Showing posts with label France. Show all posts
Showing posts with label France. Show all posts

Friday, September 6, 2013

Conquest of Europe - Paris... panassss!!!




7 Julai 2013 (ahad) sambil menikmati sarapan coco crunch, terasa sedih kerana ini hari terakhir kami bersama-sama. Panda menyertai Geng KL terus berada di Paris untuk sehari lagi, manakala yang lainya akan terus kembali ke London.



Tepat jam 1900, kami geng KL menaiki bas 101 ke Joinville le Pont, manakala yang lain meninggalkan bumi Paris dengan bas Ferries. Panda mengambil keputusan untuk bertemu dengan Khalid Fatih, kawan lama yang pernah panda kenal di Malaysia sejak 13 tahun lepas. Sebelum ini semasa beliau datang ke Malaysia, Panda membawa dia berjalan-jalan, kali ini giliran beliau pula membalas nya.





Setelah menghantar barang-barang ke rumah Khalid Fathy, kami keluar menuju ke Concord dari metro Gare de Lyon, panda mengambil pass harian untuk zon 1 dan zon 2, tiketnya berharga €6.40. Stesen metro Concord berhampiran dengan oblique yang di hadiahkan oleh raja Mesir kepada Perancis. Di ceritakan bahawa Raja Mesir telah menghadiahkan oblique tamadun Mesir kepada Perancis, England dan Turki. Oblique ini selari dengan Arch of Trump. 




Kami berjalan kaki ke Musee du Lourve untuk mengambil gambar piramid kaca yang terdapat di depan muzium ini. Muzium ini pernah menjadi lokasi untuk filem Da Vincci Code pertama.



Dari stesen metro Palais Royal Musee du Lurve kami ke Concord dan menukar train ke Abbesses untuk mengunjungi Funiculaire de Montmartre. Sebuah gereja khatolik Putih yang tersegam megah di puncak tertinggi kota Paris. Dari gereja ini pengunjung boleh melihat hampir keseluruhan kota Paris.





Hari semakin lewat dan kami mula kelaparan, kami menuju ke La Defense, di sini terdapatnya Grande Arche. Di sini juga adalah bandar moden Paris. Semua bangunan kaca pelbagai bentuk dan terdapatnya pusat membeli belah yang beroperasi pada hari Ahad, kecuali hypermarketnya. Sempat panda menikmati Pasta Paris di sini.  

Sunday, September 1, 2013

Conquest of Europe - Eiffel! i'm in love



6 julai 2013 (Sabtu) - setelah menikmati perjalanan sendiri pada hari sebelumnya, hari ini kami di bawa ke Arch of the Trumps, Gerbang terkenal di Paris yang di bina oleh Nepoleon Bonarparte, stesen metro terhampir adalah Charles de Gaulle Etoile.  Kawasan ini juga boleh di ibaratkan bolavard yang sangat panjang bermula dari Palais Royal Musee du Louvre. Muzium terpanjang di dunia dan di katakan mengambil masa lebih 1 hari jika ingin melihat semua koleksinya. Di sini juga adanya tersimpan lukisan paling popular di dunia iaitu lukisan wajah Monalisa. Di musium ini terdapatnya gerbang yang lebih kecil dari arch of trumps. Dan bermulanya bolevard ini sehingga arch di La Defense yang di beri nama  Grande Arche.




Di Charles de Gaulle Etoile ini juga terletaknya jalan fesyen atau designer road. Banyak jenama-jenama besar fesyen terdapat di sini dan mempunyai kedai-kedai yang lebih besar. Tidak perlu beratur berjam-jam untuk dapatkan handbag.


Setelah berpanas di sini, kami ke Auber, kali ini kami ke Musee of Parfume.  Muzium yang memaparkan kehebatan wagian Perancis. Di sini juga adanya jualan au de parfume yang hebat baunya dengan harga yang berbaloi-baloi. Antara €9 untuk 5 ml hingga €85 untuk 120 ml.


Kami menikmati makan tengahari di Pompeii. Berhampiran dengan metro stesen Chatelet. Sebenarnya kawasan ini tidak banyak pilihan restoren halal. Panda pun tidak tau apa motifnya ke sini. Cuma terdapat 1 muzium Modern Art yang besar di sini. Panda tidak memasuki bangunan ini tertapi sibut melihat-lihat cenderamata yang di jual. Harga cenderamata di tanah besar Eropah sangat mahal berbanding di London.








Jam 1630 kami menuju ke Eiffel tower, kami mulakan trip dengan menaiki cruise yang sangat besar dan panas. Harganya €9 untuk 1 jam di sungai Ranne. Nadi kota Paris. Keadaan sangat panas dan ramai orang yng menunggu giliran, menyebabkan mood penumpang tidak keruan.




Jam 1800 kami ke Eiffel tower untuk bergambar. Panda tidak menaikinya kerana tidak sanggup untuk berbaris dan masa yang terhad. Cuma berlegar-legar di bawahnya sahaja. Jam 1900 kami kembali ke kem untuk menikmati santapan malam terakhir bersama-sama 103 orang paserta dan krew kelanaconvoy sesi Jun/Julai 2014 dan malam terakhir tidur di khemah. Kami di jamu dengan nasi ayam hainam di kota Paris.

Wednesday, August 28, 2013

Conquest of Europe - Shopping lagi di La Vallee Village



4 julai 2013 (khamis) - kami meninggalkan bumi Lauterburn di dalam ke kabusan pagi. Hujan yang berterusan selama beberapa hari menjadikan Swiss Alps semakin sejuk. Puncak-puncak gunung berdekatan juga telah di selaputi salji kembali.

Seperti biasa, kami meninggalkan bumi Swiss tepat jam 0900 menuju ke Paris. Perjalanan kali ini adalah perjalanan paling panjang. Dari Lauterbreneun, mengambil masa lebih 10 jam untuk ke Paris. Dua kali berhenti untuk makan tengahari dan juga rehat setelah 4 jam kedua untuk pemandu bas dan solat jamak zohor/asar buat kami.


Kami tiba di Camping Paris International sekitar jam 2000, waktu solat maghrib pada jam 2156 dan Isyak pada jam 0005. Tapak perkhemahan ini berada di zon 3 Paris dan berhampiran dengan stesen Metro Joinville le-Pont laluan A2 ke Boissy Saint-Leger. Dari stesen metro ini boleh menaiki bas 101 untuk ke tapak perkhemahan.
 

5 Julai 2013 (jumaat) - selepas bersarapan, kami menuju ke Marne-la-valle-Chessy di zon 5 Paris. Di sini terletaknya Disneyland Paris. Sebahagian dari kami memasuki Desneyland yang tiketnya berharga €51 seorang bagi tiket berkumpulan. Remaja berusia di bawah 26 tahun lebih murah. Jika mengunjungi secara indivitu harga tiket mencecah €72 seorang.




Panda dan beberapa orang yang lain mengunjungi jiran Disneyland iaitu Val d Europe, kawasan membeli belah seperti Designer Outlet bellarian di Itali, tetapi di Val d Europe lebih besar dan memperagakan lebih banyak jenama terutamanya dari Perancis. Seharian tidak cukup untuk berada di sini. Di nasihatkan membuat senarai apa yang ingin di beli supaya tidak terpengaruh atau membeli mengikut nafsu. Harga produk di sini lebih rendah 30-70% dari butik. Lagi menyeronokan, Julai adalah bulan Sales untuk Euro.



Kami berada di sini sehingga jam 1500 hampir 5 jam, hingga tidak terada begitu pantas masa berlalu. Dari sini kami menaiki metro ke Chatelet Les Halles dan menukar metro ke St Michel Norte Dame. Kami mengambil daily pass atau dalam bahasa perancis 'mobillies', dengan kadar €15.60 dari zon 5 ke zon 1. Pass harian ini membolehkan pengguna mengunakan semua kemudahan Metro dan city bus dengan 1 tiket dan 1 kadar.


Kami ke   St Michel Norte Dame untuk melihat bangunan gereja Norte Dame yang terkenal dengan kisah cinta Guasimodo dan Ismereda si gipsi di gereja ini. kisah cinta yang tidak berkesampaian ini telah di bukukan, filem dan juga di animasikan. Selain itu, kawasan ini banyak terdapat restoren makanan halal seperti kebab dan nasi briani.


Setelah mengambil beberapa keping gambar di sisi Norte Dame, sekali lagi kami berpecah dan panda dan shoppers menuju ke Galaries Le Fayett, pusat membeli belah yang dikatakan setaraf dengan Harrode di London. Kami menaiki metro dari  St Michel Norte Dame ke Auber. Bangunannya biasa sahaja di luar, tiada beza dengan Latin Quarter yang banyak terdapat di Paris, tetapi bila memasuki bangunan ini. Seperti berada di pasar borong barangan jenama-jenama hebat seperti LV, MK, longchamp dan Armani (sekadar beberapa nama yang sempat di ingati). Butik yang menjadi tumpuan adalah LV dan longcham. Hampir 2 jam panda berdiri untuk membeli hand bag yang paling murah di situ. Layanannya amat bagus.


Setelah penat beratur di LV, kami menuju ke Hard Rock Cafe Paris. Perjalanan mengambil 15 minit berjalan kaki. Untuk makluman, kebanyakan kedai dan shopping mall di Paris ditutup pada jam 1900 atau 7 petang bagi hari biasa, Sabtu operasi dari jam 0800 atau 0900 hingga 1500 dan tutup pada Ahad. Jika ingin membeli belah di Paris, elakan hari Sabtu dan Ahad. Malamnya, kami di jamu dengan bbq kambing dan kepak ayam bersama nasi briani.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com