Sunday, May 19, 2013

Si Buncit di Phuket 3


Tepat jam 10 pagi, kami telah di jemput oleh pemandu pelancung bagi memulakan perjalanan hari ini. Matlamat kami adalah ke James Bond island yang berada di dearah Phang Nga.


Perjalanan darat selama 1 jam 45 minit daripada Patong Beach, melalui kawasan factory outlet dan juga jambatan Suerin yang menghubungkan Pulau Phuket dan tanah besar Thailand.





Perhentian pertama kami adalah Suwankuha temple ataupun Monkey Cave. Panda hanya dapat melihat 2 ekor monkey sahaja. Tetapi monkey disini lebih bernasib baik kerana di mewahi dengan limpahan makanan seperti pisang, kacang dan air mineral. Di sini terdapatnya patung Buddha tidur yang panjang. Buddha tidur di kelantan lagi panjang Dan besar dari ini. 



Setelah setengah jam di Suwankuha Temple, perjalanan 10 minit berikutnya adalah ke Phang Nga Bay National Park. Kami ke jeti perahu panjang atau long tail boat menuju ke Koh Pan Yee atau Pulau Panji. Phang Nga Bay National Park adalah hutan simpan paya bakau yang meliputi beberapa wilayah di Selatan Thai. Keunikan hutan simpan bakau ini adalah bukit-bukit batu kapur yang menjulang ke langit dari laut.


Setelah 30 minit menaiki bot panjang, kami tiba ke Koh Pan Yee, pulau penempatan Muslim Thai. Ia adalah perkampungan terapung yang berada di pulau batu kapur. Terdapat sebuah Masjid dalam pembinaan di sini. Kubah masjid ini dapat adalah stuktur tertinggi buatan manusia di kampung ini. Ian dapat dilihat dari jauh.



Kami menikmati makan tengahari yang mewah dengan peha ayam goreng, ayam stim, sayur campur dan tomyam yang enak di restoren Pan Yee. Lebih baik dari makan malam hari sebelumnya.  Kami diberi masa 45 minit untuk menikmati suasana disini. Keadaanya seperti Pulau Ketam tetapi lorong-lorongnya dipenuhi gerai-gerai cenderamata.

Thursday, May 2, 2013

Si Buncit di Phuket 2



Jam 1300, kami menaiki kereta matsubusi menuju ke Cashew Nut Factory di Chalong, di sini pengungjung berpeluang menikmati perbagai rasa biji gajus. Dari plain, pedas, manis, dan berbijan. Siap ada air gajus lagi.


Kemudian, kami dibawa ke Thep Prasit (www.thaihoney.com) honey factory untuk mencuba madu terbaik di Thailand (katanya). Dapatlah makan dan minum madu. Sedap air madu ni tetapi jika dibuat dirumah tidaklah rasa sedemikian rasanya. Lokasi seterusnya, ke pusat cenderamata Phutai. Harganya berpatutan walaupun panda tidak membeli apa-apa. Kali ini bajet travel panda amat terhad.



Kami kembali ke jadual asal dengan menuju ke Chalong Temple, tidak tau apa keunikan temple ini kerana semua maklumat di tulis dalam bahasa Thailand. Dapatlah panda mendaki puncak tertinggi temple.



Big Buddha, adalah patung Buddha marmar putih yang terbesar di dunia (buat masa ini). Kebanyakan patung lain di buat dari gangsa atau simen. Ala-ala Taj Mahal juga. Templenya belum siap sepenuhnya. Masih lagi dalam pembinaan dan kutipan derma masih lagi diteruskan.



Pemandangan dari Big Buddha ke bandar Phuket memang menawan, memandang ke Selat Melaka dan laut Andaman. Kehadiran pelancung ke sini juga ramai. Cuma cuaca agak panas. Sepanjang perjalanan ke sini pelancung boleh menyewa ATV untuk mendaki Bukit. Atau bergambar dengan anak-anak gajah atau menunggang ibu-bapa gajah.



Akhir sekali kami ke tanjung paling selatan di Phuket, iaitu Promthep Cape. Pemandangannya memang hebat. Tebing tinggi batu yang dihiasi rumput pohon Palma. Pada waktu ini kami agak terhidrat dengan kepanasan. Di cadangkan waktu terbaik ke sini apabila matahari jatuh. Lokasinya tidak jauh dari Rawai Beach.


Selama empat jam dengan kos keseluruhan B1200 untuk lawatan persendirian. Walaupun bukan panda yang amat berkira ketika travel.



Malam, menikmati tom yam halal yang agak sukar untuk di dapati di Patong Beach, harga semangkuk B150 dengan udang yang kecil. Harga makan di sini juga tinggi berbanding Krabi.

Tuesday, April 30, 2013

Si Buncit di Phuket



Seawal jam 4:45 pagi kami telah keluar rumah menuju ke lcct di Sepang. Kali pertama memandu dan meletakkan kereta di Lcct untuk 4 hari. Penerbangan AK1928 memulakan penerbangan jam 0725 menuju ke Phuket Thailand.


Kami tiba kira-kira sejam kemudian, selesai urusan immegresen kami membeli tiket minivan untuk ke Patong Beach dengan harga B180 (kadar tukaran B100 = RM11). Jika memilih teksi, Caj yang dikenakan adalah antara B600 ke B800. Kelemahannya adalah kita perlu menunggu minivan penuh sebelum perjalanan dimulakan. Maximum kapasiti adalah 14 orang.


Perjalanan dari Phuket international airport ke Patong Beach mengambil masa 45 minit. Kami tiba di hotel penginapan kami pada jam 1000 pagi waktu tempatan kami dibenarkan mendaftar masuk terus tanpa perlu menunggu jam 12 tengahari. Hotel pilihan kami adalah Tiger Inn di Rat-U-Thit, Pee Rd, berhampiran Bangla Road yang terkenal di bandar Patong.


Selepas berehat seketika kami kembali ke jalan raya untuk makan tengahari dan mencari pakej- pakej yang sesuai sepanjang 3 hari kesini. Kami menuju ke Patong Beach yang hanya seperlaungan sahaja dari hotel. Ketika ini juga ada acara ASEAN BIKE WEEK 2013, mengumpulkan penunggang motorsikal berkuasa besar dari seluruh ASEAN. Ramailah Panda ketemu dengan rakyat Malaysia di sini.



Setelah sejam lebih menyusuri pantai dan jalan dibawah terik matahari, akhirnya kami bertemu juga gerai yang menawarkan pakej ke Pulau dengan harga yang berpatutan. Untuk hari kedua, kami membeli pakej ke Pulau James Bond dengan kadar B750 seorang menggunakan bot pancung. Hari ketiga, pakej setengah hari ke Pulau Khai B650 dan hari ini lawatan peribadi ke Big Buddha dengan kadar B600 seorang.



Makan tengahari kami di depan Masjid Nurul Islamiyyah, masjid terbesar di Patong. Makan untuk 2 orang adalah B110, ikan lolong dan goreng sayur nenas. Sempat solat jamak di Masjid.

Sunday, March 31, 2013

Belon yang tidak HOT



Hari ini, 31 Mac 2013 adalah hari terakhir bagi Pest Belon Panas Putrajaya yang ke 5 tahun 2013. Ini adalah kali kedua panda mengungjung pesta ini, itu pun pada tahun  2011 yang lalu.


Pesta ini bermula ada 28 Mac yang lalu, di sertai oleh 18 biji belon. Maklumat lanjut bolehlah berkunjung ke laman sesawang 5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013.


Semasa kunjungan panda pada jam 9 pagi, hanya terdapat 7 biji belon yang baru nak kembang. Tempat letak kerata tidak menjadi masalah kerana banyak temat letak kereta percuma di Putrajaya. Cuma kekurangan papan penunjuk arah ke tempat letak kereta menjadikan kenderaan memasuki kawasan pameran. Ini agak menyesakan keadaan.


Belon-belon yang pelbagai bentuk yang di pamerkan di hari pertama juga tidak kelihatan. Rasanya tahun 2011 lagi banyak rupa dan bentuk belon panas yang di pamerkan.



Terdapat juga peluang yang terhad bagi menaiki belon panas ini, katanya RM20 di kenakan. Bergambar di dalam belon pula di caj RM2 dengan membawa kamera sendiri, maka berpusu-pusu orang ramai beratur bagi memasuki belon.


Selain itu, Mauntain Dew juga menyediakan aktiviti lasak untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Seronok melihat gelagat kanak-kanak yang memanjat dinding, berbaik bola gergasi dan macam-macam lagi.


Tidak sampai 2 jam, panda sudah merasai kehangatan mentari, ini mempercepatkan lagi langkah panda untuk meninggalkan lokasi.

Sunday, March 3, 2013

Sepetang di Pulau Pinang


Suasana yang panas di Kuala Lumpur, di tambah pula dengan kegusaran apabila Negara di ceroboh oleh penganas-penganas dari luar sejak berakhirnya konfrantasi Malaysia-Indonesia tahun 60'an dahulu. Ia sebagai kejutan dari lena yang panjang. Sehingga entri ini ditulis, 8 nyawa dari pasukan keselamatan Malaysia telah gugur.


Panda tidak mau mengulas panjang akan perkara yang sedang berlaku, kerana ramai yang sedang berdiskus di media-media sosial akan perkara ini. Cuma doakan perkara ini segera selesai, keadaan kembali aman damai.


Entri kali ini cerita lama, sekitar bulan Januari yang lalu, panda terlibat dengan urusan rasmi di Penang, dan sempat panda menikmati keindahan Pulau Pinang yang telah panda tinggalkan sejak lebih empat tahun yang lalu.


Suasana di Penang masik sesak tetapi terkawal, jalan-jalan utamanya masih sesak seperti dahulu tetapi tidaklah seteruk lebuhraya di sekitar lembah Kelang. Panda sempat menikmati makan lewat tengahari di Restoren Kapitan yang menawarkan nasi kandar clay pot. Memang enak, hanya berbekalkan nasi berwarna kuning dan ayam atau daging bakar serta susu masam.


Panda telah ke Penang menerusi Jambatan dan terus ke Georgetown kemudianya ke Gurney drive. Bangunan-bangunan apartment yang menjulang ke langit sepanjang pantai yang berlumpur. Suasana ini mungkin lebih baik jika air pasang. agar sampah-sampahnya yang terdapar di sepanjang pantai dapat dihanyutkan ke laut.


Kami keluar dari Pulau menggunakan feri yang berusia puluhan tahun, ini peluang panda menikmati matahari jatuh di senja hari. Pemandangan yang menarik apabila matahari melepasi bangunan-bangunan di Tanah besar dan Pulau.




Cuma nikmatinya sahaja. Selepas ini tiada perjalanan di dalam simpanan panda, panda juga berhasrat untuk mengantung kamera besar anda buat sementara waktu sehnggalah bulan Jun, Panda akan memulakan perjalanan epik tahun 2013 nanti.


Biarlah Allah yang menentukannya. Harap di makbulkan, setakat ini tiket telah di tangan, cuti pun telah diluluskan, cuma on ground travel sahaja yang belum di tempah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....