credit to Muhammad Idil Idris... show me new approach to take this pics...
30 June 2013, kami meninggalkan Tebes camp, Rome untuk menuju ke Pisa. hari ini adalah perjalanan paling singkat di antara perjalanan yang telah di lalui sebelum ini. keluar dari Rome kami singgah ke Centro Commerciale Arca, sebuah hypermarket yang berada di luar Rome.
Torre Pendete Camp, Pisa
Kami diberi peluang untuk membeli kudapan dan makan tengahari. Hari ini makan tengahari tidak di sediakan oleh kelanaconvoy. Maka berbondong-bondong kami membeli pelbagai barangan makanan yang harganya sangat berpatutan walaupun dalam €. Kami berada di sini selama 45 minit.
Kami tiba di Torre Pendete Camp, Pisa pada jam 1530 petang. Tapak perkhemahan ini hanya 700 meter dari menara condong Pisa. Kami hanya perlu berjalan kaki ke sana. Selepas solat jamak qasar zohor/asar. Kami merendah kepanasan Pisa yang bersuhu 35C semata-mata untuk melihat tarikan utama di kota ini iaitu Piazza del Duomo.
Piazza del Duomo ("Cathedral Square") berada di dalam kubu di utara pusat bandar Pisa, Tuscany, Itali. Ia diiktiraf sebagai salah satu pusat utama untuk seni zaman pertengahan di dunia. Sebahagiannya berturap dan sebahagiannya rumput, ia dikuasai oleh empat Edifices agama besar: Duomo (gereja), Campanile (menara loceng gereja), Baptistry dan Camposanto.
Ia juga dikenali sebagai Piazza dei Miracoli ("Square Keajaiban"). Nama ini telah dicipta oleh penulis dan penyair Itali Gabriele d'Annunzio yang, dalam novelnya Forse Che si Forse Che No (1910) diterangkan persegi dengan cara ini:
Ia juga dikenali sebagai Piazza dei Miracoli ("Square Keajaiban"). Nama ini telah dicipta oleh penulis dan penyair Itali Gabriele d'Annunzio yang, dalam novelnya Forse Che si Forse Che No (1910) diterangkan persegi dengan cara ini:
Pada tahun 1987 seluruh dataran telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia dikatakan dataran (padang) rumput paling hijau dan cantik di dunia. Panda amat mengakuinya, walaupun di injak berkali-kali keadaannya masih baik berbanding padang bola di stadium terbesar Malaysia miliki.
Cenderahati juga agak berpatutan sama seperti bandar-bandar lain. Freeze magnet bermula dengan harga €1, tetapi tiada orang ingin membelinya kerana sangat tidak cantik. Panda pun tidak membelinya.
Malamnya,
kami di hidangkan dengan kurma kambing dari Rome sebelum tidur dengan
nyenyaknya.
No comments:
Post a Comment