Thursday, December 23, 2010

Gua Batu Maloi

Semperna cuti awal muharram yang jatuh pada 07 Disember 2010 (Selasa), Panda telah dipelawa secara adhoc oleh team kinabalu unruk meneroka gua batu di Rembau. Ini sebagai latihan akhir mereka sebelum mengdaki gunung Kinabalu pada 14 Disember 2010.

Lokasi Gua Batu Maloi ini terletak diantra sempadan Rembau dan Tampin. Kami telah berkumpul di pekan Kuala Pilah seawal 8.00 pagi untuk bersarapan. Dari sana kami menggunakan jalan Kuala Pilah - Tampin, Sampai di kampung Baru Air Mawang kami menuju ke Hutan simpanan kekal Batu Maloi.

Acara kali ini agak tergesa-gesa dan rata-rata di kalangan kami tidak membawa bekalan sepatutnya untuk meneroka sungai di dalam gua, walaupun panda dan rose telah mempunyai pengalaman meneroka gua Gendang di Perak.

Kami telah membeli kelengkapan seperti lampu picit, kasut adidas kampung (harga RM8 sahaja), baju dan seluar persalinan di pekan kampung baru air mawang ini. Lokasi gua adalah 10 mini dari pekan ini. Caj yang dikenakan adalah RM200 bagi setiap kumpulan. Tidak kira bilanganya, memandangkan kami ada 7 orang, dan terdapat satu kumpulan dari pertaling jaya, kami dikenakan caj RM20 seorang. Kami ditemani oleh 3 orang pemandu gua.

Gua Batu Maloi sangat unik, kerana guanya bukanlah gua biasa. Ia terhasil dari runtuhan batu batan yang jatuh kedalam sungai. Sepanjang perjalanan kami mendaki, menyusur, merangkak dan menyelam di dalam air. Pengalaman yang sangat menyeronokan dan mencabar. Kami menemui katak gua yang besar di sini dan juga satu lokasi kelawar yang sangat meriah.

Kami hanya melalui 12 checkpoint sahaja kali ini, jumlah keseluruhan check point adalah 24. Selepas keluar dari gua tersebut, kami meneruskan perjalanan untuk melihat Batu Maloi yang memunya mitosnya yang tersendiri. Kami sempat mendaki Batu Maloi tersebut. Sebuah batu besar yang terdapat pokok-pokok di atasnya. Kami bercadang untuk datang algi ke sini pada tahun 2011 dan menghabiskan 24 check point yang ada dengan persediaan yang lebih lengkap.

Monday, December 13, 2010

Management Team Building (MTB) di PUSKEP MARA Lengong

Setelah meninggalkan Perak selama lebih 3 bulan, sekali lagi Panda kembali atas jemputan bidan terjun bagi mengisi kekosongan program MTB ini. Lokasinya adalah di Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP) Changkat Berangan Lengong. Lokasinya adalah di belakang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lengong, Perak.


Kedamaian jelas teras, dengan kesunyian tempat ini. Bersebelahan dengan Sungai Perak yang mengalir deras (akibat musim hujan) dan dusun durian, kebun getah serta hutan yang masih terpelihara menjadikan lokasi ini sesuai untuk aktiviti luar.

Tempat ini menawarkan kepelbagaian aktiviti luar seperti kayak, flying fox, berbasikal lasak, larian merempuh halangan dan juga pint ball. Tempat tinggal adalah khemah yang boleh memuatkan 10 orang setiap khemah pada satu-satu masa. terdapat 5 khemah lelaki dan 5 khemah perempuan (bilangan ini mungkin berubah-rubah mengikut keperluan). Lain-alin kemudahan adalah seperti surau, dewan makan, dewan syarahan, dan padang kawad.

Sepanjang tempoh 4 hari 3 malam kami di sini, kami didedahkan dengan pelbagai aktiviti bagi mengukuhkan lagi semagak berpasukkan dan kepimpinan.
2 disember 2010, selepas check-in pada jam 3.30pm, kami di berikan taklimat dan aktiviti ice-breaking samai malamnya Hari kedua sebelum solat jumaat kami menyertai aktivti berbasikal meredah ladang kelapa sawit dan getah. Lebih 10 tahun Panda tidak berbasikal, apatah lagi berbaskat di kawasan bukit, memang ala-ala mencabar. Selepas solat jumaat, kami menyertai program flying fox, larian berhalangan dan akhirnya berkayak memudiki Sungai Perak. Penatnya memang terasa apabila melawan arus yang kuat.

Hari ke 3, aktiviti lebih kepada team building seperti spider web, acid river, 'are you ready; dan hari terakhir adalah aktiviti 'rise our flag'. Aktiviti sebegini memberikan nafas baru buat Panda yang telah mencapai pertengahan usia. Tidak Panda sangka masih boleh mengadakan aktiviti lasak bersama-sama artis veteran lain. Selepas ini Panda & geng pun merancang untuk bergiat aktif dalam aktiviti meredah hutan, gunung serta lautan. Sesiapa berminat bolehlah sertai sama. Apa yang penting kerjasama dan tubuh yang sihat!

Wednesday, December 1, 2010

Melompat di Gunung Angsi

Suntikan semangat selepas ekspedisi Bukit Broga pada minggu sebelumnya, kami sekali lagi meneruskan aktiviti menawan puncak Gunung Angsi pada 21.11.2010 (Ahad) yang lalu. Kali ini, xpdc disertai lebih ramai ahli. Lapan perserta dari tempat yang berbeza telah berkumpul di hutan Simpan Ulu Bendol, Kuala Pilah sejak jam 8 pagi.
Sebelum memasuki kawasan hutan simpan Gunung Angsi, pendaki perlu mendaftar diri ke pejabat ranjer yang terdapat di tempat letak kereta di dalam kawasan hutan rekriasi tersebut. Bayaran yang dikenakan adalah RM5 seorang. Bagi pengunjung jeram, tiada bayaran yang dikenakan.
Pendakian bermula jam 9.20 pagi dari huan rekriasi ulu bendul melalui denai yang telah tersedia. Di hutan rekriasi ini terdapat jeram yang cantik. kami melalui jeram tersebut sehingga ke kaki gunung. Kaki Gunung Angsi terletak di sebuah Jeram yang di panggil Jeram Kak Long. Menurut cerita nama asalnya Jeram Kak Lang, tetapi untuk mengurangkan kemisterian namanya ianya ditukar ke nama sekarang.

Suasana hari tersebut agak kelam, kerana pada hari sebelumnya hujan turun dengan lebatnya menyebabkan denai agak licin. Panda sendiri beberapa kali terpelecok. Sepanjang perjalanan kami menemui keunikan flora dan founa yang menarik. Si penghisap darah (Pacat) pun banyak kelihatan di sini. Panda pun menjadi mangsa.

Setelah 2 jam 40 minit berjalan dan mendaki. Kami tiba di puncak Gunung Angsi, cuaca agak panas. Hanya ada 1 kumpulan pendaki sahaja yang berada di sini ketika kami tiba. Kami berehat seketika sambil menikmati bekalan yang dibawa.

Setelah berada setengah jam di puncak, kami kembali mengatur langkah untuk menuruni gunung. Bimbang kerana ribut petir sering berlaku di awal petang. Tidak mahu terperangkap di dalam hutan, disamping perut yang amat lapar dan keletihan.

Pengalaman di Gunung Angsi sangat meletihkan, walaupun dimaklumkan bahawa denainya tdak mencabar, tetapi tempoh yang anjang untuk mendaki dan berjalan menyebabkan kami sangat penat. Jeram sepanjang perjalanan amat cantik tetapi dicemari dengan sampah-sarap yang di tinggalkan oleh pengunjung. Tidak salah dicadangkan agar dikenakan bayaran bagi pengungjung jeram agar ada satu sistem pembersihan yang lebih baik dapat dijalankan.

Monday, November 22, 2010

Subuh di Bukit Broga

14 November 2010 (Ahad)- Setelah dirancang sekian lama, akhirnya tercapai jua hasrat untuk panda mendaki puncak Broga. Perjalanan dimulakan jam sekitar 4.00 pagi dari Bandar Tasik Permaisuri menuju Bandar Baru Bangi. Tiba lebih kurang setengah jam selepas itu. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur lebih mudah menggunakan lebuhraya Metramax (KL-Kajang) dan dari bandar Kajang boleh terus ke Broga.

Ahli pendakian kali ini terdiri daripada sahabat-sahabat yang akan mendaki Gunung Kinabalu pada pertengahan Disember ini. Ini adalah latihan asas buat mereka. Bagi Panda adalah masa untuk mengilap kembali minat panda kepada sukan lasak (ala-ala). Telah lama Panda tinggalkan aktiviti seperti ini.

Dari Bangi kami berkumpul dan menuju ke Pekan Kajang seterusnya ke Broga, perjalanan sekitar 30 minit. Lokasi Bukit Broga adalah di dalam kawasan ladang kelapa sawit. Pada jam 5.30 pagi kawasan ini telah dipenuhi dengan manusia dan sangat meriah.

Sekiranya lebuhraya di Kuala Lumpur sering sesak selepas kita membayar tol, begitu juga dengan bukit Broga. Bayaran letak kerata adalah RM2 setiap kali keluar. Pendakiannya ringkas walaupun ketinggiannya hanya 400 meter, mengambil masa lebih 30 minit bergantung kepada trafik.

Terdapat beberapa perhentian rehat untuk pengunjung sebelum sampai ke puncak. Setiap perhentian ini, pengunjung akan dapat menikmati warna-warna lampu yang berkilauan di pekan Kanjang, Broga hingga ke Semenyih. Suasana pagi tersebut agak kelam, kami tidak dapat menikmati keindahan fajar menyinsing, tetapi keseluruhan waktu selepas itu amat memuaskan keranan keindah di puncak Broga adal di akui.

Keletihan berbaloi ketika menaiki atau menuruni Bukit Broga, melihat wajah-wajah yang gembira di atas sana. Walapun penat dan letih, ini adalah 'coming back' untuk panda dalam menikmati detik-detik kehidupan yang sementara ini.

Monday, November 1, 2010

yangon - siri akhir..

Hari ke tiga, 25 Oktober 2010- malam sebelumnya Panda sempat diner bersama rakan kepada kenalan di Facebook. Beliau adalah 'correspondent' bagi TV Thailand dan wartawan untuk satu-satunya akbar berbahasa English di Myamar (tidak dapat disebutkan disini). Beliau membawa Panda ke restoren yang tertinggi di kota Yanggon ini, iaitu Sky Bar / Sky Restoren, tingkat 20 di Hitachi building bertentangan dengan Hotel Traders. Malangnya Panda tidak membawa kamera pada malam itu (skill untuk night photo belum belajar lagi).

Dari Sky Bar ini, pengunjung akan dapat menikmati hampir keseluruhan kota Yanggon terutamanya tample Swedagon yang disembahi cahaya keemasan dan Royal Boat. Makanannya bersesuaian dengan restoren bertaraf berbintang-bintang. Jus sekitar 3000 kyat dan lain-lain makanannya haram di makan. Boleh juga dapatkan makanan tidak haram di mata tetapi dianggap subhah. Ramai espetriate di sini. Bangunan ini juga menempatkan pejabat Petronas.
Tumpuan hari ke tiga adalah sekitar Yanggon, Paginya kami ingin menikati suasana sekitar Bago River, tetapi setelah lebih 1 jam berjalan, hasrat kami terkucewa kerana sepanjang sungai di kota ini telah di pagari dengan tembok setinggi 12 kaki. Ini kerana laluan keretapi Myamar melalui sepanjang tebing sungai dan disitu juga terdapatnya pelabuhan sungai.

Kami juga sempat mengunjungi pasar basah dan borong penduduk tempatan, suasana yang gelab tetapi meriah, tidak jauh dengan menara jam. Tetapi panda tidak tau apa nama sebenar pasar ini. Sekranya tuan puan ingn memberi kain elikat denan banyak bolehlah kesini.

Selepas makan tengahari, kami sekali lagi keluar untuk ke timur Yanggon,dan menuju jalan Pansodan, kawasan ini banyak bangunan-bangunan lama peninggalan enjajah British. Cantik, tetapi terbiar. Kami juga menemui beberapa Masjid yang sangat gah dan cantik. Sempat minum petang di restoren bersebelahan Markas Tabligh Myamar.

Perjalanan di teruskan hingga ke Mahabandoola Garden. Di sini terdapatnya Independent Monumen yang dibina untuk kemerdekaan Myamar, Kawasan ini di kelilingi oleh bangunan-bangunan lama peninggalan British, Dewan Bandaraya, Gereja, Tample dan Masjid. Sangat unit. Menggambaran tolenrasi agama di sana.

Malamnya, kami pergi ke Hotel Central, tingkat 6 untuk mencuba urutan reflexilogi, harganya cuma 5000Kyat sahaja, sekiranya berminat dengan pedicure dan meniure hanya 1000kyat. Terpistnya perempuan dan lelaki. Kami sempat berjumpa dengan sekumpulan orang-orang pencen dari Shah Alam di sini.

Hari terakhir, 26 Oktober 2010,Penerbangan pulang Panda pada jam 5.45pm waktu tempatan, Hotel telah membenarkan kami late checkout tanpa sebarang caj tambahan. Kami mengambil peluang pada paginya untuk ke Yuzana Plaza, kos taxinya sekitar 2000 Kyat. Keadaan plaza sepert pertama kompleks, barangan ahak moden seperti t-shirt dari Thailand dan produk fabrik. Sekiranya tuan-puan berminat untuk membeli kain, di sini lebih murah dari Bogyoke Market.

Setelah membeli sekodi kain pelekat dan beberapa helai kain pasang, kami kembai ke Bogyoke market untuk mendapatkan cenderamata buat teman-teman, dan tentulah batu jed yang sangat popular di sini. Myamar memang terkenal dengan batu permatanya. Harganya? Kata orang-orang pencen, murah dan original. Panda tidak mahir akan prkara ini. Keseluruhanya, Panda berpuas hati dengan kunjungan ke Yanggon, Orang-orang Yanggon sangat ramah dan manis dengan senyuman, walaupun muka panda tidak jauh bezanya dengan orang tempatan. Mereka sedia membantu. Keharmonian beragama amat terasa, tanpa perlu 1Myamar, kita akan lihat kuil, gereja dan masjid bersebelahan. Di Kota Yanggon, Masjidnyanya sangat banyak, mengalahkan Kota Bahru Bandaraya Islam. Muslim tidak ada masalah untuk mendapatkan makanan halal disini. diseluruh Myamar, Muslimnya merangkumi 25%. Cuma kakitangan kerajaannya agak 'kurang asam' dan belagak. Kami sempat di pow oleh kastam sebanyak USD20 kerana dikatakan membawa batu jem melebihi had, walhal cuma keychain.

Peringatan, Minta resit bila membeli batu permata, logam dan lukisan. Lukisan disini cantik macam di Bali dan murah. Sediakan dalam USD50 dalam note kecil, mana tau kena pow, dan tawar menawar dengan pihak berkuasa tempatan tersebut, jangan tunjukan tuan puan banyak duit. Jika berhajat ingin membeli barang kemas, bawalah barang kemas palsu dari Malaysia, kerana kadang kala perlu perinstiharan, jadi beli yang original dari sana, buang yang paslu tersebut dan pakailah dibadan tuan puan. Airport tax adalah USD10. Pastikn USD tuan puan bersih, tidak berlipat dan cantik. Calar sedikitpun tidak akan dterima di sini.

Thursday, October 28, 2010

Kan Daw Gyi Lake & Bogyoke Market, Yangon

Meninggalkan Shwedagon, kami meneruskan perjalanan ke Kan Daw Gyi lake, bersebelahan dengan Shwedagon, walaupun terpaksa menapak hampir 1 kilometer. Tasik ini terletak besebelahan zoological garden.
Ikon yang paling menyerlah di sini adalah replika bot diRaja Burma, tetapi telah dijadikan pusat teater dan restoren mewah. Caj berbeza dikenakan di sini.

Caj masuk ke Kandawgyi lake adalah 2000 kyat/head, dan anda akan menikmati pemandangan tasik hijau. Disini terdapat taman botani seperti orkid, herbaponik, organik dan taman ikan air tawar. Kami sempat menkmati Jus buah segar dan lazat di tepi tasik ini. Harganya sekitar 1000 Kyat.

Terdapat beberapa jambatan yang merentasi tasik ini, suka di ingatkan, datanglah waktu pagi bagi mengelakan kepanasan yang melampau. Jambatan-jambatan ini tidak berbumbung.

Untuk memasuki kawasan taman Royal Boat, caj yang dkenakan adalah 300kyat/head dan 500kyat untuk kamera yang dibawa. Tetapi kita tidak boleh memasuki Royal boat ini sekiranya tiada tiket atau program. Kebiasaannya persembahan tarian tradisional akan dipersembahkan disini.
Setelah kepenatan amat sangat, kami pulang ke hotel dengan kos 2500 kyat, selepas solat kami meneruskan perjalanan ke tempat tumpuan ramai iaitu Bogyote Market. Pasar ini amat terkenal dengan fabrik, batu permata myamar dan hasil kraftangannya. Pasar ini dibuka jam 9.00 pagi sehingga 5 petang dan ditutp pada hari Isnin.

Malamnya, panda sempat singgah di Masjid syiah di kota Yangon, ruanya di sini terdapat 3 kelompok muslim iaitu syiah, sunnah dan (lupa la)....
Bersambung....

Wednesday, October 27, 2010

Swedagon, Yangon Myamar

23 Oktober 2010 (Sabtu), jam 3.45pm, penerbangan AK850 dari Terminal Penerbangan Tambang Murah Kuala Lumpur (LCCT) meluncur laju ke Yangon, Myamar. Penerbangan mengambil masa 2 jam 30 minit atau kurang. Kami tiba pada jam 5 petang di Lapangan tebang antarabangsa Yangon. Masa Yangon berbanding Malaysia adalah 1 jam 15 minit lebih lewat.

Pada petang itu kami ke downtown untuk mendapatkan makanan, waktu Maghrib sekitar jam 5.40 petang, sempat panda di bantu oleh kanak-kanak tempatan yang petah bertutur bahasa Englishnya berbanding Panda (termalu sendiri).

Di situ kami makan nasi putih yang sedap bersama kari kambing dan halwa limau. Lama sudah tidak merasa keenakan halwa limau. Kosnya hanya 2400kyat (USD1 = 870kyat = RM3.10) untuk 2 orang makan, air kosong sahaja disediakan di kedai ini, dan ianya percuma.

Kami telah menempah penginapan di Thamada Hotel, Pagoda Road, bersebelahan dengan hotel Parkroyal Yangon, tidak jauh dari downtown Yangon, cuma 5 minit sahaja dari hotel kami. Bilik duluxe berharga USD22 pada masa Panda menempahnya sekitra bulan Sepetember 2010 yang lalu.
24 Okt 2010 (Ahad), selepas bersarapan ala-ala jepun, kami memulakan perjalanan menggunakan kaki ke Swedagun ataupun Golden Temple yang menjadi mercu tanda bagi negara Myamar ini. Kuil ini disaluti emas. sangat besar sehingga boleh dilihat dari segenap sudut bandaraya Yangon ini.

Perjalanan berdua sambil menikmati suasana Yangon mengambil masa lebh satu jam. Kami keluar sekitar jam 7.30am, dan perniagaan di yangon hanya beroperasi selepas jam 9.00 pagi dan berhenti pada jam 5.00 petang. Kami sempat melalui waktu puncak di yangon walaupun pada hari Ahad.
Suasana di Swedagon sangat meriah, lokasinya yang berada di puncak bukit dan mempunyai 4 pintu masuk utama, bagi pelancung, caj dikenakan untuk menyimpan selipar atau kasut adalah 200kyat dan tiket masuk ke temple ini adalah USD5 ataupun 5,000kyat. Memandangkan USD sedang menusut nilainya, adalah lebih baik membayar dalam USD berbanding Kyat.

Sebelum terlupa, di yangon tidak kelihatan empat tukaran wang asing, oleh itu pelancong perlu membawa USD atau Thai Bath untuk di tukar secara "gelab" di tepi-tepi jalan sekitar Hotel Trader ataupun pasar. Pelancung tidak perlu bimbang kerana boleh tawar menawar akan kadarnya.

Selepas beberapa jam berada di Swedagon, kami keluar dari kuil emas itu dan menuju Kan Daw Gyi Lake, ataupun Zoological park. Semasa perjalanan panda tertarik akan ais krim potong yang telah pupus di Malaya. Walaupun dengan kepanasan matahari, panda masih dapat menahan diri dari membelinya....
bersambung....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com