Sunday, December 16, 2007

Pasir Salak Resort, Perak

At last... aku dah sampai kat Vistana, KL... for 2nd seminar ni a week... loteh meh. dari perak run ke KL lak... ni few pics on location of Pasir Salak Resort, di Pasir Salak, perak. tmpat bersejarah tur. i mana Datuk Maharajalela mengetuai pembunuhan JWW Birch-penjajah British.
Resort i terletak di tepi Sungai Perak, very nice..sambil tengok arus sungai perak yang mengalir deras..Ni pasal tempat lain dah mula banjir..aku sampai, hujan xberenti-renti mencuah-cuah. bimbang gak sungai perak akan melimpah...bukan apa, tak nak masuk tv3 jadi mangsa banjir...
kampung aku kat rompin pun dengarnya makin parah. dan bandar rompin telah menjadi pulau...tidak boleh dilalui oleh kenderaanringan. jangan bekalan makanan putus dah a.... yang menariknya org tv3 pun teperangkap di sana....

Ni kucing yang bermautatin secara tetap di resort ni..makan 6 kali sehari meh... kucing ni jer yang agak sporting, yang lain sibuk nak belaki jer lepas hujan-hujan ni....



Some pics after rain.... hujan lebat meh, siap basah lagi. jadi abik kesempatan jalan-jalan di sekitar resort. yang bestnya resort ni terletak di sebelah Kompleks Sejarah pasir Salak.. ada la muzium kat situ, termasuk muzium keris dan rumah kotai (tradition house for perak)


Ni la.. Sungai perak, mengalir laju... air dah naik, nasib baik xsampai 4 kaki.. belum tahap kritkal lagi ni... nampak macam biru airnya..tp dah macam teh tarik meh..myb byk sangat pembangunan di tebing sungai ni... cuma sampah jer la, skali sakala terapung-2 di sungai ni...


Resort


Binaan resort ni pun bercirikan melayu, konsep berkembar 2 atau 4. kitaorg dok rumah berkembar 4 atas dan bawah yang ada 2 bilik setiap satu.. dok sesama sendiri dengan officer dari MITI.
Kolam renang.... ramai gak orang datang sini, mostly famili la... bawak anak2 mandi kolam, bukan mandi sungai, kan ada lagi yang masuk tv3 jadi tambahan statistik mangsa banjir lagi... mintak dijauhkan la..

Kat bawah ni pics restaurant terapung, tp xberfungsi pun, klu ada tetamu nak gunakan, pihak resort akan menyediakan faciliti untuk penggunaan... best gak dok atas restoen ni, klu dapat memancing mesti lagi best. tapi waktu air besar macam sekarang xsesuai la memancing... ikan dok gelak jer.. yang syoknya, kita dapat melihat riak-riak ikan bermain-main di permukaan air menangkap bahan-bahan makanan yang dibuang ke sungai...


Komplek Sejarah Pasir Salak




Ni la di katakan makam si PUnTUm, orang yang bertangung jawab menetak JWW Birch apabila dia timbul dari sungai setelah di tombak semasa serangan terhadapnya ketika mandi.. aku dah adjust pics ceritaya, tp tesenget gak...
Pintu gerbang komplek Sejarah...
Ni la rumah Kotai..ala-ala Otai gitu...

dalam bangunan in ada muzium pengantin Perak.. dan barang-barang rumah tradisional perak... cantik binaannya. dik katakan tidak menggunakan paku pun...

Tempat JWW birch di bunuh...

Ni tugu untuk pahlawan Melayu.. yang menentang penjajah... aku jadi model jer...
Ni lak, british buat tuk Birch...


Masjid lama pasir salak...

Ni pics aku abik, kat pintu masuk terowong masa pasir salak... tempat ni menceritakan sejarah mulanya penempatan awal orang di perak... dari kerajaan di temanggi (Singapore), melaka dan perak.Penjajahan dan kemerdekaan... Insaf seketika bila melihat perjuangang orang terdahulu mendapatkan kemerdekaan. hasilnay kita nikmati. dan ada pulak hari ni, cuba merosakkan kemerdekaan dan nikmat kebebasan dengan menganggu gugat keharmornian yang dibina... klu xpuas hati boleh balik la atau pergi kat tempat diorang rasa bagus sangat...





Jam Matahari di depan terowong sejarah pasir salak... cantik lanskapnya mengadap sungai perak, satu kurangnya tempat ni xder cruise tuk jejalan sekitar kompleks, klu xmesti menarik ka. atau pada masa aku datang sini, diog xoperation, almaklumkan arus tengah laju..



k, sesapa nak bercuti bersama keluarga boleh la mempertimbangkan tempat ni.. dan masa yang sama melihat kesan peninggalan sejarah kita.. yang kebanyakan dikalangan kita telah lupa atau alpa....

5 comments:

  1. heyyy..bestnya...nanti nak ajak Gang PD gi sana lah... cantik nya...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    cam best jer citer yg hang bgtau.
    rse cam nk g lak.
    tp xpe, aku ingat nk mntk kje kt ctu la..

    ReplyDelete
  3. aku rse hang ni mst mint history kan???
    crite pny detail..
    pe pn, all the best to u!
    klu rjin, bls la..hehehe

    ReplyDelete
  4. hey this pasir salak resort got website?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com