Tuesday, April 30, 2013

Si Buncit di Phuket



Seawal jam 4:45 pagi kami telah keluar rumah menuju ke lcct di Sepang. Kali pertama memandu dan meletakkan kereta di Lcct untuk 4 hari. Penerbangan AK1928 memulakan penerbangan jam 0725 menuju ke Phuket Thailand.


Kami tiba kira-kira sejam kemudian, selesai urusan immegresen kami membeli tiket minivan untuk ke Patong Beach dengan harga B180 (kadar tukaran B100 = RM11). Jika memilih teksi, Caj yang dikenakan adalah antara B600 ke B800. Kelemahannya adalah kita perlu menunggu minivan penuh sebelum perjalanan dimulakan. Maximum kapasiti adalah 14 orang.


Perjalanan dari Phuket international airport ke Patong Beach mengambil masa 45 minit. Kami tiba di hotel penginapan kami pada jam 1000 pagi waktu tempatan kami dibenarkan mendaftar masuk terus tanpa perlu menunggu jam 12 tengahari. Hotel pilihan kami adalah Tiger Inn di Rat-U-Thit, Pee Rd, berhampiran Bangla Road yang terkenal di bandar Patong.


Selepas berehat seketika kami kembali ke jalan raya untuk makan tengahari dan mencari pakej- pakej yang sesuai sepanjang 3 hari kesini. Kami menuju ke Patong Beach yang hanya seperlaungan sahaja dari hotel. Ketika ini juga ada acara ASEAN BIKE WEEK 2013, mengumpulkan penunggang motorsikal berkuasa besar dari seluruh ASEAN. Ramailah Panda ketemu dengan rakyat Malaysia di sini.



Setelah sejam lebih menyusuri pantai dan jalan dibawah terik matahari, akhirnya kami bertemu juga gerai yang menawarkan pakej ke Pulau dengan harga yang berpatutan. Untuk hari kedua, kami membeli pakej ke Pulau James Bond dengan kadar B750 seorang menggunakan bot pancung. Hari ketiga, pakej setengah hari ke Pulau Khai B650 dan hari ini lawatan peribadi ke Big Buddha dengan kadar B600 seorang.



Makan tengahari kami di depan Masjid Nurul Islamiyyah, masjid terbesar di Patong. Makan untuk 2 orang adalah B110, ikan lolong dan goreng sayur nenas. Sempat solat jamak di Masjid.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com