Wednesday, December 1, 2010

Melompat di Gunung Angsi

Suntikan semangat selepas ekspedisi Bukit Broga pada minggu sebelumnya, kami sekali lagi meneruskan aktiviti menawan puncak Gunung Angsi pada 21.11.2010 (Ahad) yang lalu. Kali ini, xpdc disertai lebih ramai ahli. Lapan perserta dari tempat yang berbeza telah berkumpul di hutan Simpan Ulu Bendol, Kuala Pilah sejak jam 8 pagi.
Sebelum memasuki kawasan hutan simpan Gunung Angsi, pendaki perlu mendaftar diri ke pejabat ranjer yang terdapat di tempat letak kereta di dalam kawasan hutan rekriasi tersebut. Bayaran yang dikenakan adalah RM5 seorang. Bagi pengunjung jeram, tiada bayaran yang dikenakan.
Pendakian bermula jam 9.20 pagi dari huan rekriasi ulu bendul melalui denai yang telah tersedia. Di hutan rekriasi ini terdapat jeram yang cantik. kami melalui jeram tersebut sehingga ke kaki gunung. Kaki Gunung Angsi terletak di sebuah Jeram yang di panggil Jeram Kak Long. Menurut cerita nama asalnya Jeram Kak Lang, tetapi untuk mengurangkan kemisterian namanya ianya ditukar ke nama sekarang.

Suasana hari tersebut agak kelam, kerana pada hari sebelumnya hujan turun dengan lebatnya menyebabkan denai agak licin. Panda sendiri beberapa kali terpelecok. Sepanjang perjalanan kami menemui keunikan flora dan founa yang menarik. Si penghisap darah (Pacat) pun banyak kelihatan di sini. Panda pun menjadi mangsa.

Setelah 2 jam 40 minit berjalan dan mendaki. Kami tiba di puncak Gunung Angsi, cuaca agak panas. Hanya ada 1 kumpulan pendaki sahaja yang berada di sini ketika kami tiba. Kami berehat seketika sambil menikmati bekalan yang dibawa.

Setelah berada setengah jam di puncak, kami kembali mengatur langkah untuk menuruni gunung. Bimbang kerana ribut petir sering berlaku di awal petang. Tidak mahu terperangkap di dalam hutan, disamping perut yang amat lapar dan keletihan.

Pengalaman di Gunung Angsi sangat meletihkan, walaupun dimaklumkan bahawa denainya tdak mencabar, tetapi tempoh yang anjang untuk mendaki dan berjalan menyebabkan kami sangat penat. Jeram sepanjang perjalanan amat cantik tetapi dicemari dengan sampah-sarap yang di tinggalkan oleh pengunjung. Tidak salah dicadangkan agar dikenakan bayaran bagi pengungjung jeram agar ada satu sistem pembersihan yang lebih baik dapat dijalankan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com