Thursday, February 19, 2015

Tiga Malam di London


Setelah sekian lama meninggalkan London (walhal singgah kejap jer dulu) pada 2013 yang lalu, kali ini panda mengambil kesempatan untuk menggunakan perkhidmatan easyjet, penerbangan tambang murah versi London. Tetapi Panda tidak membelinya di laman sesawang easyjet kerana harganya lebih tinggi. Jadi panda cadangkan menggunakan laman sesawang pihak ketiga seperti skyscanner, Expedia atau mana-mana yang mungkin. Tambang pergi balik hanya 133. Tambahan untuk bagasi adalah GBP45 untuk 1. Melampau kan?  


Kali ini panda menggunakan pengangkutan awam yang paling murah untuk ke lapangan terbang Domodedovo. Kelebihan di Moscow ini pengangkutan awamnya tersangatlah cekap dan murah, beli sahaja pass untuk 10 atau 20 trip. Panda biasanya menggunakan all-pass 20 trip dengan kos Py580 (kadar semasa USD1=Py60=RM3.60). Dari metro Leninsky Prospekt dengan kadar Biasa Py40, ke Domodedovo metro mengambil masa 33 minit (menurut yandex metro), menaiki bas bernombor 308 ke airport dengan tiket Py100. Perjalanan bergantung kepada trafik dan biasanya mengambil masa 30 minit. Jika menaiki menaiki van tiketnya adalah Py120. Penerbangan antara Moscow ke London akan mengambil masa 3 jam 30 minit.



Panda sampai 4 jam sebelum penerbangan, tetapi urusan securiti nya hanya 5 minit, lebih baik berbanding di London yang memakan masa tidak kurang dari 30 minit. Panda telah tiba lewat petang Gatwik Airport. Jadi pada malamnya panda hanya menghadiri makan malam di Queen Gate Terrace, satu kawasan elit di kota London.


Hari kedua, Panda hanya mengungjungi Oxford Street, kawasan membeli belah yang sangat terkenal di London, Seharian di sini, dan bumi London disirami oleh hujan. Telah hampir lebih sebulan panda tidak merasai hujan. Di Oxfort Street banyak jenama tempatan seperti Clark, H&M, M&S,PRIMAX dan juga jenama-jenama eropah yang lain. Harganya 30% lebih murah dari Malaysia walaupun barangan tersebut ada yang datangnya dari Malaysia.



Malamnya, mencari Hard Rock Cafe London. Sudah menjadi signature souvenir apabila berkunjung ke lokasi yang ada HRC untuk mendapatkan t-shirt, walaupun bukan minat panda pun. Sepanjang perjalanankan ke Hard Rock Cafe tersebut, sempat melalui Royal Elbert Hall, tempat Siti Norhaliza dan mantan kumpulan nasyid yang popular pernah membuat persembahan dahulu.


Tidak lupa juga pusat membeli belah terunggul di Kota Londan iaitu Harrods London. Sesuatu yang menarik, Harrods ini beroperasi dari jam 10 pagi- 8 malam sahaja, bila hari minggu sampai jam 6 petang dan di tutup pada cuti umum.


Hard Rock Cafe tidak jauh dari Wollington Arch ini, Panda ada juga mengambil beberapa keping gambar di Hard Rock tetapi gagal kerana masih belum mahir dengan wide lense ini. Penat juga berjalan di Kota London ini di musim sejuk. Kerana kesejukannya lebih teruk dari Moscow.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com