Thursday, October 28, 2010

Kan Daw Gyi Lake & Bogyoke Market, Yangon

Meninggalkan Shwedagon, kami meneruskan perjalanan ke Kan Daw Gyi lake, bersebelahan dengan Shwedagon, walaupun terpaksa menapak hampir 1 kilometer. Tasik ini terletak besebelahan zoological garden.
Ikon yang paling menyerlah di sini adalah replika bot diRaja Burma, tetapi telah dijadikan pusat teater dan restoren mewah. Caj berbeza dikenakan di sini.

Caj masuk ke Kandawgyi lake adalah 2000 kyat/head, dan anda akan menikmati pemandangan tasik hijau. Disini terdapat taman botani seperti orkid, herbaponik, organik dan taman ikan air tawar. Kami sempat menkmati Jus buah segar dan lazat di tepi tasik ini. Harganya sekitar 1000 Kyat.

Terdapat beberapa jambatan yang merentasi tasik ini, suka di ingatkan, datanglah waktu pagi bagi mengelakan kepanasan yang melampau. Jambatan-jambatan ini tidak berbumbung.

Untuk memasuki kawasan taman Royal Boat, caj yang dkenakan adalah 300kyat/head dan 500kyat untuk kamera yang dibawa. Tetapi kita tidak boleh memasuki Royal boat ini sekiranya tiada tiket atau program. Kebiasaannya persembahan tarian tradisional akan dipersembahkan disini.
Setelah kepenatan amat sangat, kami pulang ke hotel dengan kos 2500 kyat, selepas solat kami meneruskan perjalanan ke tempat tumpuan ramai iaitu Bogyote Market. Pasar ini amat terkenal dengan fabrik, batu permata myamar dan hasil kraftangannya. Pasar ini dibuka jam 9.00 pagi sehingga 5 petang dan ditutp pada hari Isnin.

Malamnya, panda sempat singgah di Masjid syiah di kota Yangon, ruanya di sini terdapat 3 kelompok muslim iaitu syiah, sunnah dan (lupa la)....
Bersambung....

2 comments:

  1. salam panda,

    nk tnye psl currency ni btol ke? sbb bila sy cnvert blk ke MYR sgt2 laa mahal. cthnya tix masuk ke kwsan tasik ialah 2000 kyat = rm900+++ mahal tu....btol ke?

    ReplyDelete
  2. Rujuk entry terdahulu, USD1=RM3.10=Kyat870 pada waktu itu, jadi sekitar RM9. Jer

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com