Setelah meninggalkan Perak selama lebih 3 bulan, sekali lagi Panda kembali atas jemputan bidan terjun bagi mengisi kekosongan program MTB ini. Lokasinya adalah di Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP) Changkat Berangan Lengong. Lokasinya adalah di belakang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lengong, Perak.
Kedamaian jelas teras, dengan kesunyian tempat ini. Bersebelahan dengan Sungai Perak yang mengalir deras (akibat musim hujan) dan dusun durian, kebun getah serta hutan yang masih terpelihara menjadikan lokasi ini sesuai untuk aktiviti luar.
Tempat ini menawarkan kepelbagaian aktiviti luar seperti kayak, flying fox, berbasikal lasak, larian merempuh halangan dan juga pint ball. Tempat tinggal adalah khemah yang boleh memuatkan 10 orang setiap khemah pada satu-satu masa. terdapat 5 khemah lelaki dan 5 khemah perempuan (bilangan ini mungkin berubah-rubah mengikut keperluan). Lain-alin kemudahan adalah seperti surau, dewan makan, dewan syarahan, dan padang kawad.
Sepanjang tempoh 4 hari 3 malam kami di sini, kami didedahkan dengan pelbagai aktiviti bagi mengukuhkan lagi semagak berpasukkan dan kepimpinan.
2 disember 2010, selepas check-in pada jam 3.30pm, kami di berikan taklimat dan aktiviti ice-breaking samai malamnya Hari kedua sebelum solat jumaat kami menyertai aktivti berbasikal meredah ladang kelapa sawit dan getah. Lebih 10 tahun Panda tidak berbasikal, apatah lagi berbaskat di kawasan bukit, memang ala-ala mencabar. Selepas solat jumaat, kami menyertai program flying fox, larian berhalangan dan akhirnya berkayak memudiki Sungai Perak. Penatnya memang terasa apabila melawan arus yang kuat.
Hari ke 3, aktiviti lebih kepada team building seperti spider web, acid river, 'are you ready; dan hari terakhir adalah aktiviti 'rise our flag'. Aktiviti sebegini memberikan nafas baru buat Panda yang telah mencapai pertengahan usia. Tidak Panda sangka masih boleh mengadakan aktiviti lasak bersama-sama artis veteran lain. Selepas ini Panda & geng pun merancang untuk bergiat aktif dalam aktiviti meredah hutan, gunung serta lautan. Sesiapa berminat bolehlah sertai sama. Apa yang penting kerjasama dan tubuh yang sihat!
No comments:
Post a Comment