Friday, March 20, 2009

Kota Bharu-Cerita 2

My creation

Pok nik dan aku kat pasar Siti khatijah

Ahad (15.03.2009)- Hujan masih mencurah-curah...Sedapnya pengatin tido semalam... Setelah check-out dari Kota Bharu Guest House di Jalan wakaf mek Jenad, kami terus ke Pasar Besar Siti Khatijah untuk bersarapan. Masing-masing pun melantak lah nasi kerabu dan nasi dagang Kelantan, tidak di lupakan laksam dan kuih akok telor.

Walaupun tak sedap..masih makan

Perjalanan diteruskan lagi ke Rantau Panjang, memandangkan hari ahad, terdapat ramai bas-bas dari luar, aku tak keluarkan camera sebab hujan. Tidak banyak berubah Rantau Panjang ini kecuali Masjid Baru siap yang besenibinakan bangunan Cina. Selepas menikmati mee celup yang tak enak langsung, kami kembali meneruskan perjalanan dan sempat singgah di Bukit Cina, Disini rasanya lagi meriah dari Rantau Panjang, kedai yang kecil-kecil dan banyak pilihan makanan dan buah-buahan... tak sangka gak Panda buah Kundang dan manis sekarang ini, dulu masam yang amat... harganya pun dah naik taraf, RM15 sekilo.


Buah Kundang

Selepas jurujual itu berjaya mempengaruhi Panda membeli buah kundangnya yang manis, dengan tambahan Tapai ubi goreng, kami meneruskan perjalanan ke hingga ke Puncak, di lebuh raya timur barat. Kerana hari masih hujan, keadaan di Puncak berkabus tebal dan sejuk. Ala-ala kat obersea gitew... sempat la perkena nefcafe tarik..

My creation

Wah gembiranya mereka...

Lagi perjalanan dihentikan di Tasik Temenggur, Pulau Banding (pernah dientrykan dalam blog ini tahun lepas). Singgah untuk mengambil gambar dan kembali ke jalan raya hingga hentian rehat Tasik Reban, Solat dan makan lagi...

Berginilah pejalanan 48 jam Ipoh-Kota Bharu-IPoh, penuh dengan adegan makan-makan dan hujan yang membasahi bumi. Ala-ala drama Melayu dan hindistan. Sampai rumah, Panda terus demam hinggalah ke hari ini.... Batuk pun makin teruk....

Thursday, March 19, 2009

Kota Bharu-Cerita 1

P3140107

mak cik-2 buat solok lada...

Mmm... sepatutnya ada meeting pada petang ini, memandangkan quarom cukup, cuma bos lak takde, jadi terpaksalah ditangguhkan ke satu tarikh lain, paperwork yang nak masuk banyak lak tuw. Esok pula ada jemputan di kolej (anak syarikat) katanya ada progam menandatangai MOU. Kalu bos benarkan boleh makan free pagi esok.

Kembali cerita Kota Bharu, Pok Nik, Zam, EMbun, Mi dan aku bergerak dari kuarters selepas solat Isyak, dalam 8.45 malam menggunakan hiway PLUS. Sempat berhenti mengisi perut di RnR Dataran Sungai perak, berhenti lagi untuk ke tandas di pekan Grik, di Puncak (hiway timur Barat) dan di Pekan Tanah Merah. Kami tiba di Pulau Melaka (Kawasan Tok Guru) Kota Bharu tepat jam 3 pagi.

My creation

Gotong-royong weh...

Jam 8.30 pagi kami ke rumah sepupu Pok Nik yang akan melangsungkan kenduri, kampungnya aku tak ingat sangat nama. Mula-mula Panda ingat nak datang makan jer...rupanya kena bertungkus lumus sama. Dah lama Panda tak tunjukkan skill chef yang terpendam dalam diri ini.... kami diberi kepercayaan penuh oleh makcik2 dan pakcik2 kat sini.. SIap offer gadis2 tempatan untuk dibawa pulang (macam tipu jer kenyataan ini..tak caya xper)

My creation

Petangnya, selepas menukar uniform kami kembali kerumah kenduri dan menunggu ketibaan pengantin lelaki. Nampak macam bestnyer kawin ngan polis, siap berbaris pakai pedang lagi. Katanya inspektor, yang pompuan keja kat Putrajaya. Ni di kira macthing orang Kedah dan Kelantan. Ok lak... Sepanjang Hari Hujan... Hujan Pengantin...Suker la tuw..

Petangnya kami terus mencari hotel yang besesuaian untuk didiami, malangnya hotel utama telah penuh dan rezeki masih ada, exclassmate aku tetiba muncul ntah dari mana dan dia merekemenkan KB Guesthouse dengan charge dari RM35/room. Apa yang bestnya, siap dia telefon towke KB guesthouse tu untuk pickup kita orang. Pics guesthouse tak dapat diadakan disini kerana takde abik pics pun. klu nak nombor phone boleh hubungi Panda.

My creation

Ketupat Periuk kera, Nasi Tumpang & Laksa

Selepas checkin.. kami telah bergerak ke Stadium Kota Bharu untuk menyaksikan pesta makanan Kelantan. Memang hapening, walaupun tak ler sedap mana makanan yang di jual di situ. Baik beli kat Pasar Besar siti Khatijah...Cuma banyaklah makanan pelik-pelik, yang bestnya makanan dari tempat asal Panda, Rompin pun ada di pamerkan dan di jual, iaitu ketupat periuk kera. Walhal kat Rompin takdernye dijual dimerata-rata kecuali di expo-expo besar sahaja...

Malam, kami makan ayam percik Kelantan di Yati Ayam Percik, dok Kota Bahru ni asyik makan je..macamana la Panda nak kurus yerk..

Wednesday, March 18, 2009

Cerita minggu lepas...

My creation
Hari ini, kepala masih tong-teng. Panda pun tak pasti, terlebih dadah atau tak cukup dadah. Banyak sangat doctor bagi ubat semalam, Tak pasal-pasal panda kena ambik cuti walhal Panda dapat MC. Sayang, last year Panda tak dapat sijil kedatangan penuh tanpa cuti sakit. Masa kat seremban hanya sekali jer tak dapat. Jadi terpaksalah burnkan MC tur... Seronot juga sekali-sekala sakit ni, ala-ala bayar kifarah gitew...
Kali ini Panda nak cerita pasal aktiviti minggu lepas, almaklumlah bulan ini Panda belum lagi keluar ke daerah-daerah sekitar untuk susulan, mungkin agak busy dengan kerja-kerja opis ni (bZZ ker?). Pada Khamis lepas berlansungnya Majlis Qualiti peringkat Agensi Panda di Perak ini. Sepatutnya program ini berlangsung pada tahun lepas, memandangkan pergawai bertanggungjawab sentiasa 'in-process' jer alasannya. Program ini telah di subkan kepada pegawai lain dan berjaya di langsungkan pada 12.03.2009 (Khamis) yang lalu. dan tiada apa-apa Anugerah yang Panda dapat sebab Panda pun masih setahun jagung di sini....
Petangnya pula berlangsungnya Mesyuarat Agong Badan Kebajikan Agensi kami. Pemilihan dibuat walaupun suasana agak panas. Dah betahun tak buat meeting, nasib baik tak register persatuan ini, klu tak banyak dah kena saman. Dapatlah juga Panda di lantik jawatan kecil-kecilan. Kalu bagi yang besar-besarkan tak dapat lah Panda nak jadi pengkritik tetap sebab orang lain lak yang kritik kita....
Minggu ini, rezeki Panda agak murah, Syukur ALHAMDULLILLAH, tapi bukan dari segi 'RM' tau atau boleh dikatakan belum dalam bentuk 'RM' lagi. Pertama waktu Panda nazak semalam, sempat opismate call memaklumkan yang Panda dah Lulus PTK dengan ala-ala cemerlang gitew....Dah lama tak dapat 4 flat ni. Masa exam penjawatan dulu pun Panda kena ambik 2 kali dan 1 kali tercicir. Hari ini, bos bagi lak offer letter mempelawa sambung belajar kat mana-mana 7 Universiti terpilih. Peluang datang sekali jer, Panda cuma isi borang, kalau ada rezeki bolehlah lah sambung belajar lagi....
Next cerita kisah Panda ke Kota Bahru....

Friday, March 13, 2009

Padang, Sumatra Barat -Hari 3 & 4

My creation

07.03.2009 (Sabtu), Selepas sarapan, kami memulangkan kembali motor yang disewakan ke tuan asalnya. Setelah itu, kami pun checkoutlah dari Hotel Embun Sore yang tak berapa best tu ke Terminal Aur Kuning menaiki Angkotan Kota, Perjalanan menaiki motor tak sampai 15 minit, tetapi kali ini megambil masa melebihi 1 jam. Jalan kat pasar jem.... Hari sabtu katakan.

Perancangan awal akan menggunakan bas yang kosnya sekitar Rp15,000 untuk ke Padang. Memandangkan Paten termerloh telah ditarik oleh broker untuk menggunakan Damri, Panda lak jenis taknak menyusahkan diri, Panda ons ajerlah. Ini menyebabkan Paten Temerloh memuncungkan diri sepanjang perjalanan 2 jam dari bukit Tinggi ke Padang. Tiketnya Rp35,000 seorang naik Avanza dengan kapasiti penuh 7 orang temasuk driver.

My creation
Dari atas ke kanan- Air Paleh atau ABC dengn buah-buah segar, Rojak buah, Belut kering, Satay Udang Kering, Mpek-mpek dan Teh telor
Tiba di Padang sekitar jam 1200 dan kami di charge RP10,000 lagi kerana kami berhenti di Plaza Andalas. Dari situ kami mengambil masa 3 jam untuk mendapatkan hotel dan berjalan mengelilingi Pusat Bandar Padang yang amat panas itu.... Kali ini aku lak yang memuncungkan muncung Panda yang ala-ala panjang itu. Setelah seleuruh muka dan tangan terbakar hangus (gimik mesti power).... dan kelaparan. Kami singgah di warung untuk memakan Mpek-mpek kapal selam (ala-ala fishcake direndam kicap) yang berharga Rp6,000 setiap satu. Tetapi kenyangnya sampai ke Petang. Kami checkin di Hotel Hayam Wuruk, berhampiran Pantai Padang, Chargenya Rp250,000/nite dan kondisinya lebih baik dari Embon Sore. Panda rehat seketika, selama sejam dibilik dan Paten Temerloh merajuk keluar bilik. Petang kami sekali lagi ke Pasar dengan ahrapan Panda untuk mencari pengangkutan ke Pantai Air Kuning atau lebih di kenalai Pantai Malin Kundang. Malangnya... Tiada pengangkutan awam ke situ kecuali taxi. Jagi aku terpaksa membatalkan hasrat untuk ke sana memandangkan waktunya sudah hampir jam 1700 (WBI). Tambahan pula bateri camera Panda dah habis. Panda balik ke Hotel kesorangan, charge bateri dan lepak kat Hotel..
My creation
Pantai Padang
P3079893
Jambatan Siti Nurbaya
Jam 1800 kontek person Panda di Padang tiba, camera pun dah ok, kami bersama-sama ke Pantai dan menikmati Rojak Buah dan Satay Udang goreng. Ronda-ronda hingga ke Senja sambil menikmati Sunset yang tak berapa menjadi. Disini banyak pengemis dan penghibur yang tidak bertauliah datang memberikan perkhidmatan yang wajib dibayar... Jadi berhati-hatilah....

Malamnya kami ke kedai Kerepek Berlado Cristine Hakim (tapi bukan pelakon lama Indonesia yerk), keropok berlado, abislah beberapa puluh ribu Rp disitu. Aku pun tak shooping sangat kat sini, tapi hampir Rp1.5 million juga duit Panda lebuh...mana pergi yer:-P Tempat ini tak berapa jauh dengan Jambatan SIti Nirbaya yang popular itu... (kisah cinta terlarang yang pernah di filemkan dan di senetronkan di Indonesia).

P3079889
Panda pulang untuk mandi-manda dan keluar kesorangan sekitar jam 2000 (WIB) untuk mencari makanan malam tanpa ditemani camera. Malam di Padang amat meriah terutamanya di Pantai Padang yang ada konsert, aktiviti kesenian tradisional orang-orang Minang yang Panda tak fahami bahasanya. jam 2200 balik ke Hotel dan Tido.

P3089907
Hari Terakhir, selepas sarapan tak berapa enak, kami ke Muzium Adiyawarman, antara tempat yang akan di bawa oleh tour kalu ke Padang. Mempamerkan cerita-cerita atau tinggalan sejarah dan kebudayaan masyarakat Minang. Sudah tentulah Sumatera Barat ini wilayah orang-orang Minang. Jam 1200 bergerak dari Hotel Hayam Wuruk dengan van hotel. Charge Rp100,000 sekamar. Perjalanan dari Pusat Bandar padang ke Lapangan terbang Minangkabau mengambil masa 45 minit. Kami meninggalkan Padang jam 1435 dan tiba di LCCT jam 1635. Aku pun terus balik ke Ipoh...
Petang ini, IsyaALLAH... pANDA AKAN KE kOTA bAHRU LAK, BERDASARKAN MOOD YANG ADA.... Klu tak jadi pun Tak apa....

Thursday, March 12, 2009

Bukit Tinggi, Sumatra Barat -Hari 2

My creation

Hari ke 2, 06.03.2009 (Jumaat)-Setelah tidur yang kurang nyenyaj akibat bunyi trafik yang membingitkan sepanjang malam, kami ke tempat meyewa spedaa atau motorsikal. ratenya RP75,000 untuk 24 jam. Setelah tawar menawar dapat juga menyewa motor Honda yang agak baru dengan kadar Rp65,000. Servis menyewa motorsikal banyak terdapat disni dan ia adalah kenderaan yang paling mudah dibawa memndangkan keadaan jalan raya yang sempit dan sesak di sini.
P3069656
Tasik Maninjau
Perjalanan di mulakan jam 0930 (WIB) ke Tasik Maninjau, perjalanan hanya 40 km dari pusat bandar Bukit Tinggi tetapi mengambil masa hampir 2 jam. Jalannya lebih mencabar dari pergi Cameron Higland melalui Tapah. Pemandangannya cantik tetapi tak lah mempersonakan sangat. Kami hanya berada disini sekitar 30 minit. Kalau hendak menginap disini terdapat juga resort **** seperti Nuasa Maninjau atau hotel-holet tak * di sekitar. Harga dalam Rp200,000 semalaman. Tetapi kalau Panda kat sini mesti mati kutu punyer...
P3069732
Pekan Batu Sangkar
Setelah itu, kami kembali ke Padang Luar untuk menikmati makan tengahari, nasi padang. Ditepi simpang masuk ke Tasik Maninjau, Kosnya tak setinggi semalm, just RP65,000 sahaja. Setelah itu kami menggunakan laluan Minangkabau pakej melalui Pekan Padang Panjang dan ke Batu Sangkar, Pada mulanya ingin singgah di Tasik Sengkarak, tapi kerana salah masuk jalan (ada persimpangan di sumpur), terus sahaja ke Batu Sangkar. Disini dikatakan pusat bagi masyarakat Minang. Tidak jauh dari Batu Sangkar, terletaknya Pekan Pagaruyung yang mempunyai kaitan dengan pemerintahan Yam Tuan di Negeri Sembilan. Malangnya Istana Pagarruyung telah hangus terbakar tahun lepas (?) dan akan siap dibina semula dengan menggunakan teknologi terkini. Jangkaan siap pada 2010.
P3069722
Batu bersurat di Prasasti Kubu Rajo

Kawasan ini juga banyak istana-Istana lama seperti istana Lindungan Bulan (pics utama) dan lain-lain. Tetapi tidaklah sebesar Istana Pagaruyung. Sempat juga singgah di kubo Rajo... Disini terdapat batu bersurat zaman Srivijaya atau lebih awal lagi... Nisan di kuburan ini agak unik dan besar...Almaklumlah kubur Rajo....

Perjalanan balik menggunakan jalan sungai Tarap (terkenal dengan pembuatan kopi di Bukit Tinggi) walaupun kami tidak menjumpai kedai kopi di sini. Singgah sebentar di lama untuk bersolat dan meneruskan perjalanan ke Baso. Melepasi pekan Baso, motor yang disewa pancit. Maka mengheretlah Paten termerloh motor itu sebanyak 500 meter. Waktu telah mencecah jam 1800 (WIB). Nasib kami agak baik kerana masih terdapat kedai Speda yang masih dibuka. Charges menampal adalah Rp5000 (RM1.80). Kami tiba di Pekan Bukit Tinggi dalam jam 1900 (WBI) dan sempat lagi meronda di sekitar bandar untuk mencari terminal bas, dengan harapan ke Padang esok akan menaiki bas....
P3069836
Gunung Merapi
Perjalanan dengan motorsikal agak memeritkan, walaupun ala-ala sejuk, tetapi matahari memancar terik. Hitam lah panda yang tak berapa putih ni. Tetapi ia adalah pengalaman yang agak manis dan menarik. Disamping keindahan kehijauan sawah padi yang meluas berlatarbelakangkan Gunung Merapi dan Gunung Tandikat.
Pekan bukit Tinggi taklah happening sangat pada waku malam kecuali sekitar Jam Gadang dan Pasar Bawah yang banyak menjual CD Minang (local Artis). Bagi Panda pun, bukanlah tempat yang sesuai dengan jiwa Panda ini. Rasanya lebih seronot ke Kota Baru dan lebih banyak pilihan.....

Tuesday, March 10, 2009

Bukit Tinggi, Sumatra Barat -Hari 1

3342800875_4bc6f70ca9_o
Shooping di Puteri Minang (Padang-Bukit Tinggi)

05.03.2009 (Khamis) - Tepat jam 0130 Panda memulakan perjalanan dari Medan Gopeng, Ipoh ke LCCT dengan menaiki bas StarShuttle. Tiketnya berharga RM42 sehala, lebih mahal berbanding Ipoh-KL (RM17.50) dan KL Sentral-LCCT (RM6.50 belian online). Tapi apakan daya, penerbangan jam 0755 dari LCCT. nant ada yang menangis di airport lak... Tiba di LCCT jam 0430 dan melanggut aku menunggu Paten temerloh dari KL, beliau tiba jam 0530. Setelah sahur, checkin dan solat subuh, terus menghadapi emigresen yang garang di pintu S2. Kena beratur panjang lak tuw.... Ada yang terlepas flight ke Manila lagi....
Penerbangan tiba di Padang tepat jam 0755 waktu Indonesia Barat. Macam masa tidak bergerak jer. Terus kami disapa oleh taxi dan di cahrge Rp225k untuk perjalanan dari Minangkabau Airport ke Bukit Tinggi. Perjlanan mengambil masa 2 jam dengan jarak 90km. Di Padang luar, kami dibawa ke premis perniagaan hasil fabrik tempatan iaitu Puteri Minang. Panda agak berbelah bahagi kerana choicenya amat sedikit dan berbanding dengan Bandung, antara langit dan bumi. Termasuk dengan harganya.... Tetapi terpengaruh juga Panda untuk membeli sebasang karubung dan kain baju kurung sulam katanya untuk hantaran. Jadi sesiapa nak hantaran kain kerubung dan pasang dari Bukit Tinggi, bolehlah pinang Panda secepat mungkin... Dawri nya Honda City versi terkini.... Bolew?
My creation
Waktu kami tiba, Sumatra Barat sedang kehujanan, kami checkin sekitar jam 1130 di Hotel Embun Sore, ratenya RP250k /nite. kami book untuk 2 malam. Setelah itu kami dibawa makan oleh supirnya ke restoran di Ngarai Sianok. Nasi Padang gitew yang pedas yang amat. Tetapi dilegakan dengan jus Aporkat (Avacado). Walaupun Panda kurang atau tak makan Bebek di Malaysia, tetapi masakan bebek sambal belado hujaunya memang memukau. Kesannya, makan tiga orang di Charge RP160.5k. Mahal betul (RM45). Perjalanan balik, sekali lagi dichage oleh supirnya taxi dengan kadar Rp250k, extra Rp50k walaupun dah diberi makan free....
Setelah itu sempat juga singgah di Lobang Jepang, tempat operasi Jepun ketika penaklukan di Sumatra. Disitu, bukit ditebuk untuk dijadikan kubu dan markas serta tempat penyiksaan. Pemandangan yang cantik berlatar belakangkan Ngarai Sianok. Sempat ronda-ronda disekitar Bandar Bukit Tinggi yang takberapa sejuk ini. Lepas itu akibat tak tertahan mata mengantuk, Panda kembali ke hotel dan rehat seketika.
Setelah solat Asar, Panda bersiar-siar seorang diri disekitar Jam Gadang, Pasar atas dan pasar Bawah. Uniknya disini, segenap benda boleh dijadikan jualan. Orangnya ramai dan meriah. Sempat mengambil pics wajah-wajah yang berada disekitar jam Gadang. Petangnya terus ke Tugu Polwan, disini ala-ala terminal angkutan warna biru. Solat Magrib di Masjid Agong Bukit Tinggi dan malamnya makan Bakso.
My creation
Pekan Bukit Tinggi agak meriah di waktu malam terutamanya di Jam Gadang. Panda pun masih mengantuk dan balik awal ke Hotel. Untuk perhatian pembaca, Bukit Tinggi dikatakan satu lokasi yang sejuk dan kebanyakan hotel *** tidak mempunyai AC atau penghawa dingin. Pastiklan lokasi tuan puan tidak berhampiran jalan utama. Akibatnya, tuan puan tidak dapat tidur dengan lena.
Esok kita sambung cerita hari ke dua lak..nantikan takder entry nak diceritakan dalam blog ini... kan:-P

Wednesday, March 4, 2009

Ape nyek....

P2189378

Sedar tak sedar dah masuk bulan Mac... Cepatnya masa berlalu. Kehidupan agak padat dan penuh. 2 minggu kebelakang, sempat melawat dua daerah, iaitu Teluk Intan dan Larut MAtang Selama. Semuanya penerima pembiayaan pertanian dan most of them bermasalah nak bayar balik. Tengah bulan Februari lalu, langkah drastik diambil bagi membekukan pembiayaan pertanian. Lepas ni takder la Panda nak melawat orang ternak ikan, udang, lembu atau tanam pokok timum, jarak ataupun reban ayam dan burung waled....

My creation

18.02.2009 (Rabu) semasa kembalinya dari Teluk Intan melalui kampar dan Pekan Gopeng, sempat ternampak gerai kelemai kat tepi jalan tur. Sudah lama Panda mencari untuk merasakan keenakan Kelemai atau lemang Banjar ini. Ketahuan Kelemai ini pun semasa menonton MHI di TV3. Rasanya? Ala bingka pulut yang dibakar dalam buluh... Maybe orang-orang lama suka la kot... Panda tua yang gigi jarang ni.... Ok-Ok jer (Tak minat sangat tradisional kuih yang manis2 ni).

My creation

25.02.2009 (Rabu)- Dijemput (di paksa?) untuk menyampaikan cermah di program Keusahawanan Pengajian Sepanjang Hayat (2L) di IKM Lumut. Agak lama aku tak bagi talk kepada golongan muda ini yang terpelajar. Kali terakhir masa kat Seremban untuk student tingkatan 4 dan tahun lepas untuk Belia . Sambutan agak mengalakan atau mereka dan bosan mendengar ceramah aku yang takder lawak jenaka tur... Tapi mereka semua katif dan menghiburkan (Betul ker ayat aku ni?)
Esok aku mula cuti... Lama tak keluar Malaysia, padahal awal bulan lepas sempat masuk sempadan Malaysia/Thailand untuk Lunch kat Betong (pocah lobang)... InsyaALLAH, klu berjaya kembali dengan selamat bersama kemera, adalah pics dari Padang dan Bukit Tinggi Indonesia..... Next week....

Sunday, March 1, 2009

Jatuh Cinta Lagi?

P2058879

Lagi menggunakan title yang meruntun perasaan untuk membacanya... Tapi memang nya aku jatuh cinta lagi, walaupun dah lama aku menaruh hati padanya, baru Sabtu (28.02.2009) lepas aku dapat memegangnya. Selama ini aku pandang dari jauh jer. Cuma masalahnya tak sanggup aku melukakan hati Wara yang dah bersama aku hampir 5 tahun. Dari zaman susah, mula-mula kerja hingga sekarang, Wara tak pernah menyusahkan (sikit-sikit tu adalah). Dia teman yang setia buat aku. Tapi bila dah hampir 5 tahun ini teringin lak aku nak cari yang baru. Yang lama dah londeh katanya. Kalau Wara dengar mesti dia merajuk kan? Pendamkan lah dulu nafsu gelora kau terhadap CT, tunggu lah 4 tahun lagi. Lepas aku tinggalkan Wara buat selama-lamanya, ataupun Wara tinggalkan aku. Mana-mana yang terdahulu.....

P2028456

Sejak dua menjak ini, mood nak update blog makin berkurangan. Mukin apa yang berlaku lebih kepada rutin dah tiada apa yang menarik untuk di kongsi. Selain opis gym dan makan-makan kat Pak Man di Medan Makan kat Flat Jln Ashby depan Greentownmall, tiada yang indah atau istimewa. Aku pun dok asyik layan CD Afgan yang diberikan oleh Attila sewaktu kembanya dari Medan. Makin lama makin sedap di dengar.... Sesuai ngan aku yang ala2 poyo ni (mengaku lak).

Khamis (05.09.2009) akan berangkat ke Padang dan seterusnya ke BUkit Tinggi Sumatra. harap keputusan yang bijak untuk travel dengan orang baru. Tambahan lak aku dah jadi semakin cerewet dalam travel memtravel. Ya lah, kita dah penat2 cari duit masa kerja. bila ada masa bercuti ni, rasa nak lesure jer..Tak banyak pikir just enjoy. Ini tak, hingga hari ini, banyak benda yang belum selesai. Jadi aku kasi denda berat kat partner aku ni. Biar dia rasa gabra..kuang300x. Panda bukan gi pakej. Just gamble jer..yang ada cuma tiket kapal tebang jer..lain-lain sema tak ada lagi. Ilternary Panda dah buat, yang lain orang lain buat.

Misi beijing 2009, tak pasti akan terlaksana atau tak, Rasanya nak pergi... Tapi tak tau tarikh yang sesuai. Bujet dah ada. Tapi klu jadi meminang CT, nak guna banyak duit gak...hantaranya dah RM15k, besar betul selera si CT ni.... Tengoklah, berapa lama lagi aku boleh kawal nafsu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com