Friday, November 14, 2008

Doli Kuey teow goreng @ Taiping

Hari ini, tiada cerita menarik, pagi selepas membaca yassin beramai, ada jamuan pagi dan terus sambung meeting aku, dapat selesaikan 11 fail, aku sangkut 1 fail. Sebab masa proses rabu lepas, aku jadi buntu. Paperworknya cantik. Tapi tak tau apa2 isi. Teringat masa jadi lecturer dulu. Student beria2 makeupkan paper, tapi isi hampas..repeat next sem... Tapi aku tak last zalim camtur...

Semalam, sempat juga aku hadiri Executif Talk bersama Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Perak (Tarafnya ala2 menteri Besar). Program Memertabatkan Budaya... alot of Isu bila dikaitkan dengan budaya ini...

Cerita kali ini, adalah sambungan program minggu sudah, 05.11.2008 (Selasa) sempat singgah di Taiping, Bandar Warisan dan mencuba tempat makan yang dicadangkan oleh kembara musafir. Iaitu Kuew Teow Doli. Memang ala-ala famous la kat Taiping ni. Kedudukannya berhampiran Taman Tasik Taiping, berhadapan dengan pusat kesihatan Taiping, jalan ke kawasan Industri Tupai. Aku sampai agak lewat, so, orang pun tak ramai sangat la.. Aku order Kuew Teow dan Sup Ayam Utara..

My creation

My creation

Abis tur, sempat masuk town Taiping, dan aku terserempak la dengan bangunan ini. sambil partner aku ke Bank CIMB di sebelah bangunan ini, aku pun dok abik gambar la... Ini adalah bangunan Pusat Penerangan Pelancongan Taiping. Tetapi semasa kehadiran aku, pejabatnya tidak beroperasi, ataupun memang telah ditutup. Aku pun tak pasti...

PB054974

PB054966
PB054973

PB054972

Pondok public phonenya macam kat London gitu. Bila camni, gian lak aku nak gi jalan2 abik gambor lagi. Esok tak tau lagi nak buat apa. harap aku tak mati ke bosanan la. Ada beberapa tempahan. Tetapi kekadang dan kekala nak gak bersorangan. mana satu aku nak pilih ni?

p/s takziah buat Rush & Wan dengan apa yang terjadi... Harap bersabar dan anggaplah ini dugaanNya. Ala klise sangat kan kata2 ini... So sori yerk...

7 comments:

kami said...

DOLI Kuey Teow Sedap! pernah makan kat sana sekali dulu masa lawat Taiping!

tekong said...

wah kuey teow doli.. rindukan doli sejak tahun 2004.. dulu masa study kat mrsm slalu makan kuey teow dia.

sbanboy said...

HEy nice photos ... just wondering how you did the photo collage ?

Take k man

WanHidayat said...

Bangggggg!!!!....hah, cantik gak Taiping ek...lama tak pi sana...tak pi Zoo kah..bukan kah ramai kawan kat sana (*spesis berbulu)....*Larikkkk!!!!

Bea...tq for ur concern maaa

cute PANDA said...

Kami & Tekong-Ntah la... Rasa biasa2 jer Doli tur... Tak sesuai ngan Nafsu kot:-P

Kami- Y private ur blog, takleh Panda nak tumpang lalu.

Sbanboy-pakai http://bighugelabs.com/flickr/

Wan- Deme mai Perok le.. buleh g melawat sedara skali, aku sorang payoh sket...

fzy fuzzy said...

yes, i do agreed with u tentang taste dia..for me biasa2 ajer...but for taiping folk terutama mak sedara saya...fanatik gila..waima macam mana pun up to us...tepuk dada tanya selera
Peace.

MiLa said...

aduhyai...cam lapor je teman nengok kuey teow doli nie hehe