Saturday, January 1, 2011

Fort Supai, Kuala Linggi, Malaka

Pada awalnya Panda ingin menulis entry ini lebih awal, iaitu sebelum 2011, tetapi dimana silapnya ia berlanjutan sehingga ka hari pertama tahun 2011 iaitu pada 1.1.11, menarik bukan. Banyak perkara menarik berlaku pada panda di hari akhir 2010 dan di awal tahun 2011. 31.12.2010, PM mengumumkan cuti peristiwa semperna kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menentang Indonesia di kejohan piala AFF Suzuki. Pada masa yang sama panda mengalami demam yang serius (rutin demam) sehingga hari ini Panda kena diarrhoea sepanjang hari tahun baru. Tinggallah kesorangan dirumah tumpangan ini. Atleast panda dapat menyiapkan entry kali ini.
Pada 11.12.2010 yang lalu, Panda mendapat undangan majlis sambut menantu dari rakan sekerja di Kuala Linggi, Melaka. Perjalanan memakan masa hampir 3 jam melalui Kuala Lumpur-Shah Alam-Seremban-Port Dickson-Kuala linggi Melaka. Perkampungan nelayan ini berada di sempandan antara Melaka dan Negeri Sembilan. Rasa bergitu lama panda meninggalkan perkampungan nelayan. Rindu akan bau lumpur laut dan bakau.

Rupanya di kuala Linggi ini ada sebuah kota tinggalan Belanda yang di namakan Fort Supai. Kedudukannya di atas bukit di Kuala Linggi. Tidak dapat dipastikan siapa yang membinanya kerana penerangan di papan tanda agak mengelirukan. Cuma nama asalanya si namakan Kota Filiphina di atas bukit Supai.
Perang yang berlangsung antara Belanda dan Bugis sepanjang 1756-1757 dan sebagai tanda pendamaian, Belanda dan Bugis membina kota ini dan pada 1 Januari 1758, satu perjanjian bersama yang membolekan Belanda mengambil Kota ini untuk mengawal perdagangan bijih dari Sungai Linggi dan sungai Rembau. Kota ini di tinggalkan bila pengeluaran bijih berkurangan.

Pantai di Kuala Linggi juga cantik, tetapi tercemar dengan bangunan-bangunan terbengkalai di gigi pantai. Melaka memang terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah dan juga bangunan yang terbengkalai. Sesuai dengan statusnya negeri maju.


apa-apa pun Panda ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 buat semua pembaca, moga tahun mendatang lebih baik dari tahun yang lepas. Harapan Panda juga beberapa misi panda kan berjalan lancar. Setakat ini tiket yang telah di beli untuk tahun depan adalah Makassar pada Mei, Dhaka & Kolkata pada Julai dan Perth pada Oktober 2011. Jom, sesiapa yang berminat bolehlah sertai Panda, tetapi tiketnya mungkin tidak lagi murah seperti sewaktu Panda membelinya 6 bulan lepas.... Anyway enjoy your day:-)

Thursday, December 23, 2010

Gua Batu Maloi

Semperna cuti awal muharram yang jatuh pada 07 Disember 2010 (Selasa), Panda telah dipelawa secara adhoc oleh team kinabalu unruk meneroka gua batu di Rembau. Ini sebagai latihan akhir mereka sebelum mengdaki gunung Kinabalu pada 14 Disember 2010.

Lokasi Gua Batu Maloi ini terletak diantra sempadan Rembau dan Tampin. Kami telah berkumpul di pekan Kuala Pilah seawal 8.00 pagi untuk bersarapan. Dari sana kami menggunakan jalan Kuala Pilah - Tampin, Sampai di kampung Baru Air Mawang kami menuju ke Hutan simpanan kekal Batu Maloi.

Acara kali ini agak tergesa-gesa dan rata-rata di kalangan kami tidak membawa bekalan sepatutnya untuk meneroka sungai di dalam gua, walaupun panda dan rose telah mempunyai pengalaman meneroka gua Gendang di Perak.

Kami telah membeli kelengkapan seperti lampu picit, kasut adidas kampung (harga RM8 sahaja), baju dan seluar persalinan di pekan kampung baru air mawang ini. Lokasi gua adalah 10 mini dari pekan ini. Caj yang dikenakan adalah RM200 bagi setiap kumpulan. Tidak kira bilanganya, memandangkan kami ada 7 orang, dan terdapat satu kumpulan dari pertaling jaya, kami dikenakan caj RM20 seorang. Kami ditemani oleh 3 orang pemandu gua.

Gua Batu Maloi sangat unik, kerana guanya bukanlah gua biasa. Ia terhasil dari runtuhan batu batan yang jatuh kedalam sungai. Sepanjang perjalanan kami mendaki, menyusur, merangkak dan menyelam di dalam air. Pengalaman yang sangat menyeronokan dan mencabar. Kami menemui katak gua yang besar di sini dan juga satu lokasi kelawar yang sangat meriah.

Kami hanya melalui 12 checkpoint sahaja kali ini, jumlah keseluruhan check point adalah 24. Selepas keluar dari gua tersebut, kami meneruskan perjalanan untuk melihat Batu Maloi yang memunya mitosnya yang tersendiri. Kami sempat mendaki Batu Maloi tersebut. Sebuah batu besar yang terdapat pokok-pokok di atasnya. Kami bercadang untuk datang algi ke sini pada tahun 2011 dan menghabiskan 24 check point yang ada dengan persediaan yang lebih lengkap.

Monday, December 13, 2010

Management Team Building (MTB) di PUSKEP MARA Lengong

Setelah meninggalkan Perak selama lebih 3 bulan, sekali lagi Panda kembali atas jemputan bidan terjun bagi mengisi kekosongan program MTB ini. Lokasinya adalah di Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP) Changkat Berangan Lengong. Lokasinya adalah di belakang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lengong, Perak.


Kedamaian jelas teras, dengan kesunyian tempat ini. Bersebelahan dengan Sungai Perak yang mengalir deras (akibat musim hujan) dan dusun durian, kebun getah serta hutan yang masih terpelihara menjadikan lokasi ini sesuai untuk aktiviti luar.

Tempat ini menawarkan kepelbagaian aktiviti luar seperti kayak, flying fox, berbasikal lasak, larian merempuh halangan dan juga pint ball. Tempat tinggal adalah khemah yang boleh memuatkan 10 orang setiap khemah pada satu-satu masa. terdapat 5 khemah lelaki dan 5 khemah perempuan (bilangan ini mungkin berubah-rubah mengikut keperluan). Lain-alin kemudahan adalah seperti surau, dewan makan, dewan syarahan, dan padang kawad.

Sepanjang tempoh 4 hari 3 malam kami di sini, kami didedahkan dengan pelbagai aktiviti bagi mengukuhkan lagi semagak berpasukkan dan kepimpinan.
2 disember 2010, selepas check-in pada jam 3.30pm, kami di berikan taklimat dan aktiviti ice-breaking samai malamnya Hari kedua sebelum solat jumaat kami menyertai aktivti berbasikal meredah ladang kelapa sawit dan getah. Lebih 10 tahun Panda tidak berbasikal, apatah lagi berbaskat di kawasan bukit, memang ala-ala mencabar. Selepas solat jumaat, kami menyertai program flying fox, larian berhalangan dan akhirnya berkayak memudiki Sungai Perak. Penatnya memang terasa apabila melawan arus yang kuat.

Hari ke 3, aktiviti lebih kepada team building seperti spider web, acid river, 'are you ready; dan hari terakhir adalah aktiviti 'rise our flag'. Aktiviti sebegini memberikan nafas baru buat Panda yang telah mencapai pertengahan usia. Tidak Panda sangka masih boleh mengadakan aktiviti lasak bersama-sama artis veteran lain. Selepas ini Panda & geng pun merancang untuk bergiat aktif dalam aktiviti meredah hutan, gunung serta lautan. Sesiapa berminat bolehlah sertai sama. Apa yang penting kerjasama dan tubuh yang sihat!

Wednesday, December 1, 2010

Melompat di Gunung Angsi

Suntikan semangat selepas ekspedisi Bukit Broga pada minggu sebelumnya, kami sekali lagi meneruskan aktiviti menawan puncak Gunung Angsi pada 21.11.2010 (Ahad) yang lalu. Kali ini, xpdc disertai lebih ramai ahli. Lapan perserta dari tempat yang berbeza telah berkumpul di hutan Simpan Ulu Bendol, Kuala Pilah sejak jam 8 pagi.
Sebelum memasuki kawasan hutan simpan Gunung Angsi, pendaki perlu mendaftar diri ke pejabat ranjer yang terdapat di tempat letak kereta di dalam kawasan hutan rekriasi tersebut. Bayaran yang dikenakan adalah RM5 seorang. Bagi pengunjung jeram, tiada bayaran yang dikenakan.
Pendakian bermula jam 9.20 pagi dari huan rekriasi ulu bendul melalui denai yang telah tersedia. Di hutan rekriasi ini terdapat jeram yang cantik. kami melalui jeram tersebut sehingga ke kaki gunung. Kaki Gunung Angsi terletak di sebuah Jeram yang di panggil Jeram Kak Long. Menurut cerita nama asalnya Jeram Kak Lang, tetapi untuk mengurangkan kemisterian namanya ianya ditukar ke nama sekarang.

Suasana hari tersebut agak kelam, kerana pada hari sebelumnya hujan turun dengan lebatnya menyebabkan denai agak licin. Panda sendiri beberapa kali terpelecok. Sepanjang perjalanan kami menemui keunikan flora dan founa yang menarik. Si penghisap darah (Pacat) pun banyak kelihatan di sini. Panda pun menjadi mangsa.

Setelah 2 jam 40 minit berjalan dan mendaki. Kami tiba di puncak Gunung Angsi, cuaca agak panas. Hanya ada 1 kumpulan pendaki sahaja yang berada di sini ketika kami tiba. Kami berehat seketika sambil menikmati bekalan yang dibawa.

Setelah berada setengah jam di puncak, kami kembali mengatur langkah untuk menuruni gunung. Bimbang kerana ribut petir sering berlaku di awal petang. Tidak mahu terperangkap di dalam hutan, disamping perut yang amat lapar dan keletihan.

Pengalaman di Gunung Angsi sangat meletihkan, walaupun dimaklumkan bahawa denainya tdak mencabar, tetapi tempoh yang anjang untuk mendaki dan berjalan menyebabkan kami sangat penat. Jeram sepanjang perjalanan amat cantik tetapi dicemari dengan sampah-sarap yang di tinggalkan oleh pengunjung. Tidak salah dicadangkan agar dikenakan bayaran bagi pengungjung jeram agar ada satu sistem pembersihan yang lebih baik dapat dijalankan.

Monday, November 22, 2010

Subuh di Bukit Broga

14 November 2010 (Ahad)- Setelah dirancang sekian lama, akhirnya tercapai jua hasrat untuk panda mendaki puncak Broga. Perjalanan dimulakan jam sekitar 4.00 pagi dari Bandar Tasik Permaisuri menuju Bandar Baru Bangi. Tiba lebih kurang setengah jam selepas itu. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur lebih mudah menggunakan lebuhraya Metramax (KL-Kajang) dan dari bandar Kajang boleh terus ke Broga.

Ahli pendakian kali ini terdiri daripada sahabat-sahabat yang akan mendaki Gunung Kinabalu pada pertengahan Disember ini. Ini adalah latihan asas buat mereka. Bagi Panda adalah masa untuk mengilap kembali minat panda kepada sukan lasak (ala-ala). Telah lama Panda tinggalkan aktiviti seperti ini.

Dari Bangi kami berkumpul dan menuju ke Pekan Kajang seterusnya ke Broga, perjalanan sekitar 30 minit. Lokasi Bukit Broga adalah di dalam kawasan ladang kelapa sawit. Pada jam 5.30 pagi kawasan ini telah dipenuhi dengan manusia dan sangat meriah.

Sekiranya lebuhraya di Kuala Lumpur sering sesak selepas kita membayar tol, begitu juga dengan bukit Broga. Bayaran letak kerata adalah RM2 setiap kali keluar. Pendakiannya ringkas walaupun ketinggiannya hanya 400 meter, mengambil masa lebih 30 minit bergantung kepada trafik.

Terdapat beberapa perhentian rehat untuk pengunjung sebelum sampai ke puncak. Setiap perhentian ini, pengunjung akan dapat menikmati warna-warna lampu yang berkilauan di pekan Kanjang, Broga hingga ke Semenyih. Suasana pagi tersebut agak kelam, kami tidak dapat menikmati keindahan fajar menyinsing, tetapi keseluruhan waktu selepas itu amat memuaskan keranan keindah di puncak Broga adal di akui.

Keletihan berbaloi ketika menaiki atau menuruni Bukit Broga, melihat wajah-wajah yang gembira di atas sana. Walapun penat dan letih, ini adalah 'coming back' untuk panda dalam menikmati detik-detik kehidupan yang sementara ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com