Pada awalnya Panda ingin menulis entry ini lebih awal, iaitu sebelum 2011, tetapi dimana silapnya ia berlanjutan sehingga ka hari pertama tahun 2011 iaitu pada 1.1.11, menarik bukan. Banyak perkara menarik berlaku pada panda di hari akhir 2010 dan di awal tahun 2011. 31.12.2010, PM mengumumkan cuti peristiwa semperna kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menentang Indonesia di kejohan piala AFF Suzuki. Pada masa yang sama panda mengalami demam yang serius (rutin demam) sehingga hari ini Panda kena diarrhoea sepanjang hari tahun baru. Tinggallah kesorangan dirumah tumpangan ini. Atleast panda dapat menyiapkan entry kali ini.
Pada 11.12.2010 yang lalu, Panda mendapat undangan majlis sambut menantu dari rakan sekerja di Kuala Linggi, Melaka. Perjalanan memakan masa hampir 3 jam melalui Kuala Lumpur-Shah Alam-Seremban-Port Dickson-Kuala linggi Melaka. Perkampungan nelayan ini berada di sempandan antara Melaka dan Negeri Sembilan. Rasa bergitu lama panda meninggalkan perkampungan nelayan. Rindu akan bau lumpur laut dan bakau.
Rupanya di kuala Linggi ini ada sebuah kota tinggalan Belanda yang di namakan Fort Supai. Kedudukannya di atas bukit di Kuala Linggi. Tidak dapat dipastikan siapa yang membinanya kerana penerangan di papan tanda agak mengelirukan. Cuma nama asalanya si namakan Kota Filiphina di atas bukit Supai.
Perang yang berlangsung antara Belanda dan Bugis sepanjang 1756-1757 dan sebagai tanda pendamaian, Belanda dan Bugis membina kota ini dan pada 1 Januari 1758, satu perjanjian bersama yang membolekan Belanda mengambil Kota ini untuk mengawal perdagangan bijih dari Sungai Linggi dan sungai Rembau. Kota ini di tinggalkan bila pengeluaran bijih berkurangan.

Pantai di Kuala Linggi juga cantik, tetapi tercemar dengan bangunan-bangunan terbengkalai di gigi pantai. Melaka memang terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah dan juga bangunan yang terbengkalai. Sesuai dengan statusnya negeri maju.
apa-apa pun Panda ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 buat semua pembaca, moga tahun mendatang lebih baik dari tahun yang lepas. Harapan Panda juga beberapa misi panda kan berjalan lancar. Setakat ini tiket yang telah di beli untuk tahun depan adalah Makassar pada Mei, Dhaka & Kolkata pada Julai dan Perth pada Oktober 2011. Jom, sesiapa yang berminat bolehlah sertai Panda, tetapi tiketnya mungkin tidak lagi murah seperti sewaktu Panda membelinya 6 bulan lepas.... Anyway enjoy your day:-)

sy tertarik dengan kajian kamu ini,sy student uitm perak..kos perancang bandar dan wilayah..sy sebenarnya nk cari tajuk thesis...sy berminat dengan bangunan bersejarah terutama conservation ni..tp puas sy cr kt area2 melaka bangunan sejarah yg terbengkalai or mybe trlepas pndg n prlu di conserve kn...dr ape yg sy bace tntg ape yg awk tulis ni...sy nk pastikan bnyk ke bgunan sejarah di kuala linggi yng terbengkalai tu?boley tlong uploadkn pic2 building yg trbngkalai tu x?mne tau klu ade simpn...coz i need to proove that statement...klu x mnyusahkn u...tlnglaa ye...if x pn..thnks k da bg i pgetahuan ni.
ReplyDelete