Wednesday, August 28, 2013

Conquest of Europe - Shopping lagi di La Vallee Village



4 julai 2013 (khamis) - kami meninggalkan bumi Lauterburn di dalam ke kabusan pagi. Hujan yang berterusan selama beberapa hari menjadikan Swiss Alps semakin sejuk. Puncak-puncak gunung berdekatan juga telah di selaputi salji kembali.

Seperti biasa, kami meninggalkan bumi Swiss tepat jam 0900 menuju ke Paris. Perjalanan kali ini adalah perjalanan paling panjang. Dari Lauterbreneun, mengambil masa lebih 10 jam untuk ke Paris. Dua kali berhenti untuk makan tengahari dan juga rehat setelah 4 jam kedua untuk pemandu bas dan solat jamak zohor/asar buat kami.


Kami tiba di Camping Paris International sekitar jam 2000, waktu solat maghrib pada jam 2156 dan Isyak pada jam 0005. Tapak perkhemahan ini berada di zon 3 Paris dan berhampiran dengan stesen Metro Joinville le-Pont laluan A2 ke Boissy Saint-Leger. Dari stesen metro ini boleh menaiki bas 101 untuk ke tapak perkhemahan.
 

5 Julai 2013 (jumaat) - selepas bersarapan, kami menuju ke Marne-la-valle-Chessy di zon 5 Paris. Di sini terletaknya Disneyland Paris. Sebahagian dari kami memasuki Desneyland yang tiketnya berharga 51 seorang bagi tiket berkumpulan. Remaja berusia di bawah 26 tahun lebih murah. Jika mengunjungi secara indivitu harga tiket mencecah 72 seorang.




Panda dan beberapa orang yang lain mengunjungi jiran Disneyland iaitu Val d Europe, kawasan membeli belah seperti Designer Outlet bellarian di Itali, tetapi di Val d Europe lebih besar dan memperagakan lebih banyak jenama terutamanya dari Perancis. Seharian tidak cukup untuk berada di sini. Di nasihatkan membuat senarai apa yang ingin di beli supaya tidak terpengaruh atau membeli mengikut nafsu. Harga produk di sini lebih rendah 30-70% dari butik. Lagi menyeronokan, Julai adalah bulan Sales untuk Euro.



Kami berada di sini sehingga jam 1500 hampir 5 jam, hingga tidak terada begitu pantas masa berlalu. Dari sini kami menaiki metro ke Chatelet Les Halles dan menukar metro ke St Michel Norte Dame. Kami mengambil daily pass atau dalam bahasa perancis 'mobillies', dengan kadar 15.60 dari zon 5 ke zon 1. Pass harian ini membolehkan pengguna mengunakan semua kemudahan Metro dan city bus dengan 1 tiket dan 1 kadar.


Kami ke   St Michel Norte Dame untuk melihat bangunan gereja Norte Dame yang terkenal dengan kisah cinta Guasimodo dan Ismereda si gipsi di gereja ini. kisah cinta yang tidak berkesampaian ini telah di bukukan, filem dan juga di animasikan. Selain itu, kawasan ini banyak terdapat restoren makanan halal seperti kebab dan nasi briani.


Setelah mengambil beberapa keping gambar di sisi Norte Dame, sekali lagi kami berpecah dan panda dan shoppers menuju ke Galaries Le Fayett, pusat membeli belah yang dikatakan setaraf dengan Harrode di London. Kami menaiki metro dari  St Michel Norte Dame ke Auber. Bangunannya biasa sahaja di luar, tiada beza dengan Latin Quarter yang banyak terdapat di Paris, tetapi bila memasuki bangunan ini. Seperti berada di pasar borong barangan jenama-jenama hebat seperti LV, MK, longchamp dan Armani (sekadar beberapa nama yang sempat di ingati). Butik yang menjadi tumpuan adalah LV dan longcham. Hampir 2 jam panda berdiri untuk membeli hand bag yang paling murah di situ. Layanannya amat bagus.


Setelah penat beratur di LV, kami menuju ke Hard Rock Cafe Paris. Perjalanan mengambil 15 minit berjalan kaki. Untuk makluman, kebanyakan kedai dan shopping mall di Paris ditutup pada jam 1900 atau 7 petang bagi hari biasa, Sabtu operasi dari jam 0800 atau 0900 hingga 1500 dan tutup pada Ahad. Jika ingin membeli belah di Paris, elakan hari Sabtu dan Ahad. Malamnya, kami di jamu dengan bbq kambing dan kepak ayam bersama nasi briani.

2 comments:

  1. huwaaa... teringat memori driving kat europe 2 tahun lalu - 9 days = 3000km...

    miss semuanya.... tqs for sharing awesome photos...!!

    ReplyDelete
  2. banyak info dpt di sini...
    insyaAllah akan ke sana lepas raya..
    www.noormelah.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com