Thursday, December 23, 2010

Gua Batu Maloi

Semperna cuti awal muharram yang jatuh pada 07 Disember 2010 (Selasa), Panda telah dipelawa secara adhoc oleh team kinabalu unruk meneroka gua batu di Rembau. Ini sebagai latihan akhir mereka sebelum mengdaki gunung Kinabalu pada 14 Disember 2010.

Lokasi Gua Batu Maloi ini terletak diantra sempadan Rembau dan Tampin. Kami telah berkumpul di pekan Kuala Pilah seawal 8.00 pagi untuk bersarapan. Dari sana kami menggunakan jalan Kuala Pilah - Tampin, Sampai di kampung Baru Air Mawang kami menuju ke Hutan simpanan kekal Batu Maloi.

Acara kali ini agak tergesa-gesa dan rata-rata di kalangan kami tidak membawa bekalan sepatutnya untuk meneroka sungai di dalam gua, walaupun panda dan rose telah mempunyai pengalaman meneroka gua Gendang di Perak.

Kami telah membeli kelengkapan seperti lampu picit, kasut adidas kampung (harga RM8 sahaja), baju dan seluar persalinan di pekan kampung baru air mawang ini. Lokasi gua adalah 10 mini dari pekan ini. Caj yang dikenakan adalah RM200 bagi setiap kumpulan. Tidak kira bilanganya, memandangkan kami ada 7 orang, dan terdapat satu kumpulan dari pertaling jaya, kami dikenakan caj RM20 seorang. Kami ditemani oleh 3 orang pemandu gua.

Gua Batu Maloi sangat unik, kerana guanya bukanlah gua biasa. Ia terhasil dari runtuhan batu batan yang jatuh kedalam sungai. Sepanjang perjalanan kami mendaki, menyusur, merangkak dan menyelam di dalam air. Pengalaman yang sangat menyeronokan dan mencabar. Kami menemui katak gua yang besar di sini dan juga satu lokasi kelawar yang sangat meriah.

Kami hanya melalui 12 checkpoint sahaja kali ini, jumlah keseluruhan check point adalah 24. Selepas keluar dari gua tersebut, kami meneruskan perjalanan untuk melihat Batu Maloi yang memunya mitosnya yang tersendiri. Kami sempat mendaki Batu Maloi tersebut. Sebuah batu besar yang terdapat pokok-pokok di atasnya. Kami bercadang untuk datang algi ke sini pada tahun 2011 dan menghabiskan 24 check point yang ada dengan persediaan yang lebih lengkap.

7 comments:

  1. Assalamualaikum..boleh saya tanya tak dimana saya boleh dapatkan perkhidmatan tour guide seperti yang saudara gunakan?

    Boleh email kan tak kepada saya di zulh_zai@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  2. Akan di semak, tour guide ada kat pintu masuk taman tu, boleh call klu xder. Org jaga, nanti sy update jika dapat maklumat tambahan..

    ReplyDelete
  3. wah..best ae g sana..saya nk g sana esok..11 org semuanya....:)

    ReplyDelete
  4. salam...tlg email kat sy jgk utk perkhdmatan tour guide...
    dhiya18_leogurl@yahoo.com
    tq :)

    ReplyDelete
  5. salam...tlg email kat sy jgk utk perkhdmatan tour guide...
    dhiya18_leogurl@yahoo.com
    tq :)

    ReplyDelete
  6. Tour guide boleh di dapati di rumah sebelum pintu gerbang. di situ terdapat no telefon untuk di hubungi. biasa hari minggu memang ada budak-budak tempatan yang melepak di sini, mereka akan membantu dengan bayaran tertentu. Harganya mungkin berubah semenjak 2 tahun yang lepas. Sekiranya sesiapa ada pengalaman terkini boleh kongsi. terima kasih...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com