.50) dan KL Sentral-LCCT (RM6.50 belian online). Tapi apakan daya, penerbangan jam 0755 dari LCCT. nant ada yang menangis di airport lak... Tiba di LCCT jam 0430 dan melanggut aku menunggu Paten temerloh dari KL, beliau tiba jam 0530. Setelah sahur, checkin dan solat subuh, terus menghadapi emigresen yang garang di pintu S2. Kena beratur panjang lak tuw.... Ada yang terlepas flight ke Manila lagi....
Penerbangan tiba di Padang tepat jam 0755 waktu Indonesia Barat. Macam masa tidak bergerak jer. Terus kami disapa oleh taxi dan di cahrge Rp225k untuk perjalanan dari Minangkabau Airport ke Bukit Tinggi. Perjlanan mengambil masa 2 jam dengan jarak 90km. Di Padang luar, kami dibawa ke premis perniagaan hasil fabrik tempatan iaitu Puteri Minang. Panda agak berbelah bahagi kerana choicenya amat sedikit dan berbanding dengan Bandung, antara langit dan bumi. Termasuk dengan harganya.... Tetapi terpengaruh juga Panda untuk membeli sebasang karubung dan kain baju kurung sulam katanya untuk hantaran. Jadi sesiapa nak hantaran kain kerubung dan pasang dari Bukit Tinggi, bolehlah pinang Panda secepat mungkin... Dawri nya Honda City versi terkini.... Bolew?
My creation
Waktu kami tiba, Sumatra Barat sedang kehujanan, kami checkin sekitar jam 1130 di Hotel Embun Sore, ratenya RP250k /nite. kami book untuk 2 malam. Setelah itu kami dibawa makan oleh supirnya ke restoran di Ngarai Sianok. Nasi Padang gitew yang pedas yang amat. Tetapi dilegakan dengan jus Aporkat (Avacado). Walaupun Panda kurang atau tak makan Bebek di Malaysia, tetapi masakan bebek sambal belado hujaunya memang memukau. Kesannya, makan tiga orang di Charge RP160.5k. Mahal betul (RM45). Perjalanan balik, sekali lagi dichage oleh supirnya taxi dengan kadar Rp250k, extra Rp50k walaupun dah diberi makan free....
Setelah itu sempat juga singgah di Lobang Jepang, tempat operasi Jepun ketika penaklukan di Sumatra. Disitu, bukit ditebuk untuk dijadikan kubu dan markas serta tempat penyiksaan. Pemandangan yang cantik berlatar belakangkan Ngarai Sianok. Sempat ronda-ronda disekitar Bandar Bukit Tinggi yang takberapa sejuk ini. Lepas itu akibat tak tertahan mata mengantuk, Panda kembali ke hotel dan rehat seketika.
Setelah solat Asar, Panda bersiar-siar seorang diri disekitar Jam Gadang, Pasar atas dan pasar Bawah. Uniknya disini, segenap benda boleh dijadikan jualan. Orangnya ramai dan meriah. Sempat mengambil pics wajah-wajah yang berada disekitar jam Gadang. Petangnya terus ke Tugu Polwan, disini ala-ala terminal angkutan warna biru. Solat Magrib di Masjid Agong Bukit Tinggi dan malamnya makan Bakso.
My creation
Pekan Bukit Tinggi agak meriah di waktu malam terutamanya di Jam Gadang. Panda pun masih mengantuk dan balik awal ke Hotel. Untuk perhatian pembaca, Bukit Tinggi dikatakan satu lokasi yang sejuk dan kebanyakan hotel *** tidak mempunyai AC atau penghawa dingin. Pastiklan lokasi tuan puan tidak berhampiran jalan utama. Akibatnya, tuan puan tidak dapat tidur dengan lena.
Esok kita sambung cerita hari ke dua lak..nantikan takder entry nak diceritakan dalam blog ini... kan:-P

3 comments:

  1. Salammm.....

    Pi jalan2 + jalang2...tak habaq pung....best tak...nak pesan gak...

    Apa khabar tok???

    ReplyDelete
  2. encik panda polar bear.. huhu.. jeles baca post kali ni.. aku dah lama teringin nak p bukit tinggi tu.. emm..bukan ke bukit tinggi tu tempatnya org minang ?

    ReplyDelete
  3. wan-dah war warkan lama dah..ni nak g baijing n shanghai bulan 5, nak ikut?

    adam-tempatnya ok-0k jer..tp prefer Bandung lagi la...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com