Tuesday, January 10, 2017

Mencari Aurora di Murmansk Russia

Pengalaman menunggu cahaya aurora menjadi impian sejak lama, walaupun tidak terlintas di benak ini untuk melihatnya di depan mata. Rezeki bekerja di Moscow Rusia menjadi asas untuk ke Murmansk, antara bandar paling utara di dunia. Menjadi bandar perlombongan arang batu yang terbesar di dunia menggunakan sistem terbuka dan juga lokasi perlabuhan untuk meneroka laut artik.

Murmansk juga bandar pelancungan walaupun di musim sejuk yang sangat extreme. Suhu terendah pernah di catatkan adalah -45C, tahun ini 2016/17 sekitar -36C. Itulah yang di rasai, rasa sangat perit dan menghiris-hiris walaupun memakai kasut winter dan baju tebal. Persediaan mental dan fizikal amatlah di perlukan agar pengunjung tidak kehilangan kaki atau tangan akibat frost bite.
Perjalanan ke Murmansk boleh menggunakan penerbangan dari Moscow (2 jam 40 minit) atau dari Saint Petersburg. Siapa yang inginkan lebih advantures boleh menaiki keretapi dari Moscow (37 jam) ataupun Saint Petersburg. Harga boleh semak di Skyscanner (flight) ataupun pass.rzd.ru (keretapi).


Apa yang boleh di lakukan di Murmansk? Matlamat utama adalah mengejar cahaya Utara, atau mengunjungi laut artik di Teriberka, ataupun ke bandar perlombongan di kawasan pergunungan Kibirny (main ski pun boleh) atau ke Semi Village untuk bermain dengan raindeer. Murmansk terkenal kerana lokasi ini mempunyai aurora berwarna-warni. Saya hanya dapat melihat aurora hijau (paling biasa), kuning dan magenta. Jika ada rezki bolehlah melihat warna oren, biru dan lain-lain (menurut guider kami). Beliau juga menunjukan bukti melalui gambar-gambar yang di ambilnya. Jika bernasib baik, dari tingkat hotel pun boleh nampak aurora ini.


Mencari Aurora sama seperti pemancing, semua bergantung kepada rezeki - mat salleh panggil luck. Rezeki saya, hari pertama dah dapat tengok. bermula jam 8 malam hingga 10 malam di lokasi yang tidak jauh dari pusat bandar murmansk (20 minit). Aurora ini muncul sekitar bulan Oktober hingga Mac dan memerlukan malam yang tidak berawan. Murmansk tidak menerima cahaya matahari pada waktu ini, siangnya sekitar 3 jam sahaja...

Kecantikan aurora adalah untuk mata yang melihatnya, laksana wanita (aurora merujuk kepda wanita) yang menari-nari di angkasa. Berubah-rubah mengikut alunan yang tersendiri. Walaupun kesejukan mencengkam hingga ke tapak kaki. Semua akan terpaku.

Pastikan camera yang amat berkuasa bila ke sini, handphone? sila simpan... Biasa pakej tour akan bersekali dengan photo, pandai-pandailah menganyat guider untuk lebih gambar.

saya menggunakan perkhidmatan dari http://goscan.ru/northern-lights-tour/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com