Friday, May 9, 2008

Bandung-Day 3 & 4

8.5.2008 (Rabu) mencelah seketika..baru habis menonton Speed Racer dengan my new friend dari IPoh, tapi aku taknak lah bercerita pasal kawan baru, but more on movie ni. Aku syorkan korang pegi tengok, walaupun pada awalnya aku agak sceptical nak menonton. bila tamat, aku berpuas hati dengan movie ni dan aku rasakan the best action ala2 cartoon untuk tahun ini. lebih best dari Ironmen.... pandangan orang lain aku tidak tau la...




Kembali kepada cerita lawatan ke Indonesia.
Pada 21.04.2008 (Isnin) kami telah meninggalkan Jakarta, menaiki Van Cepatganti dari Mangga 2 square ke Bandung. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam... melalui hiway yang tidak di katakan berkelas dunia(?) tetapi perjalanan lancar-kecuali ada kemalangan yang menyebabkan jem. dan aku rasa hiwaynya lebih licin dari perjalanan dari Ipoh ke KL yang melambung-lambung jalannya...



Kotaraya jakarta yang mengadugi lebih 10 juta (?) penduduk... banyak masjid kat sana...


Sampai di Bandung agak lewat, dan kami terus ke homestay yang telah ditempah awal iaitu free and easy (boleh rujuk sendiri). rehat..petangnya kitaorang ke stesen keretapi untuk membeli tiket ke Jogja.


Stesen keretapi Bandung, tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kawasan stesen.. siap kena sound lagi:-P nasib baik muka selamber rock jer...

Abis tu kitaorang naik angkut untuk ke Pasar Baru, tempat rakyat Malaysia shooping tudung, kasut dan pelbagai barangan mostly untuk pompuan....
Tengok, siapa yang bersemangat nak pegi shooping tur? melalui kawasan jualan buah-buahan yang meriah, cuma kehadiran kami agak lewat. jam 6pm gitu...peniaga mula menamatkan perniagaan mereka...


Beli-beli!!.. jangan tidak beli. sempat aku membeli tudung sembayang (tudung jer yang sembahyang?) untuk mak aku.... tapi tak tau lagi aku nak balik bila kampung ni...

kat bandung ini juga heaven bagi pengemar dvd pirate.. aku xbeli la, katanya menyokong industri tempatan... harganya Rph6,000 sahaja atau dalam RM2.50 sekeping...qualiti..pelbagai, anda cuma pilih ajer...


Waktu maghrib, singgah solat jamak di Masjid Agung Bandung.besar Masjidnya...dan ramai pengunjungnya, terasa macam berada di kota bahru lak...


Malam, masih lagi berlegar2 sekitar Bandung yang hampir gelap gulita, masih tercari2 tempat handout yang best, tapi xjumpa dn penat..terus balik dan tido..
22.04.2008 (Selasa) pagi-pagi dah bangun untuk ke gunung berapi..biasa pelancung dari Malaysia akan di bawa ke Gunung Sankubang Perahu. Tapi kami lak pegi ke kawah putih, tempat ni xramai la sangat pengunjung, tapi pemandangan dia ala2 best gitur...
Singgah sebentar ke kampung yang ada tanam strawberry...rasanya lebih enak dari Cameron punyer. mabe sebab baja larva gunung kot..




Dah sampai kat pintu masuk Kawah Putih..byk pgm eco challage boleh buat kat sini, bayarannya pun minima jer... sejuk seh sini..






Memang menakjubkan tempat ni, aku pun terpesona...cuma baunya la ala shit ayam gitur...bau belerang...
Abis kami kembali ke Bandung dan pegilah tempat dimana akyat Malaysia bebelanja...rumah mode (macam nama tempat betty keje jer kan?) kat sini banyak la baju2 branded yang ada... tapi aku xshooping kat sini.. nak detail kena check blog nan & amazonman la.... aku xbuat catitan, ikut sedap kepala aku nak tulis dan klu masih ingat la...

kami berada di kota Bandung sampai malam, dan aku pun beberapa akli mengoreskan kad kredit aku untuk membeli keperluan diri di sini, walaupun aku xtau bila nak pakai....
Suhu di Bandung sekitar 20-25C ni memang best, xterasa kekeringan sangat...anyway keesokkan paginya akan berangkat ke Jogja jam 7.00am...awal bangat.... perjalanan memakan masa 8 jam antara Bandung dan Jogja menggunakan keretapi.... Sambung di lain waktu...Panda dah nak tido... lewat benar daa..jam 2.30am 9.05.2008 (Jumaat) kan bagus ku bertahajud...dapat gak pahala lebih...ni dok tulis blog ni lak....

2 comments:

  1. Kalau nak melawat kat Sumatera Barat, sila hubungi :
    PT. MUHIBBAH MULIA WISATA Tour and Travel
    Jl. Urip Sumoharjo No.3 Bukittinggi – Sumatera Barat
    Telp. +62 752 32999, 7020149
    Fax +62 752 32999
    E mail / YM : muhibbahbkt@yahoo.com
    Mobile : +62 81363408670 ( Roni )

    ReplyDelete
  2. saya pun ade, sila sms sahaja, atau e mail to : rooni_h80@yahoo.co.id

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com