Thursday, December 1, 2011

Pantai Pasir Lanun di Penyabong, Johor

rompin 011

Bersemperna dengan Hari Raya Aidil Adha yang lalu, panda berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman di Rompin Pahang. Sepanjang Hari Raya panda hanya berada di rumah sahaja bersama-sama keluarga menikmati beraneka nasi dan lauk pauk masakan keluarga. 

rompin 030

Pada hari kedua Aidil Adha, kami telah ke Penyabong tetapi secara spesifiknya ke Pantai Pasir Lanon. Tempat ini pernah menjdi entri bolg ini pada hari raya AidilAdha 2010 yang lalu. Tiada perubahan yang besar di pantai ini kecuali hari yang lebih cerah.

rompin 047

Dari Pantai ini, kami dapat melihat dengan jelas Pulau Tioman, sangat menarik. Rasa rindu untuk mengunjungi Pulau Naga tersebut lagi di lain waktu. Tetapi keadaan jadual yang padat sepanjang akhir tahun 2011 dan sepanjang 2012, tidak memungkinkan panda mengunjungi pulau ini dalam masa terdekat.

rompin 057

Kesempatan ini juga kami singgah ke pantai Penyabong itu sendiri, antara kedua-dua pantai ini, hanya hutan yang memisahkan mereka. Di sini terdapat kedai makan dan juga jeti. Pengungjung juga boleh menginap di sini kerana terdapat banyak chelet yang beroperasi di sini.

rompin 076

Pemandangan di sini memang sangat menarik, sesuai untuk dijadikan tempat beristirehat. Kurang gangguan bunyi kenderaan maupun kapal terbang. Apa yang ada hanyalah bunyi bot-bot nelayan dan sesekali bunyi motosikal penduduk tempatan.

rompin 106

Bagaimana untuk ke sini, boleh menggunakan jalan pantai antara Kuantan - Pekan - Kuala Rompin - Endau. Ataupun dari Mersing ke Endau. Ada banyak papan tanda yang menunjukan arah kampung Penyabung dari Pekan Endau atau Mersing.

rompin 136

Ada beberapa lagi tempat menarik panda kunjungi dalam bulan Oktober tetapi belum sempat untuk dikemas kini. Sejak akhir-akhir ini panda amat sibuk dengan projek-projek baru dan laporan penutup tahun. Minggu hadapan akan ke Langkawi semperna LIMA 2011 dan juga urusan Battle Bot PINTAR Kebangsaan selepas LIMA 2011. Rutin harian juga makin bercelaru, tetapi menyeronokkan...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com